Pelakon Uqasha Senrose, 33, kesal dengan isu tular berkaitan anaknya, Hawra Uqaira, 10 bulan, baru-baru ini yang disifatkan boleh mendorong komen berbaur negatif daripada netizen.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia bukan seorang yang mudah melenting dengan apa-apa isu sensasi membabitkan dirinya, tetapi jangan menyentuh hal berkaitan anaknya.

“Itu rasa macam saya tengah borak (gurau) dengan jurusolek dan penata rambut macam, ‘korang (kalian) muka siapa ini? Tetapi, tak tahu kenapa ia ditulis sebegitu seperti ‘Uqasha persoalkan kepada doktor, anak siapa sebab muka macam…

“Itu nampak macam satu ‘headlines’ yang orang macam ingat ‘kau tak mengaku anak ke? Dan bila reaksi sudah beratus yang semuanya toksik dengan ada tulis komen, kasihan anak kalau baca bila besar nanti?

“Semuanya sebab ‘headlines’. Pada hal kalian tak tahu pun apa ‘conversation’ sebenar. Selama ini, saya pun memang tak pernah melenting dengan berita mengenai saya yang ditulis,” katanya.

Ads

Baru-baru ini, Uqasha didapati berkongsi isu tular yang berkaitan mengenai anaknya, Hawra Uqaira di Instagram Story (IGs).

Menurut Uqasha yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, dia berasakan hal berkaitan sangat memberi impak kepadanya berbanding cerita-cerita berkaitan peribadinya sendiri.

“Saya tak kisah siapa awak semua. Tapi, kalau nak tulis benda tak masuk akal atau hanya untuk dapatkan ‘view’, ‘likes’ dan komen dengan kenyataan yang tidak berasas. Bila baca pun, kita dah rasa lain.

Ads

“Anak saya pun belum usia setahun lagi. Baru 10 bulan, rasa sakit pembedahan yang saya rasa pun belum habis lagi, ambil masa dua tahun. Jadi, itulah yang buat saya lebih emosi. Geram, sakit hati dan semua ada,” katanya lagi.

Emosi Terganggu, Uqasha Senrose Sensitif Isu Anak – “Rasa Sakit Pembedahan Pun Belum Habis Lagi.”

Ads

Emosi Terganggu, Uqasha Senrose Sensitif Isu Anak – “Rasa Sakit Pembedahan Pun Belum Habis Lagi.”Emosi Terganggu, Uqasha Senrose Sensitif Isu Anak – “Rasa Sakit Pembedahan Pun Belum Habis Lagi.”

Uqasha pada masa sama menasihatkan sesiapa saja yang ingin menulis isu tular atau mengambil kenyataan seseorang perlu memaparkan secara penuh dan bukan sekerat-sekerat bagi mengelak salah faham.

Terdahulu, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada Mei tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI