Penyanyi Datin Alyah tidak menafikan banyak dugaan yang perlu ditempuhinya di dalam proses untuk menghasilkan single terbaharu, Cinta Sahabiyah yang bakal dilancarkan September depan.

Bagaimanapun, ia secara tidak langsung mengajarkan erti sabar buat isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini.

“Terlalu banyak dugaan untuk siapkan lagu ini. Dugaan yang datang hanya Allah SWT sahaja yang tahu berapa banyak titisan air mata ni jatuh dan dari situ saya terfikir dan terdetik siapa pemilik ‘Sahabiyah’ ini?

“Saya sedang lalui proses ini dan dari situ baru saya mengerti sabar yang kita miliki hari ini terlalu jauh nak dibandingkan dengan wanita wanita hebat di zaman Rasulullah SAW.

“Ya Allah SWT kami tak mampu menjadi sahabiyah. Lemahnya kami Ya Allah. Namun kami tidak mahu berputus asa untuk sentiasa berdiri di bawah bayangan wanita-wanita hebat yang dipilih oleh Mu ya Allah.

“Juga belajar dari cara mereka memperbaiki diri demimu ya Allah SWT,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)


Terdahulu, Alyah turut terbayang mengenai bagaimanakah cinta yang diperjuangkan oleh golongan wanita pada zaman Rasulullah SAW.

“Bagaimana cinta wanita wanita hebat di zaman Rasulullah SAW? Jauh kalau nak dibandingkan kita dengan mereka.

“Namun hati ini ingin sekali memperjuangkannya. Kita tak tahu apa akan jadi ke hadapan semua rahsia Allah SWT.

“Mungkin kita sampai ke destinasinya atau mungkin kita terkandas. Sentiasalah memohon yang terbaik dari Allah dan sabar dalam menjalaninya…,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI