Ads

“Dulu Filem Papa Dilabel Kekampungan, Merepek,” – Karya Bapa Kini Jadi Penanda Aras, Anak Mamat Khalid Dedah Karya Arwah Bapa Pernah Dikecam Teruk

Sebelum karya-karyanya diangkat sebagai filem ikonik, anak kepada pengarah terkenal Allahyarham Mamat Khalid iaitu Nor Sara Mohamad, mendedahkan filem arahan bapanya pernah menerima kritikan hebat daripada pemerhati filem sebelum ini.

Menurut Sara, antara karya seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang suatu ketika dahulu dilabel sebagai kekampungan serta tidak berkualiti oleh segelintir pihak.

“Dulu Filem Papa Dilabel Kekampungan, Merepek,” – Karya Bapa Kini Jadi Penanda Aras, Anak Mamat Khalid Dedah Karya Arwah Bapa Pernah Dikecam Teruk

“Masa Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang keluar dulu pun teruk gila reviews papa dapat.

“‘Kekampungan’, ‘lawak kampung’, ‘terlalu Nusantara’ dan ‘Mamat merepek lagi’. Itulah antara kritikan pedas yang diterima papa,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan Sara menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Ads

Pernah Dikecam, Kini Jadi Penanda Aras

Sara menambah, meskipun pernah menerima pelbagai kritikan, karya bapanya kini menjadi penanda aras dalam industri perfileman tempatan.

“Dulu Filem Papa Dilabel Kekampungan, Merepek,” – Karya Bapa Kini Jadi Penanda Aras, Anak Mamat Khalid Dedah Karya Arwah Bapa Pernah Dikecam Teruk

Justeru, dia berharap masyarakat dapat memberikan peluang kepada pengarah lain, khususnya yang mengetengahkan tema berkaitan masyarakat.

Ads

“Ketika ini, jenama filemnya pula yang menjadi penanda aras. Jangan begitu. Tolong beri ruang kepada semua orang untuk berkarya.

“Jika anda mengikut dengan lebih rapat industri filem tempatan sejak 20 tahun lepas, anda pasti tahu industri kita sudah menunjukkan banyak peningkatan. Raikan semua,” ujarnya lagi.

Kritikan Banyak Datang Daripada…

Dalam pada itu, Sara turut menyatakan kebanyakan kritikan pedas yang diterima ketika itu datang daripada masyarakat Melayu sendiri yang merasakan karya tempatan ketinggalan zaman.

Ads

“Dulu Filem Papa Dilabel Kekampungan, Merepek,” – Karya Bapa Kini Jadi Penanda Aras, Anak Mamat Khalid Dedah Karya Arwah Bapa Pernah Dikecam Teruk

Anda mungkin berminat dengan

“Situasi ini berlaku circa 2004-2005. Pada masa tu, ‘kampung’ dan ‘nusantara’ adalah satu kecaman. Yang cakap pula Melayu tulen.

“Kadang-kadang terfikir, netizen zaman sekarang pun belum tentu seteruk dulu,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Allahyarham Mamat Khalid telah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Oktober 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Aktres Terkenal Bollywood Deepika Padukone Hamil Anak Kedua

Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone, 40, dan suaminya, Ranveer Singh, 41, kini menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka. Perkhabaran gembira itu dikongsikan pasangan berkenaan menerusi...
error: Hello. Cannot.