Pelakon filem Gantung Musketeer Code, Ikmal Amry mendedahkan, sejak dari awal perhubungannya bersama isteri tercinta, Najla Shamsul, dia mengamalkan sikap keterbukaan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, dia tidak pernah menyembunyikan telefon atau mesej peribadi daripada isterinya.

“Kalau isteri nak tengok mesej, email atau WhatsApp… bagi dia (tengok) semua. Jangan bagi dia ada ruang untuk fikir yang bukan-bukan.

“Jadi bila kita sebagai suami tiada perkara yang ingin disorokkan dan isteri pula sudah percayakan kita, jadi situasi itu akan harmoni,” katanya memberi pendapat.

Ikmal turut menjelaskan, pendekatan itu bukanlah sesuatu yang baharu baginya, malah ia sudah diamalkan sejak zaman bercinta lagi.

Ads

“Sejak awal percintaan sekali pun, kalau dia yang minta untuk tengok telefon, tengok sajalah.

“Sebab kita tak buat apa-apa kesalahan. Kalau rasa takut untuk berbuat demikian, mesti ada yang kita buat tak betul. Saya yang izinkan untuk dia semak telefon,” jelasnya lagi.

Cara Ikmal Amry Sejak Bercinta Lagi, Beri Izin Isteri Semak Mesej Dalam Telefon – “Bagi Dia Tengok Semua.”

Ads

Realiti Dunia Selebriti

Sebagai pelakon, Ikmal mengakui kehidupannya sering berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk gangguan pihak luar.

Lalu, dia memilih untuk menjelaskan situasi sebenar dan mahu isterinya mengetahui realiti sebenar agar tidak timbul salah faham.

“Sebab saya kerja sebagai pelakon dan sudah tentu kita ada banyak berurusan dengan ramai orang. Jadi biarlah dia tahu realiti sebenar.

Ads

“Saya tak nafikan ada yang hantar mesej, kacau dan sebagainya. Tapi biar isteri tahu yang kita tidak melayan,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Ikmal dan Najla yang juga seorang pempengaruh media sosial telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI