![WhatsApp Image 2022-09-26 at 4.31.25 PM](https://cdn.mediahiburan.my/2022/09/WhatsApp-Image-2022-09-26-at-4.31.25-PM-696x392.jpeg)
Usahawan dan penyampai radio, Shuib berkongsi perkembangan mengenai proses pengubahsuaian kediamannya yang terletak di Puchong, Selangor.
Menerusi Instagram, Shuib memuat naik video sambil merakamkan bahagian lantai di ruang tamu rumahnya telah dipecahkan bagi menggantikan dengan lantai baharu.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dia ingin menukar suasana rumah dengan menggunakan lantai jenis mozek bercorak pula selepas ini.
“Nak tengok rumah saya? Lantai hilang, memang suruh pecahkan.
“Nak gantikan lantai mozek yang ada corak marmar ke. Saya tengah cari yang lawa-lawa, yang sesuai dengan rumah saya.
“Alang-alang dah pecah, nak cari yang berkualiti, cantik dan bersesuaian,” kata Shuib.
Penyampai radio Suria FM itu juga menjelaskan, dia mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi menaja untuk lantai baharu rumahnya itu.
“Kalau ada yang nak sponsor, lebih baik. Berani nak sponsor Shuib? Bukan lantai ruang tamu sahaja, bilik air pun termasuk,” selorohnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi, termasuk ada yang memberikan pelbagai cadangan bagi melakukan dekorasi rumah tiga tingkat itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berapa Hari Je Nak Raya Mak, Ya Allah…,” – Ibu Achey Ibu Meninggal Dunia, Menangis Atas Motor Waktu Pulang Kerja
![“Berapa Hari Je Nak Raya Mak, Ya Allah…,” – Ibu Achey Ibu Meninggal Dunia, Menangis Atas Motor Waktu Pulang Kerja](https://cdn.mediahiburan.my/2022/04/CC213226-02D0-45EB-B07C-8982D8862367.jpeg)
Pelakon dan pelawak, Achey berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Ngaisah binti Hasaan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi tadi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Achey menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Jelas Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia mendapat tahu mengenai perkhabaran tersebut ketika dalam perjalanan pulang daripada menyelesaikan pekerjaannya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, berapa hari je nak raya mak. Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan mak di sana. Kami redha Ya Allah,” tulisnya.
Katanya lagi, meskipun agak berat baginya untuk menerima kenyataan tersebut, namun, dia tetap reda dengan segala ketentuan Allah SWT.
Pada masa sama, Achey turut menzahirkan rasa gembira kerana ibunya itu pergi pada hari dan bulan yang baik ini.
“Achey atas moto lagi mak baru balik kerja. Mak baik. Mak pergi pada bulan yang baik. Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-fatihah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga ibu Achey ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Sebelum ini, Achey sering berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibunya yang dikhabarkan agak tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Malah, beberapa hari lalu, Achey memaklumkan ibunya itu terpaksa menjalani pembedahan dan kondisinya juga dikatakan kurang baik.
Anggota kumpulan Bocey itu juga difahamkan sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk menjaga ibunya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey Bocey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Banyak Perlu Belajar, Julia Farhana Terbuka Terima Setiap Kritikan!
![Masih Banyak Perlu Belajar, Julia Farhana Terbuka Terima Setiap Kritikan!](https://cdn.mediahiburan.my/2024/01/JULIA-FARHANA-00.jpg)
Umum sedia maklulum bahawa pelakon jelita, anak kelahhiran negeri di bawaha bayu Julia Farhana Marin telah emngambil keputusan untuk menutup aurat dan berhijab sepenuhnya sejak tahun lalu.
Malah, lebih mengejutkan apabila Julia mendedahkan dia sebenarnya sudah empat tahun memakai tudung. Namun terpaksa melakukannya secara ‘on and off’ kerana terikat dengan tuntutan kerja.
Mula Berjinak Memakai Tudung Sejak Empat Tahun Lalu!
“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai tudung sejak empat tahun lalu secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan sepenuhnya pada ketika itu.
“Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.
“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah,” katanya kepada MH.
Berkongsi lanjut perjalanan penghijrahannya itu, Julia berkata dia masih lagi belajar dan terbuka dengan segala teguran yang diberikan terhadap dirinya.
Masih Banyak Perlu Dipelajari, Terbuka Terima Segala Kritikan
“Meskipun sudah bertudung, banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.
“Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.
“Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat.. jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna,” katanya lagi.
Untuk info, Julia yang berdarah kacukan Melayu-Itali ini berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom pada 14 Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Julia Farhana Marin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Berfungsi Seperti Biasa Dan…,” – Jalani Rawatan Kelamin, Zainalabidin Nasihat Para Suami Usah Malu
![“Tak Berfungsi Seperti Biasa Dan…,” – Jalani Rawatan Kelamin, Zainalabidin Nasihat Para Suami Usah Malu](https://cdn.mediahiburan.my/2023/12/IMG_3426.jpeg)
Penyanyi terkenal, Datuk Zainalabidin menyeru kepada para suami yang sudah berusia untuk menjalani rawatan kelamin demi keharmonian rumah tangga.
Menurut Zainal, para suami tidak sepatutnya berasa malu kerana masalah ini sememangnya normal apabila seseorang itu meningkat usia.
“Kita tak perlu segan. Apabila kita berkongsi, ia memberi peluang buat mereka yang bermasalah untuk berusaha mencari solusi. Saya juga ada masalah.
“Kalau kita ego dan simpan, ia akan membahayakan hubungan suami isteri. Apabila kita tak mahu melakukan pemeriksaan atau menerima nasihat, ia akan mendorong pejalanan hidup yang lebih negatif.
“Jadi, berterus teranglah. Bila lebih ramai orang tahu, lebih ramai yang akan perbaiki masalah,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Puteri itu berkata sedemikian ketika ditemui di program santai minum petang bersama Zainalabidin baru-baru ini.
Program ini telah dianjurkan klinik kecantikan, Idealyst.
Katanya lagi, mereka yang bermasalah boleh berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat tentang rawatan-rawatan yang perlu dijalani.
“Ia bukan penyakit tapi satu kelemahan disebabkan faktor usia. Memang patut pun apabila alat kelamin tidak berfungsi seperti mana orang muda.
“Bila ada penyakit kencing manis, darah dan kolestrol tinggi, ia mengganggu kesihatan kelamin saya. Malah, semakin lama, ia beransur lemah.
“Saya sudah berjumpa dengan ramai doktor dan mereka menyarankan saya untuk mengambil suntikan p-shot atau t-shot. Tak perlu urutan. Cuma makan ubat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Zainal turut mendedahkan rawatan tersebut sememangnya berkesan buat dirinya setakat ini.
“Ia menampakkan kebaikkan tapi tidaklah 100 peratus seperti mana saya berumur 18 tahun. Sekurang-kurangnya, ia menyelamatkan keadaan rumah tangga saya.
“Ia tidak sakit atau memerlukan jarum yang panjang atau menakutkan. Ia dilakukan dengan proses yang sangat profesional. Tidak menyakitkan dan memberi kesan yang cepat,” katanya lagi.
Pada masa sama, penyanyi berusia 64 tanum menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan produk-produk yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kesihatan.
“Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Jangan suka-suka beli daripada media sosial kerana iklan-iklan seperti ini mungkin tak diiktiraf jabatan kesihatan.
“Produk ini mungkin membahayakan kerana bahan-bahanya tidak diketahui. Ia mungkin juga boleh memberikan kesan yang berbahaya terhadap kesihatan kita,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI