Pelakon Yusuf Bahrin menyangkal dakwaan mengatakan dia dikongkong isteri, penyanyi Zizi Kirana.

Hal ini timbul apabila dia dikatakan kerap membawa Zizi ke lokasi penggambaran drama yang dibintanginya.

Menurut Yusuf, 30, tujuannya berbuat sedemikian kerana tidak mahu isterinya berseorangan di rumah serta mahukan Zizi menjadi penemannya di set penggambaran.

“Saya memang ajak bukan sebab dia tidak percayakan saya tapi sebab dia berseorangan dekat rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

“Isu cemburu ini, dia tak ada cemburu yang lebih-lebih. Biasalah perempuan bila kita terlalu mesra dengan wanita lain dia akan terasa… saya sebagai suami kenalah terangkan.

IKLAN

“Dia pun manusia biasa yang ada perasaan cemburu, jadi dengan cara membawa dia sekali, sentiasa hubungi dia itu adalah cara saya,” katanya kepada MH.

Yusuf Bahrin Selalu Bawa Zizi Ke Set; “Memang Ajak Bukan Sebab Dia Tak Percayakan Saya, Tapi…”

Yusuf ditemui pada majlis pratonton episod 1 drama Jesnita terbitan Zeel Production yang diadakan di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Selain Yusuf, Jesnita turut dibintangi Intan Najuwa, Nasha Aziz, Malik Mccrone dan Fikry Ibrahim.

IKLAN

Bersesuaian dengan statusnya sebagai suami, Yusuf yang merupakan hero drama ini berkata dia mengambil pendekatan enggan bersentuhan dengan gandingan pelakon wanita dalam mana-mana naskhah yang dibintanginya.

Yusuf menjelaskan pendiriannya itu dibuat bukan disebabkan disuruh oleh sesiapa sebaliknya ia demi menjaga hati isteri tercinta.

“Memang saya berjaga-jaga selepas berkahwin ini, kena jaga hati isteri. Bila ada watak bersentuhan saya terpaksa hadkan.

“Dulu sebelum kahwin saya ‘free and easy’ tapi ada batas, bila dah kahwin ini bukan tak ada, tapi bukan sentuhan yang terang-terangan ataupun daring (sentuh berlapik).

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

“Alhamdulillah Zizi sangat memahami, perkara ini atas kemahuan saya sendiri. Zizi juga tidak meletakkan apa-apa syarat cuma kami sekadar mengingati antara satu sama lain,” katanya lagi.

Drama Jesnita arahan Emi Suffian ini bakal ditayangkan di Astro Prima, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 7 November ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI