Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada petang Khamis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Menurut pengurusnya iaitu Rozi Abdul Razak, kejadian tersebut berlaku selepas mereka selesai mengadakan persembahan di Sepang.
“Ramai yang menghubungi bertanyakan keadaan Siti. Kami menaiki dua buah kenderaan selepas selesai persembahan di RedQ AirAsia Sepang.
“Ketika melalui Lebuhraya MEX di KM14.2, berlaku kemalangan membabitkan empat buah kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Siti.
Ads
“Kereta saya berada beberapa kenderaan di belakang. Kami segera membawa Siti keluar dari kenderaan yang terlibat kemalangan dan membawanya ke dalam kereta kami,” katanya.
Rozi berkongsi kejadian tersebut menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, sebentar tadi.
Keadaan Terkini
Dalam perkembangan sama, Rozi memaklumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Menamakanmu Cinta itu telah ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ads
“Siti telah dibawa ke hospital dan mengalami lebam serta bengkak pada bahagian kaki. Alhamdulillah, keadaannya selamat. Terima kasih atas doa semua,” kongsinya.
Terdahulu, tular di aplikasi Threads beberapa paparan yang menunjukkan Siti berada di tepi lebuh raya bersama pembantunya.
Difahamkan, kenderaan yang dinaikinya turut mengalami kerosakan dalam kejadian tersebut.
Hasil tinjaun menerusi platform media sosial milik Siti, ibu kepada dua cahaya mata itu memuat naik hantaran di Instagram Stories dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mencetuskan fenomena pada musim pertama, program realiti, Talk To My Manager (TTMM) kembali untuk musim kedua dengan barisan pengurus dan bakat baharu yang bersedia menggegarkan industri hiburan tanah air!
Berbeza daripada program pencarian bakat lain yang hanya menilai kemampuan peserta di atas pentas, TTMM2 memberi tumpuan kepada hubungan di antara penjaga dan anak yang berperanan pengurus kepada artis di belakang tabir.
Di sinilah akan muncul pelbagai strategi, sesi bimbingan dan tahap keserasian yang pastinya memainkan peranan penting dalam membentuk seorang bintang baharu.
Menjadi rancangan yang sinonim ditonton seisi keluarga, pastinya ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan elemen kejutan, persembahan hebat serta drama yang bakal dipersembahkan oleh 10 pasangan peserta yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Antara gandingan ibu dan anak yang bakal memeriahkan TTMM2 ialah Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Dato A. Aida & Azeva, Datuk Seri Vida & Cik B, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea serta Safura & Kim Khairii.
Sementara duo ayah dan anak iaitu Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Jamilulhayat & Hussain serta Pak Azad & Amarra turut dijangka bakal memberikan saingan sengit.
TTMM2 menampilkan sisi berbeza industri hiburan dengan memberi fokus kepada peranan pengurus sebagai mentor, bukan sekadar wakil artis.
2. GabunganSelebritiBerpengalaman & Bakat Baharu
Pengurus berpengalaman puas membantu peserta merancang kerjaya, memperhalusi persembahan dan membentuk imej, manakala artis pula tampil dengan tenaga serta idea segar.
3. Strategi & KeserasianJadi Penentu
Kejayaan peserta bukan hanya bergantung kepada bakat, tetapi juga strategi dan hubungan erat antara artis dan pengurus.
4. Drama, Emosi & PersembahanMemukau
Penonton bakal disajikan dengan pelbagai elemen menarik termasuk konflik, kejutan dan persembahan berkualiti tinggi.
5. Platform LahirkanBintang Baharu!
Dengan pendekatan yang lebih dinamik, TTMM2 berpotensi melahirkan gandingan artis dan pengurus yang mampu mencipta impak besar dalam industri hiburan tempatan.
Dalam program ini, pengurus (manager) bukan sekadar bertindak sebagai wakil kepada artis, malah berperanan sebagai mentor yang berkongsi pengalaman luas dalam industri.
Mereka akan memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk membantu peserta merancang langkah kerjaya, memperhalusi persembahan serta membentuk imej yang mampu menyerlah dalam dunia hiburan.
Pada masa sama, barisan peserta ini hadir dengan tenaga baharu, idea segar dan kreativiti yang memberi warna tersendiri kepada program ini.
Gabungan pengalaman pengurus dan semangat peserta menjadikan perjalanan setiap gandingan dalam TTMM2 lebih menarik untuk ditonton!
Ini sekali gus akan membuktikan kejayaan dalam industri hiburan bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata, tetapi turut dipengaruhi oleh bimbingan, strategi serta keserasian antara artis dan pengurus.
Sama-sama saksikan saingan konsert minggu pertama pada 19 April depan di saluran Astro Ria atau strim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
TTMM sekali lagi akan dihoskan oleh pengacara legenda, Datuk Aznil Haji Nawawi, manakala dua artis berpengalaman luas, Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah Ibrahim kekal di posisi juri tetap.
Jom usha Talk to My Manager Musim Kedua, bermula 19 April setiap Ahad hanya dengan Astro One atau aplikasi sooka.
Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Dari RM159.99/bln*, nikmati 140+ saluran, sukan LIVE serta 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, iQIYI, Prime Video dan banyak lagi. Memang puas hati sekeluarga!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datin Nelydia Senrose sebak dan menyifatkan kehadiran cahaya mata pertama ini sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.
Menurut Nelydia, dia dan suami iaitu Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid amat teruja untuk menantikan detik menimang cahaya mata dan berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat kandungannya itu.
“MasyaAllah, ini yang membuatkan saya rasa sebak. Seperti semua orang tahu, saya dan suami sudah tujuh tahun menantikan momen ini. Ia merupakan rezeki yang sangat tak disangka dan saya nanti-nantikan.
“Saya sangat gembira dan bersyukur. Pada masa sama, saya masih memerlukan doa daripada anda semua. Doakanlah semoga saya berjaya hingga ke akhirnya,” katanya kepada MH.
Adik kepada pelakon, Uqasha Senrose itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Restoran Seminyak yang di KLGCC Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.
Katanya lagi, meskipun harus menunggu hampir tujuh tahun untuk mendapatkan zuriat, Nelydia tetap percaya rezeki Allah akan hadir pada waktu yang tepat.
“Saya percaya rezeki Allah itu hadir tepat pada waktunya. Saya ditujukan soalan tentang zuriat ini sudah lama. Saya juga tidak terlalu terbuka untuk berkongsi tentang perjalanan saya.
“Allah pasti akan memberikan rezeki bila kita reda dan bersedia dengan sebarang kebarangkalian yang berlaku. Saya tak pernah putus doa. Malah, ramai juga yang mendoakan saya.
“Setiap kali berjumpa dengan orang, saya minta mereka mendoakan saya. Kita pun tak tahu doa siapa yang dimakbulkan. Segalanya berlaku disebabkan kuasa Allah.
“Sebagai hamba, saya hanya menerima dengan hati yang terbuka. Berkaitan hal peribadi, saya tidak mahu terlalu berkongsi,” katanya yang lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai usia kandungannya saat ini.
Dalam masa sama, Nelydia turut memanjatkan doa selain menyeru para pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat untuk sentiasa percaya dengan rezekiNya.
“Buat mereka yang masih menantikan zuriat, saya pasti masanya akan tiba satu hari nanti. Jangan berputus asa dan sentiasa percaya dengan kuasa Allah.
“Mungkin kita mahukan sesuatu itu, pada waktu itu juga tapi Allah tahu bilakan waktu yang tepat. Kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah.
“Bila kita percaya, ia akan datang secara semula jadi,” kongsinya lagi.
Mengulas mengenai alahan sepanjang tempoh kehamilan ini, Nelydia memaklumkan dirinya hanya mahu menikmati dan melalui segala proses dengan tenang.
“Tiga bulan pertama itu, saya memang rasa alahan itu. Ia agak teruk juga kerana saya tak pernah lalui pengalaman itu. Namun, saya suka dan menikmati sahaja momen ini.
“Inilah doa dan perasaan yang ingin saya rasakan selama ini. Pada saya, mungkin itu alahan biasa saya. Saya tiada selera makan.
“Malah, saya juga tidak mengidam apa-apa,” akhirinya.
Sekadar informasi, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 April 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyimpan impian untuk mengumpulkan semula sahabat lama dalam Konsert Kristal OG – 25 Tahun di Zepp KL, pada 1 Mei depan, penyanyi Lan Solo memulakan langkah dengan menghubungi gitaris utama kumpulan Kristal, Rody bagi mengatur pertemuan.
Bagaimanapun, usaha tersebut difahamkan tidak menjadi kenyataan apabila rakannya itu tidak memberikan maklum balas yang diharapkan, sekali gus menyebabkan konsert tersebut tetap diteruskan tanpa Rody dan seorang lagi anggota asal, Ainul.
Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, berkata, dia usaha sejak pertengahan tahun lalu untuk merealisasikan pertemuan tersebut.
“Sebaik menerima tawaran ini sekitar Jun tahun lalu, Rody orang pertama saya maklumkan dan minta kami bersemuka memandangkan sudah lama tidak bertemu. Bagi saya, lebih baik berbincang depan-depan daripada bermesej menerusi WhatsApp.
“Tetapi hari demi hari, dia hanya beri jawapan ‘nanti fikir’ selain bagi alasan sibuk. Dari Jun 2025 hingga Julai menghampiri Ogos, saya buat keputusan berhenti mencuba.
“Begitu juga dengan Ainul. Kita tak boleh tunggu, jadi kami akan teruskan Konsert Kristal OG dengan bekas anggota yang lain,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert bersempena ulang tahun ke-25 perjalanan seni kumpulan itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lan menjelaskanc dia mendapatkan nombor telefon Rody melalui adik gitaris berkenaan, Acap, selepas sekian lama tidak berhubung.
“Saya dapatkan nombor telefon melalui Acap kerana sudah lama kami tidak berhubung. Saya cuba hubungi tetapi tidak berjawab, mungkin dia tidak kenal nombor saya.
“Namun dia ada WhatsApp bertanya siapa saya. Itu menunjukkan dia tidak simpan nombor saya. Saya terus perkenalkan diri dan beritahu ingin berbincang mengenai satu projek,” ujarnya lagi.
Mengakui kecewa dengan situasi itu, Lan menjelaskan niatnya hanyalah untuk memperbaiki hubungan selain memenuhi hasrat peminat yang ingin melihat mereka kembali sepentas.
“Saya sudah rendahkan ego kerana rasa ini masa sesuai tetapi agak kecewa apabila tidak menjadi seperti dirancang,” ujarnya yang tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh Rody.
“Bohong kalau saya kata tidak kecewa. Ini jalan pertama yang saya pilih iaitu berjumpa dan berbincang bagi jadikan konsert ini satu memori indah buat Kristal sempena ulang tahun ke-25.
“Apabila perancangan tidak dapat dilakukan, saya anggap belum ada rezeki. Saya perlu teruskan fokus dan hormati keputusan yang diberikan,” jelasnya.
Terdahulu, konflik antara mereka dipercayai bermula apabila Lan menyertai Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.
Susulan itu, Rody mengambil keputusan untuk ‘merehatkannya’ dan mencari vokalis pengganti, sekali gus mendorong Lan meninggalkan kumpulan Kristal.
Selepas itu, masing-masing membawa haluan sendiri sebelum Lan kembali aktif bersama Kristal X sekitar enam tahun lalu.
Dalam pada itu, Konsert Kristal OG 25 Tahun bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi platform untuk mengimbau nostalgia menerusi deretan lagu yang pernah membesar bersama peminat selama lebih dua dekad.
“Konsert kali ini adalah berlainan dengan konsert Kristal sebelum ini. Kami akan ‘all out’, dengan saya akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dirakam dari Album pertama sehingga album yang ke-13.
“Lagu-lagu dalam album tersebut termasuklah yang dianggotai oleh ahli lain iaitu Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol, Rijal dan ramai lagi anak beranak Kristal dalam album itu.
“Signifikan 25 tahun Kristal ini adalah perjalanan seni Lan Solo Bersama Kristal dari zaman kanak-kanan sehinggalah kini, merangkumi perjalanan selama 25 tahun.
“Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami ada yang bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama saja dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.
“Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, rakan Kumpulan yang bertukar-tukar tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya dan kekal relevan,” katanya.
Konsert Kristal OG 25 Tahun dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event, serta mendapat sokongan Dana Kandungan Kreatif daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures.
Tiket kini telah mula dijual dan peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam penuh bersejarah ini boleh mendapatkan tiket melalui pautan rasmi https://blaviaofficial.com/pages/kristalog
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Walaupun sudah hampir dua tahun berpisah dengan bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof, pempengaruh Ira Kazar mendedahkan dirinya masih menerima kecaman daripada netizen di media sosial sehingga hari ini.