
Penyanyi veteran, Jamilulhayat sanggup menangguhkan rawatan penyakit paru-parunya demi memberi sepenuh tumpuan terhadap persembahan anaknya, Hussain pada konsert minggu pertama Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), malam tadi.
Menurut Jamilulhayat, keadaan paru-parunya kini sangat lemah sehingga dia sepatutnya menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Keadaan saya sebenarnya agak kritikal tapi saya tetap bersemangat dan sanggup berkorban demi anak. Saya sebenarnya ada mengidap masalah paru-paru tahap empat.
“Selepas ini, mungkin saya akan ke hospital semula untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya kepada MH.
Tambah adik kepada penyanyi legenda, Jamal Abdillah itu, dia enggan ditahan di hospital kerana tidak mahu mengganggu komitmennya bersama anak di program berkenaan.

“Saya sebenarnya tak nak ditahan di hospital. Saya mahu selesaikan urusan bersama Hussain dahulu.
“Soal nyawa dan kesihatan ini memang penting tapi apa salahnya saya berkorban untuk Hussain,” kongsinya lagi.
Hussain Terharu, Balas Pengorbanan Dengan Kejayaan
Dalam pada itu, Hussain mengakui terharu dengan pengorbanan bapanya dan berjaya membalasnya apabila meraih markah tertinggi pada konsert minggu pertama TTMM2.

“Pertama sekali, saya memang rasa agak lega sebab sudah selesai membuat persembahan. Saya rasa sangat seronok melihat sambutan positif daripada orang ramai.
“Saya terharu juga kerana ayah sanggup berada bersama saya walaupun dia sebenarnya seharusnya dirawat di ICU,” katanya.
Walaupun berjaya memberikan persembahan yang memukau, Hussain merasakan masih terlalu awal untuk meramalkan dirinya sebagai antara pencabar utama.

“Saya merasakan diri saya dengan peserta-peserta lain memang tidak terlalu berbeza. Kami semua punyai peluang sama rata. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” ujarnya lagi.
Anda mungkin berminat dengan
Terdahulu, Hussain tampil cemerlang apabila persembahannya menerusi lagu Bahagiamu Deritaku berjaya meraih markah tertinggi sebanyak 81.33%.
Program TTMM2 dikendalikan oleh Aznil Nawawi, bersama barisan juri iaitu AC Mizal dan Sarimah Ibrahim.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis di bawah seliaan masing-masing.
Saksikan konsert TTMM setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, selain turut boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

