“Malu! Ada ‘TikToker’ yang ajak buat TikTok pun, saya tak nak. Bab-bab tu saya tak reti. Saya aktif di Instagram sahaja.”

Demikian kata usahawanita, Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi yang mengakui setakat ini dia belum terfikir untuk melakukan ‘konten’ yang pelik-pelik di media sosial demi mempromosikan produk.

Marlinda, 34, berkata, dia lebih rela memperkenalkan produk kosmetik jenama yang diusahakan, Glassskin by Lyndarafikah dengan cara yang betul tanpa mempunyai elemen negatif yang akhirnya boleh makan diri.

Dia pada masa belum terfkir untuk mencari mana-mana selebriti sebagai wajah wakilan dan kini selesa menggunakan khidmat pempengaruh bagi memperkenalkan jenama ini kepada pembeli.

“Bagi saya setiap ‘founder’ ada cara tersendiri. Macam saya, tak perlu kot. Setengahnya mungkin suka buat perkara yang ‘fun’ atau gila-gila. Untuk saya, saya percaya dengan keberkesanan produk Glassskin. Kalau produk yang kita hasilkan itu bagus, ia akan ‘bercakap’ dengan sendiri.

“Suami saya seorang yang menyokong. Sudah tentulah terlebih dulu kita sama-sama berbincang apa yang terbaik. Kami pun ada anak empat orang. Kita tak adalah nak buat marketing pelik-pelik, tidak…,” katanya kepada MH.

Selepas berjaya melahirkan ramai usahawan muda yang ingin bergelar usahawan dan selebriti menerusi platform THE GIRLS REPUBLIQUE atau TGR yang dibangunkan sejak Jun 2018, Marlinda kini fokus terhadap buah tangan terbaharunya ini.

Glassskin by Lyndarafikah, produk yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun itu diuji sendiri olehnya sebelum menjual kepada umum.

“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.

“Salah satu faktor  saya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu.  Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri.

“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita. Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” katanya lagi.

Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.

“Suami saya jurutera kimia dan kilang membuat produk ini adalah bisnes keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun serta sudah menghasilkan banyak produk tempatan dan eksport ke luar negara.

“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” katanya.

Glassskin dijual dengan harga RM299 dan menariknya, sempena harga pengenalan kesemua lima produk Glassskin dijual dengan harga RM219 sahaja dalam satu kotak edisi eksklusif.

Marlinda ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan di Plaza Damas 3, Sri Hartamas Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI