Meskipun sudah acap kali menyuarakan mengenai soal pembayaran melibatkan pelakon-pelakon senior, aktor, Faizal Hussien mendedahkan senario tersebut tampak seperti tiada perubahan.

Menurut Faizal, sehingga ke hari ini, namanya sering kali ditolak berikutan isu pembayaran.

“Mereka Gelar Saya Artis Legend Tapi Tak Nak Pula Bayar Macam Artis Legend,” – Faizal Hussien

“Berkenaan soal bayaran ini, dah memang jadi kelaziman nama saya sering kali ditolak. Perkara tersebut masih lagi terjadi sehingga ke hari ini.

“Mereka menggelarkan saya sebagai artis legend tapi bila bercerita soal bayaran, tak nak pula bayar seperti artis legend.

“Itulah masalahnya. Sekarang pun saya masih lagi bertarung mengenai isu bayaran ini,” katanya kepada MH.

“Mereka Gelar Saya Artis Legend Tapi Tak Nak Pula Bayar Macam Artis Legend,” – Faizal Hussien

IKLAN

Lantaran itu, pelakon drama One Cent Thief ini memilih pendekatan untuk menolak setiap tawaran yang tidak mampu memenuhi setiap kehendaknya.

“Pada saya mudah sahaja, kalau mereka tidak menawarkan bayaran seperti yang saya minta, saya tidak akan buat. Selagi mereka tidak buat keputusan, saya tidak akan berjumpa dengan pihak produksi pun.

“Sama juga seperti pengarah drama One Cent Thief, Ariff dan Alfie. Saya tak berjumpa mereka selagi saya tak tahu harga saya untuk projek ini. Bila mereka dah putuskan melalui telefon, baru saya nak jumpa.

“Bagaimanapun, saya tetap melihat kepada kualiti sesebuah karya itu dahulu baru diikuti dengan harga. Jika saya suka dengan sesebuah karya itu, saya sedia kurangkan sedikit soal bayaran,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Mereka Gelar Saya Artis Legend Tapi Tak Nak Pula Bayar Macam Artis Legend,” – Faizal Hussien

Dalam pada itu, Faizal turut berharap agar pihak stesen televisyen yang lain dapat mencontohi langkah diambil oleh pihak Astro yang sanggup membelanjakan kos yang besar dalam penghasilan sesebuah drama seperti One Cent Thief ini.

“Drama-drama seperti ini memang kurang dalam industri kita. Kebanyakkan drama-drama di stesen televisyen ketika ini kos pembikinannnya berbeza hampir lima hingga enam kali ganda berbanding drama One Cent Thief ini.

“Bila mereka mencapai standard ini, barulah mereka boleh hasilkan karya-karya berkualiti seperti ini.

IKLAN

“Baru episod awal, kita dah boleh lihat babak-babak hebat seperti adegan tembak-menembak, keretameletop, motosikal dilanggar dan sebagainya.

“Babak seperti ini kita takkan dapat nampak di drama-drama tempatan yang lain. Saya harap ia akan menjadi contoh kepada stesen-stesen televisyen yang lain juga,” akhirinya.

“Mereka Gelar Saya Artis Legend Tapi Tak Nak Pula Bayar Macam Artis Legend,” – Faizal Hussien

Terdahulu, selain Faizal, drama One Cent Thief ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Sofia Jane dan ramai lagi.

Drama ini ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro On Demand.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI