Belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata, pelakon Adam Lee akui dia dan isteri yang juga aktres, Sweet Qismina kini sama-sama reda dengan perancangan Allah SWT.

Menurut Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, sewaktu di awal perkahwinan, dia mudah terasa dan sering tertanya-tanya mengapa mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

“Dulu Saya Mudah Terasa…,” – Adam Lee Jalani Ujian Kesuburan, Reda Belum Rezeki Timang Zuriat

“Oktober ini bakal menjadi tahun ketiga kami berkahwin. Sejujurnya, yang mudah terasa soal zuriat ini adalah saya. Saya pun tertanya-tanya kenapa masih tak lekat-lekat lagi.

“Namun, bila memasuki bulan ketiga berkahwin, saya semakin reda dan percaya Allah mahu berikan yang terbaik. Mungkin Allah mahu kami fokus pada kerjaya.

“Bercakap soal zuriat, saya dan isteri tidak stress. Paling seronok bila kedua-dua keluarga juga tidak memberikan tekanan,” katanya kepada MH.

Ads

Adam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama ‘Pabila Dia Tersenyum’, baru-baru ini.

Ikhtiar Demi Cahaya Mata

Katanya lagi, dia juga mengambil inisiatif untuk menjalani pemeriksaan kesuburan lelaki sebagai ikhtiar untuk menimang cahaya mata sulung.

“Dulu Saya Mudah Terasa…,” – Adam Lee Jalani Ujian Kesuburan, Reda Belum Rezeki Timang Zuriat

“Kami memang ada berbincang soal zuriat. Kami juga pergi ke hospital yang melakukan pemeriksaan kesihatan. Saya juga ambil inisiatif untuk menjalani ujian kesuburan lelaki.

Ads

“Kami teman antara satu sama lain bila jalani proses di hospital. Alhamdulillah, dengan izin Allah, segala keputusan ujian kesihatan itu okay.

“Doktor pun kata bulum rezeki lagi,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, Adam turut menyifatkan ketiadaan cahaya mata ini memberi ruang buat mereka untuk fokus terhadap perkara lain.

“Dulu Saya Mudah Terasa…,” – Adam Lee Jalani Ujian Kesuburan, Reda Belum Rezeki Timang Zuriat

Ads

“Kami kini sedang sibuk dalam proses untuk siapkan rumah. Ia memerlukan komitmen yang sangat besar dan wang yang banyak.

“Jika Sweet mengandung, mungkin proses ini akan terhenti seketika. Mungkin kini Allah sedang susun satu per satu buat kami,” akhirinya.

Sekadar informasi, Adam dan Sweet telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 24 Oktober 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI