Seperti ramai yang sedia maklum, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti.
Setelah beberapa tahun tidak bertemu akibat pandemik, akhirnya kedua-dua diva popular ini dapat jua bertemu, melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bersua muka.
Siti berkongsikan gambar bersama Kris menerusi laman Instagram miliknya di mana kedua-duanya bertemu di restoran cef popular Gordon Ramsay yang terletak di Bandar Sunway, Selangor. Turut kelihatan dalam foto berkenaan ialah anak-anak kepada dua-dua penyanyi popular tersebut iaitu Siti Aafiyah, Muhammad Afwa dan anak Kris, Amora.
“Hari ini (Sabtu) bawa Aafiyah dan Afwa jumpa aunty love Kris Dayanti dan juga kakak Amora.
“Dua tahun lebih tidak bertemu… hari ini kami berkesempatan makan tengah hari bersama.
Pejam celik, pejam celik sudah lima tahun usia produk WonderLab dan WonderDewi berada di pasaran.
Seiring dengan sukses tersebut, WonderLab dan WonderDewi kini memperbaharui siri penjagaan kulit mereka dengan memperkenalkan dua siri produk wajah baharu iaitu WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab dan WonderDewi, Hoe Kian Choon akui teruja dengan hala tuju jenama tersebut setakat ini.
“Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi kami untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain dari yang biasa.
“Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan yang efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda,” katanya.
Hoe Kian Choon berkata sedemikian di majlis sidang media pelancaran ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up yang berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur pada Khamis.
Paling best apabila produk-produk ini turut dirumus khas untuk cuaca dan rakyat Malaysia. Memang sesuai sangat untuk orang kita.
WonderLab Ageless Pre-Ageing diformulasikan untuk melawan tanda-tanda pra-penuaan menerusi aspek ‘Trio Youth Effect’ iaitu menegangkan, keanjalan dan mencerahkan.
Produk yang mengandungi ‘Trio Black Complex’ iaitu campuran kacang hitam, beras hitam dan bijan hitam ini mampu memperbaiki keanjalan dan penjanaan semula kulit.
Selain kaya dengan anti-oksidan, produk ini turut mengekalkan hidrasi dan anti-kedutan.
Siri ini mengandungi lima jenis produk iaitu Toner Essence Niacinamide, Masker Tidur Black Ginseng, Pembersih Muka Grapeseed Oil, Pelembap Muka Resurrection Plant dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide.
Sementara itu, Siri WonderDewi Cica pula direka untuk para remaja yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit.
Jadi, para remaja masa kini tidak perlu pening-pening lagi. Set 4-serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baru seterusnya menjadi asas kulit sihat.
Siri ini mengandungi Tecamin-C, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi.
Siri WonderDewi Cica menampilkan Pelembap Prebiotik, Pembersih Muka Asid Amino, Toner Hyaluronic dan Pelindung Matahari Niacinamide.
Bersempena ulang tahu ke-5, WonderLab mengajak para pelanggan setia dan orang ramai untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up yang akan berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur bermula 29 Ogos sehingga 1 September ini.
Selain promosi happy hour, pop-up mart ini juga akan melibatkan pengunjung dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang nostalgik, dan analisa kulit percuma.
Dengan setiap pembelian, anda juga berpeluang memenangi hadiah percuma seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica kini boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online daripada TikTok, Shopee, dan Lazada.
Malah, produk-produk WonderLab kini bakal berada di pasaran Watson tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sewaktu mula-mula menceburkan diri di dalam industri radio tanah air, pengacara dan penyampai, Anas Tahir memberitahu dia tidak mahu dikaitkan dengan abangnya yang juga merupakan penyanyi popular, Faizal Tahir.
Namun, setelah hampir empat tahun mengemudi segmen pagi di stesen radio Zayyan FM, Anas memaklumkan dia sebenarnya tidak boleh menolak hakikat yang nama mereka akan sering kali dikaitkan dalam apa jua hal sekali pun.
“Sebenarnya kalau ada orang tegur, saya mengaku je. Kalau takda orang bertanya takkanlah saya tiba-tiba nak bagi tahu saya ni adik Faizal.
“Benih dah sama. Orang tengok rupa pun walau saya rasa tak sama tetapi mereka sendiri yang melihat. Dah nama pun satu acuan. Jadi, saya tak kisah pun sebenarnya. Okay sahaja,” katanya kepada MH.
Anas menambah, dia dengan Faizal tidak pernah mempunyai sebarang masalah dan mereka sebenarnya lebih selesa untuk menjalani kehidupan masing-masing
“Saya bukanlah tak nak dikaitkan dengan abang saya cuma bila orang ramai berjumpa saya, mereka ingatkan saya duduk satu rumah dengan Faizal. Mereka akan tanya saya macam-macam fasal dia.
“Bila saya kata tak tahu, mereka pula kata saya tak ambil kisah fasal abang saya tetapi itulah hakikatnya. Dia dengan kerja dia dan saya dengan kerja saya. Takkan setiap kali orang bertanya fasal Faizal, saya nak kena call tanya dia pula.
“Kami sebenarnya okay sahaja orang luar je yang fikir bukan-bukan. Saya cuma tidak mahu berbohong kalau orang tanya fasal Faizal.
“Nanti bila saya keluar kenyataan sendiri, abang saya pula yang marah kata saya memandai-mandai. Kami okay je tiada gaduh-gaduh pun,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Anas memaklumkan dia bersama rakan penyampai yang juga merupakan penyanyi, Mawi akan bergandingan untuk mengacarakan program, Salamunalaik yang akan bersiaran di Astro Oasis sepanjang bulan Syawal nanti.
Malah, Anas juga membintangi filem arahan Mawi yang berjudul Hantu Kuat Ketawa yang akan ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izreen Azminda berkongsi dia kini berdepan situasi sukar untuk tidur di waktu malam, lebih-lebih lagi ketika sedang meniti hari untuk bersalin anak ketiga tidak lama lagi.
Pekara tersebut dimaklumkan menerusi salah satu hantaran di Instagram selain turut mendedahkan, beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).
“Dah hujung2 ni (fasa kehamilan) mmg semua mommies ada masalah tdoq ka.. kami susah sungguh nk tdoq lately ni.. kalau tdoq pun tdoq2 ayam ja.
“Pusing sana tak kena sini tak kena..mkn pun dah kurang.. eceh… padahai dah 80kg lebih ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, ada di antara pengikutnya yang turut sama berkongsikan pengalaman.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.
Terdahulu Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wakil Filipina, Alexie Brooks, berjaya mengharumkan nama negaranya apabila dinobatkan sebagai Miss Eco International 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung di AlZahraa Ballroom, Hilton...