Bintang versatil, Elly Mazlein mengucapkan salam takziah buat rakan hosnya di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Nabil Ahmad atas pemergiaan bapa Ahmad Haji Ismail kira-kira jam 2.00 petang tadi akibat kompilkasi jantung.

Elly ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu mengenai berita mendukacitakan itu menerusi hantaran yang dibuat rakan artis, Sharifah Shahirah menerusi Instagram.

“Al-Fatihah dan salam takziah buat Haji Nabil seisi keluarga. Saya dapat tahu apabila melihat ‘posting’ daripada Sharifah Shahirah.

“Saya ada kirimkan ucapan menerusi WhatsApp dan dia ada membalasnya. Apa pun, saya faham dengan situasi sukar yang dilalui Nabil ketika ini. Semoga semua uruasan dipermudahkan.

“Tiada apa yang saya harapkan selain mendoakan yang baik-baik buat Nabil dan keluarga. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat yang telah tiada,” katanya kepada MH.

IKLAN

Elly kini berada di lokasi penggambaran drama Kampung People 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan;

“Elly Mazlein Seorang Yang Mewarnakan Pentas,” – Pak Nil Sentuh Cara ‘Agresif’ Elly Di GV9, Ulas Isu Orang Banding-Bandingkan

IKLAN

“Saya Tak Kisah Pun Siapa Yang Menonjol Tapi…,” – Nabil Ulas Energi ‘TipTop’ Elly Mazlein

“Kami Akan Ambil Maklum Setiap Komen…,” – Menari Keluar Masuk Di Tengah Pentas, Aksi Elly Mazlein Didakwa ‘Kacau’ Persembahan, Ini Kenyataan Penganjur

Mengulas kemungkinan akan ada hos gantian bagi menggantikan Nabil Ahmad pada konsert GV9 minggu keempat Ahad ini, Elly belum dapat kepastian mengenainya.

IKLAN

“Berkenaan perkara itu, saya tidak dapat nak pastikan kerana belum mendapat apa-apa makluman daripada pihak produksi. Saya memahami situasi dan jujurnya terbuka untuk bergandingan sesiapa saja sekiranya Nabil tidak dapat bersama kita.

“Asalkan rakan hos sama-sama membantu beri kerjasama bagi melancarkan perjalanan program hingga ke akhirnya. Saya okay sahaja. Cuma, saya pun tak pasti akan ada (Ahad ini) atau tidak. Apa-apa pun, kita tunggu nanti,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI