Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang merancang untuk meninggalkan zaman solo tahun 2020 mengakui dia kini merupakan wanita yang terpaling bahagia kerana sedang diulit cinta lelaki berusia 28 tahun.

Meski belum lagi bersedia untuk mendedahkan siapakah jejaka yang kini bertakhta di hatinya, namun dia mengakui sudah pun bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga.

“InsyaAllah kalau ada rezeki, saya pilih tahun hadapan. Jangan tanya lagi nanti saya akan kongsi. Saya sedar meski ramai yang sudah tahu siapakah gerangannya, namun rakan media cukup hormati permintaan saya.

“InsyaAllah saya akan dedahkan wajahnya pada malam berinai nanti,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya mengenai adakah majlis nikahnya nanti akan dilakukan secara tertutup atau hanya sebaliknya, penyanyi Bakawali ini ada jawapan sendiri.

Jelas bintang yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini, tiada sebab untuk dia merahsiakan perkahwinan sementelah dia mahu meraikan bersama rakan media dan peminat tersayang.

IKLAN

“Saya anggap ini perkahwinan yang pertama. Kalau boleh saya berhajat untuk lakukan apa yang tak pernah saya rasa sebelum ini, pada perkahwinan yang akan datang, insyaAllah. Dulu masa nikah, Mama baru saja meninggal.

“Jadi kita langsungkan majlis di surau saja. Jadi kalau boleh teringin rasa meriah sikit, kebetulan ini merupakan perkahwinan pertama bakal suami. Jadi ya, saya sangat teruja. Malah anak pun cukup rapat dengannya.

IKLAN
View this post on Instagram

Selamat hari raya ❤❤❤

A post shared by 💍 ELSefhia 💍 (@iamellymazlein) on

“Keluarga pun sudah saling berkenalan dan kami memang mahu percepatkan segala urusan. Saya sendiri dah lalui macam-macam hal dan rasanya perancangan Allah itu terlalu cantik,” akhiri Kak Lina.

Terdahulu, ibu tunggal ini pernah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai tahun berikutnya. Hasil perkahwinan itu, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sepfhia.

Foto: Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI