Niatnya hanya untuk mempromosi drama dan berkongsi wajah barisan pelakon, namun kelibat Aliff Aziz nyata mendapat kritikan di Instagram pelakon Mustaqim Bahadon.
Netizen seolah-olah masih tidak berpuas hati mengapa selebriti kontroversi ini masih diberi peluang kaca televisyen selepas beberapa kes panas yang berlaku.
Malah ada yang mencadangkan agar drama ini diboikot sebagai tanda protes.
Namun, ulas Mustaqim, seeloknya orang luar tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga pasangan lain.
“hal rumah tangga orang kita ni x payah sibuk sebenarnya. Cara dia cari duit pun kita tak boleh pertikai, rezeki bukan dari kita tapi Dia. Dosa pahala dia antara dia dengan Tuhan. Jadi kita ni janganlah nak menambah dosa dok mengumpat org ye.”
Foto : Instagram Mustaqim Bahadom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lisa Surihani yang kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah dan menyambut kedatangan 1 Syawal di sana ada menitipkan ucapan istimewa buat para peminatnya.
Mengharapkan agar umrah yang dikerjakan mabrur di samping keluarga tersayang, Lisa turut mendoakan agar umat Islam turut berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Assalamualaikum wbt, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.
“Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dgn menziarahi makam Rasulullah saw dan masjid2 di Madinah dan kemudian menziarah dan menjalankan umrah di Makkah in shaa Allah Amin.
“Semoga dipermudahkan perjalanan , urusan, dan dalam mengerjakan ibadah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur.
“Dengan rendah diri, saya sangat bersyukur, kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, ibu dan juga anak-anak. Tiada kata-kata yang cukup utk menggambarkan perasaan ini.
“Saya doakan moga anda semua dijemput ke sini oleh-Nya. Amin,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.
“Jangan menilai seseorang dari luaran sahaja”, itu antara komen netizen apabila pelakon dan usahawan, Fara Mendoza yang menujukkan kebolehannya ketika membaca ayat suci Al-Quran.
Sesi berkenaan difahamkan berlaku ketika pelakon itu hadir ke rumah terbuka rakan sempena Syawal.
Meski terkenal dengan imej seksi dan gaya rambut terkini, Fara kelihatan tenang membaca ayat suci dengan lancar.
Malah, perkara itu dikongsikan rakan artis, Betty Banafe yang turut memuat naik video di Instagram miliknya.
“So proud with my sis @fara_mendoza kenal.huruf Quran.. malah bertaranum lagi.. practice dik… Will perfect.. sedap suaramu! #keepitupagoodwork #sisterlovesambil beraya sambil kena test.. heheh.. jangan serik dik oiii @beby_maembong,” tulisnya.