Pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Lee Seung-gi, mengejutkan peminat apabila mengumumkan bahawa dia dan isterinya, Lee Da-in, telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan keluarga mentua berikutan penahanan bapa mentuanya, Lee Hong-heon.

Pengumuman tersebut dibuat hanya beberapa jam selepas media tempatan melaporkan bahawa Lee Hong-heon telah ditahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terlibat dalam manipulasi saham syarikat tenaga boleh diperbaharui, Quantapia, serta melanggar Akta Pasaran Modal Korea Selatan.

Menurut laporan, Lee Hong-heon sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda 2.5 bilion won (kira-kira RM6.4 juta) pada 2018 atas kesalahan menaikkan harga saham secara palsu, namun telah dibebaskan pada tahun berikutnya selepas rayuannya diterima.

Namun begitu, Mahkamah Agung Korea pada tahun ini telah membatalkan pembebasan tersebut dan menyatakan bahawa hukuman asal masih sah.

Berikutan perkembangan terbaru itu, Lee Seung-gi, melalui agensinya, tampil memohon maaf kepada orang ramai dan menyatakan kekesalannya kerana sebelum ini pernah mempertahankan bapa mentuanya secara terbuka.

Ads

Lee Seung-gi Putuskan Hubungan Dengan Keluarga Mentua, Mohon Maaf Kepada Rakyat Korea

“Saya amat kesal kerana pernah mengeluarkan kenyataan yang terburu-buru tanpa menyemak sepenuhnya fakta berkenaan bapa mentua saya. Saya percaya bahawa setiap perbuatan yang melanggar undang-undang harus dihukum dengan adil,” katanya dalam kenyataan rasmi.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada mangsa-mangsa yang mungkin terkesan akibat kesilapan saya. Insiden ini telah menjejaskan kepercayaan dalam keluarga kami ke tahap yang tidak dapat diperbaiki,” tambahnya lagi

Ads

Seung-gi turut menjelaskan bahawa beliau dan isterinya telah memutuskan untuk tidak lagi berhubung dengan keluarga sebelah isterinya, atas dasar prinsip dan nilai yang mereka pegang.

BACA JUGA: Nam Yoon Su Mohon Maaf Isu ‘Repost’ Foto Lucah Di Instagram

Ads

“Bermula hari ini, saya akan berpegang kepada nilai yang baik dan berusaha menjadi insan yang menyumbang kepada masyarakat. Sekali lagi, saya memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan kepada orang ramai.”

Untuk rekod, Lee Seung-gi dan Lee Da-in baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, seorang bayi perempuan, pada Februari lalu.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2023 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media dan peminat industri hiburan Korea.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI