Perhubungan cinta yang dibina lebih sedekad akhirnya menemui noktah apabila pelakon Hollywood, Haylie Duff dilaporkan berpisah dengan tunangnya, Matt Rosenberg selepas 12 tahun bertunang.
Menurut laporan media antarabangsa, hubungan pasangan ini sebenarnya telah berakhir sekitar awal tahun 2026, namun perkara tersebut hanya disahkan wakil Haylie baru-baru ini. Perpisahan itu dikatakan berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, malah kedua-duanya memilih untuk menjaga privasi demi anak-anak.
Untuk rekod, Haylie dan Rosenberg mula menjalin hubungan sejak 2012 sebelum mengikat tali pertunangan pada April 2014. Sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini dilihat selesa menjalani kehidupan seperti suami isteri walaupun tidak pernah melangsungkan perkahwinan secara rasmi.
Ads
Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Haylie pernah menyifatkan hubungan mereka sebagai sudah “cukup lengkap” biarpun tidak berkahwin, apatah lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan yang menjadi keutamaan dalam hidup mereka.
Ads
Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Ryan dan Lulu, yang kini masing-masing semakin membesar dan menjadi fokus utama mereka selepas perpisahan tersebut.
Ads
Walaupun hubungan cinta mereka tidak berakhir di pelamin, sumber terdekat memaklumkan kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik sebagai ibu bapa demi memastikan kebajikan anak-anak terus terpelihara.
Perkembangan ini nyata mengejutkan ramai, lebih-lebih lagi selepas pasangan tersebut melalui tempoh pertunangan yang cukup panjang, sekali gus mengundang persoalan mengenai hala tuju sebenar hubungan mereka sebelum ini.
Dalam masa sama, kehidupan peribadi Haylie turut menjadi perhatian apabila hubungannya dengan adik sendiri, Hilary Duff, dilaporkan renggang sejak kebelakangan ini, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikenali sebagai pengarah iklan komersial yang berpengaruh, nama Bobby Husaini sememangnya tidak asing dalam kalangan syarikat korporat yang sering mendapatkan sentuhan kreatifnya bagi menghasilkan karya berimpak tinggi, khususnya menjelang musim perayaan.
Dalam usaha membawa kelainan ke dalam industri perfileman tempatan, beliau kini tampil dengan filem sulung berjudul Libang Libu.
Selepas lebih dua dekad membina kerjaya dalam dunia komersial, anak kelahiran Ipoh, Perak ini merasakan sudah tiba masanya untuk mencabar diri dan membuktikan kemampuan pada skala yang lebih besar.
Walau bagaimanapun, peralihan ke dunia pengarahan filem tidak bermaksud dirinya meninggalkan bidang komersial sepenuhnya.
Sebaliknya, langkah ini dilihat sebagai usaha memperluas horizon kreatif serta memperkukuh portfolio seni beliau.
“Saya memulakan kerjaya dalam bidang iklan sebagai penulis iklan (copywriter). Selepas lebih 20 tahun, ini adalah waktu yang tepat untuk saya memperluaskan kemampuan ke tahap berbeza.
“Bagi saya, ini satu peralihan yang diimpikan oleh ramai pengarah iklan, dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya.
“Kemunculan saya sebagai pengarah filem bukan bermakna saya meninggalkan dunia iklan. Ini adalah permulaan kepada sesuatu yang baharu.
“Saya masih mahu terus mengarah iklan, dan pada masa sama menunaikan impian untuk mengarah filem,” katanya.
Mengulas mengenai skeptikal segelintir pihak yang beranggapan sentuhan iklannya mungkin terlalu ketara dalam filem ini, Bobby mengakui tanggapan tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk disangkal.
Namun begitu, Bobby melihatnya sebagai satu cabaran yang perlu dibuktikan melalui karya.
“Memang ada yang bertanya sama ada gaya iklan saya akan membayangi filem ini. Jawapannya mudah, kena tonton dahulu dan nilaikan sendiri.
“Jujurnya, ini risiko yang akan dihadapi oleh semua pengarah iklan seperti saya. Tetapi satu perkara yang saya pegang, tidak kira iklan atau filem, saya akan menghasilkan karya berdasarkan apa yang saya rasa.
Ramai mengatakan iklan saya sedih, tetapi itu bukan tujuan utama saya. Sebenarnya, setiap karya yang dihasilkan membawa mesej yang dekat dengan masyarakat, dan mungkin itu yang membuatkannya terasa menyentuh hati,” jelasnya lagi.
Berkongsi lanjut mengenai Libang Libu yang bakal ditayangkan pada 23 April ini, tidak dinafikan terdapat pandangan yang melihat gaya penceritaannya seakan-akan menyamai sentuhan karya Allahyarham Mamat Khalid.
Namun bagi Bobby, perbandingan tersebut dianggap sebagai satu penghormatan, di samping beliau tetap mengekalkan identiti dan gaya tersendiri dalam naskhah sulungnya itu.
“Arwah adalah idola saya, namun itu bukan tiket untuk Libang Libu dibayangi karya-karya hebat beliau.
“Mungkin kerana saya menjalani penggambaran di Perak dan mengambil inspirasi daripada situasi masyarakat di sana, tetapi Libang Libu bukan sekadar filem komedi, sebaliknya gabungan pelbagai kisah masyarakat yang dekat dengan kita.
“Mengapa Perak? Lokasi penggambaran adalah kampung saya, jadi secara tidak langsung filem ini sangat dekat dengan kehidupan awal saya ketika kecil,” ujarnya.
Selain jalan cerita yang segar, kekuatan filem ini turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Ameerul Affendi, Beto Kusyairi dan Nabila Huda.
Menurut Bobby, pemilihan pelakon memainkan peranan penting, terutama apabila ada pihak yang menganggap Libang Libu sekadar sebuah karya komedi.
“Saya suka bekerja dalam suasana selesa, dan apabila pelakon mampu memberikan yang terbaik, ia memudahkan semua pihak.
“Bila melihat Libang Libu, ada yang membayangkan ia sekadar sebuah filem komedi, tetapi di sebaliknya terdapat banyak isu yang cuba diketengahkan dalam filem ini.
“Jadi, setiap watak dalam Libang Libu ini penting bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan sampai kepada penonton. Cabaran paling besar bagi saya bukan kerana pelakon tidak mampu menjiwai watak, tetapi lebih kepada penyampaian dialek bahasa Perak itu sendiri.
“Namun, sejak awal lagi saya telah berpesan kepada para pelakon agar tidak terlalu tertekan mengenainya, kerana kita juga mahu penonton memahami bahasa yang digunakan dengan mudah,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Chacha Maembong lebih selesa untuk memberikan ruang buat kakaknya, Emma Maembong untuk tenangkan diri terlebih dulu selepas perpisahan aktres itu dengan kekasihnya, DJ Kid, baru-baru ini.
Menurut Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, sebagai adik dia akan terus memberi sokongan moral dan berada di sisi Emma saat diperlukan.
“Saya tidak berani bercakap bagi pihak kakak saya kerana pada akhirnya, bukan saya yang melalui kehidupan hariannya. Jadi, saya tidak tahu situasi sebenar yang dilaluinya.
“Namun apa yang saya tahu, apa sahaja keputusan yang dibuat, sama ada mereka sudah berpisah atau sebaliknya, saya tetap akan sentiasa berada di sisinya,” katanya kepada MH.
Chacha berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka iQIYI di Andaman Grand Ballroom, Kuala Lumpur pada Selasa.
Jelas Chacha lagi, dia antara individu rapat yang mengetahui perjalanan hidup Emma dan mengharapkan semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat kakaknya itu.
“Dia tetap kakak saya dan saya akan terus menyokongnya sampai bila-bila. Cuma saya berharap orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buatnya kerana dia sudah melalui banyak perkara.
“Saya rasa sekarang adalah masa untuk dia melalui proses penyembuhan diri dengan tenang,” katanya.
Dalam masa sama, Chacha turut berharap orang ramai tidak terus memberi tekanan kepada kakaknya dengan spekulasi atau gosip yang boleh mengganggu emosi.
“Jika boleh, saya tidak mahu orang luar terus memberi tekanan dengan gosip-gosip seperti ini. Kedua-dua pihak sudah memandang ke hadapan.
“Kakak saya juga sedang melalui kehidupan yang lebih bahagia ketika ini. Jadi, biarlah keadaan itu kekal seperti sekarang,” katanya lagi.
Bercakap mengenai keadaan terkini Emma ketika ini, Chacha memaklumkan ibu kepada dua cahaya mata itu dalam keadaan baik dan sibuk dengan komitmen kerja.
“Keadaan Emma baik sahaja. Dia masih sibuk dengan penggambaran. Kami pun jarang berjumpa hampir setiap hari kerana masing-masing sibuk penggambaran.
“Tetapi setiap kali berjumpa, dia berada dalam keadaan baik. Dia seorang wanita yang sangat kuat, malah antara individu paling kuat yang pernah saya kenal,” katanya.
Menurut Chacha, Emma juga dilihat sangat tabah dan tidak mudah menunjukkan kesedihan kepada umum.
“Jika ditanya keadaannya, dia seperti biasa dan tidak akan menunjukkan kesedihan di hadapan orang lain. Saya dapat lihat dia benar-benar sedang bahagia sekarang,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila DJ Kid mendedahkan hubungannya bersama Emma sudah berakhir selepas setahun keakraban mereka menjadi perhatian ramai.
Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, bagaimanapun mengakui terkilan apabila hal kehidupan peribadi dikongsi secara umum namun, reda dengan situasi yang berlaku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon filem The Hunger Games, Ethan Jamieson, ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dalam insiden tembakan yang menyasarkan sebuah kenderaan dinaiki tiga lelaki di Raleigh, North Carolina.
Berdasarkan dokumen mahkamah, lelaki berusia 27 tahun itu berdepan tiga pertuduhan jenayah berat kerana melakukan serangan menggunakan senjata berbahaya dengan niat membunuh.
Penahanan tersebut dibuat pada 8 April lalu susulan siasatan terhadap kejadian yang dilaporkan berlaku pada 22 Mac.
Siasatan yang dijalankan oleh Raleigh Police Department mendapati suspek dipercayai melepaskan satu das tembakan ke arah kenderaan mangsa ketika mereka sedang bergerak.
Ketika kejadian, suspek dilaporkan menaiki sebuah basikal elektrik manakala tiga individu berada di dalam kenderaan tersebut.
Kes berkenaan turut dikaitkan dengan penggunaan pistol separa automatik jenis 9 milimeter. Identiti tiga mangsa direkodkan sebagai E.F., J.M. dan K.W. dalam dokumen rasmi mahkamah
Pada 9 April, mahkamah menolak permohonan ikat jamin terhadap tertuduh, manakala prosiding seterusnya ditetapkan pada 30 April bagi tujuan pendengaran lanjut kes.
Dalam rekod terdahulu, Jamieson pernah ditahan pada Mac 2025 atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas di lokasi sama.
Hukuman bagi kes tersebut dijatuhkan pada 26 Mac 2026, hanya beberapa hari selepas insiden tembakan terbaharu yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Sekadar info, selain berlakon dalam filem The Hunger Games, dia juga membintangi naskhah lain seperti The Rusty Bucket Kids: Lincoln, Journey to 16 (2010) dan siri TV, Justified.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.