Menjalin hubungan baik dengan ibu dan bapa mentua merupakan impian setiap pasangan yang sudah berkahwin.
Bagi pelakon Elisya Sandha, kunci utama dalam mengekalkan keharmonian ini adalah saling menjaga hati serta menghormati antara satu sama lain.
“Saya sebenarnya tiada tips pun. Baru-baru ini, saya ada nampak temu bual ibu mentua saya fasal mentua dari syurga. Apa yang ibu mentua saya cakap itu semuanya betul.
“Nasihat ikhlas saya, kita kena saling hormat di antara satu sama lain. Saya hormat dia sebagai ibu mentua dan dia hormat saya sebagai menantu. Jadi, kita jumpa di titik tengah.
“Maksudnya, kita jagalah hati antara satu sama lain. Itu yang paling penting. Kita buat masing-masing gembira. Sebagai contoh, saya selalu masakkan menu berbuka buat mentua.
Ads
“Perkara seperti ini kecil sahaja tapi mereka sangat gembira. Saya pun gembira dapat masakkan buat mentua dan mereka makan air tangan saya. Itu yang memupuk rasa kasih sayang,” katanya kepada MH.
Elisya, yang juga menantu kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusli, berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media LXM Resources baru-baru ini.
Makin Mahir Memasak
Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Elisya mengakui dirinya kini semakin mahir memasak hasil tunjuk ajar ibu mentuanya.
Ads
“Ibu mentua saya tak propa ya. Memang dia cakap masakan saya sedap. Saya ‘bertapa’ dengan dia untuk belajar memasak ketika bertunang dan di awal perkahwinan.
“Alhamdulillah, ini tahun keempat saya berpuasa dengan suami dan saya sudah makin mahir memasak. Ketika pertama kali berpuasa, agak nervous juga.
“Dulu nak letak garam pun menggigil sebab takut,” ujarnya lagi.
Terima Teguran & Ingin Belajar
Walaupun semakin mahir, Elisya yang kini sedang hamil anak kedua tetap terbuka untuk menerima teguran dan menimba ilmu baharu dalam bidang masakan.
Ads
“Mak mentua saya memang seorang yang berterus terang. Kalau masakan itu masin, dia akan cakap. Saya pun akan setuju sahaja dan perbetulkan.
“Terkurang atau terlebih masin ini perkara biasa dalam masakan. Bukanlah satu hal yang besar. Asalkan kita nak belajar,” katanya lagi.
Sebagai rekod, Elisya dan suaminya Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Bunga, yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sedang khusyuk mendengar perihal kepentingan solat dan penjagaan rohani, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tiba-tiba mencelah dan mengajukan soalan mengenai arah tujuan perlumbaan.
Ia sekali gus menimbulkan perasaan kurang senang netizen yang menonton, menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik pelawak dan penyanyi, Achey menerusi Instagram baru-baru ini.
Ulas netizen, usahawan selebriti tersebut seolah-olah melencongkan perbualan kerana tidak senang apabila mendengar ceramah agama.
Malah ada juga yang memohon agar penceramah bebas ini menasihati Aliff agar tidak bersikap riak.
Sementara itu, ada juga yang memuji Achey apabila bintang tersebut dilihat hanya menunduk dan mengangguk tanda faham tatkala mendengar tazkirah bermanfaat dari Ebit Lew ketika sesi perlumbaan yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Foto : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun semua tidak tahu apakah yang dimaksudkan oleh Jannah sebenarnya namun pengikut-pengikut Twitternya tidak berhenti memberi kata semangat dan positif buat pelakon ini.
Antaranya seperti
be strong mommy..take a breath and Release your breath slowly ok mommy keluarkan aura negatif dalam diri mommy ambik positif saje ?
Be strong dear.. Allah bersamamu.. kmi pn bersama mummy jgk.. insya Allah kami sentiasa ada untuk support u.. i know u’re strong.. Allah nk uji u d saat ini.. ada hikmah di sebaliknya? love u.. take care love??
Pasangan pelakon Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim sepakat memberikan nama Petra Pekin buat anak sulung mereka yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.
Perkara tersebut dikongsikan Mona Allen menerusi salah satu perkongsian yang dibuat menerusi Insta Stories baru-baru ini.
“Welcome home anakku… Petra Pekin Bin Mohd Iznan. Daddy & Mummy love you,” tulisnya.
Sementara itu menerusi platform sama, dia turut berkongsi momen proses bersalin sekaligus menyifatkan kehadiran rezeki zuriat sebagau anugerah yang paling indah.
“Anugerah terindah. Thank you DR Kam and her team at @andorrahospitalofficial, service terbaik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Memetik Pa&Ma, Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim yang bersyukur atas kelahiran anak lelakinya bagaimanapun tidak menyangka Petra Pekin dilahirkan pada Hari Merdeka.
“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.
“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam sebelum baby keluar, sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.
“Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak.
“Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya yang turut memaklumkan isterinya bersalin secara normal.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.