Jaguh welterweight Malaysia, Agilan Thani hanya memerlukan 1 minit 48 saat di pusing kedua untuk menewaskan lawannya, Ilja Stojanov dari Jerman dalam saingan One Championship yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu.

Atlet seni bela diri campuran (MMA) yang dikenali dengan gelaran ‘The Alligator’ itu mendedikasikan kemenangannya itu buat isteri tercinta yang kini sedang sarat mengandung anak pertamanya.

Katanya lagi, isterinya juga telah banyak berkorban lebih-lebih lagi ketika dia berlatih di luar negara.

“Sudah tentu saya dedikasikan kemenangan ini buat isteri saya yang kini sedang sarat mengandung. Dia sentiasa menyokong perjalanan karier saya.

“Dia seorang wanita yang hebat dan telah banyak berkorban terutamanya ketika dia sedang hamil ini. Dia sanggup berjauhan dan izinkan saya untuk berlatih di luar negara.

IKLAN

“Jadi, kemenangan ini memang khas buat dia. Setelah sekian lama berlatih, kini saya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap isteri saya yang akan bersalin pada Disember ini,” katanya kepada MH.

Anak jati Pulau Pinang itu berkata sedemikian ketika ditemui pada sesi sidang media usai perlawanannya bersama Ilja Stojanov.

Menewaskan lawannya secara TKO di laman sendiri, Agilan tetap menyifatkan perlawan ini sememangnya bukan mudah kerana lawannya itu turut beraksi dengan baik.

IKLAN

Katanya lagi, dia juga tidak menyangka kemenangan akan berpihak kepadanya hari ini.

“Bagi saya tiada perlawanan yang mudah. Kalau mudah, kami tidak akan berlawan di One Championship. Lawan saya telah beraksi dengan sangat baik. Perlawanan ini sangat seimbang.

IKLAN

“Ini bukan seperti gusti televisyen yang kita boleh rancang. Di dalam gelanggang kami telah berikan yang terbaik. Perlawanan ini agak sukar juga buat saya.

“Saya agak penat apabila terpaksa dua tiga kali mengangkat lawan saya pada pusingan pertama. Namun saya memang sangat yakin jumlah mata sememangnya memihak saya sejak daripada awal,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Agilan juga memaklumkan dia bakal bercuit buat sementara waktu bagi menyambut perayaan Deepavali dan memberi fokus terhadap isterinya.

Seorang lagi wakil negara yang bertanding bagi kategori featherweight Keanu Subba tewas ditangan atlet Korea Selatan, Chang Min Yoon menerusi TKO.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI