Penyanyi veteran terkenal, Datuk M Daud Kilau, 84, dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), Perak pada malam Rabu.
Memetik Harian Metro, penyanyi yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek itu dikejarkan ke hospital pada jam 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya mengalami masalah paru-paru berair.
Menurut anaknya, Ahmad Zaini, bapanya kini berada dalam pemantauan rapi daripada doktor selain memerlukan bantuan pernafasan.
Ads
“Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Datuk (M Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi.
“Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (Bantuan Pernafasan Kecemasan) dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila jantungnya terhenti.
Ads
“(Ayah) masih memerlukan bantuan pernafasan (dan dalam keadaan) separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya.
Penyanyi lagu malar segar, Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Amar Baharin mengakui memilih untuk terus fokus dalam kerjaya yang dilakukan sekarang, berbanding memikirkan mengenai soal kecaman atau mencipta ‘marketing viral’ di media sosial.
Menurut Amar,35, dia selesa dengan cara tersebut dan hanya bersembang mengenai isu viral yang berlaku bersama isteri yang juga pelakon, Amyra Rosli di rumah.
“Saya suka buat hal sendiri, tak suka campur hal orang atau nak terjebak dalam benda yang viral. Kalau ada isu pun, kadang-kadang saya hanya bercakap mengenainya bersama isteri saja di rumah.
“Saya bukan jenis suka ekspresikan semua perkara di media sosial. Jadi kalaulah ada orang yang mengecam saya, saya tak kan buat apa-apa pun.
“Nak marah atau maki pada orang yang kecam itu pun, bini saya sajalah yang dengar. Saya tak suka nak dapatkan publisiti yang sedemikian,” katanya.
Amar ditemui pada pelancaran kempen Ramadan Astro, Buka Lembaran Baharu di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Bapa kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, isu viral yang melibatkan seseorang selebriti biasanya hanya bersifat sementara.
“Kalaulah semua selebriti anggap perkara viral itu perlu, ertinya bahagian yang kata ia ‘tidak perlu’ tu saya sajalah.
“Bagi saya, mereka mungkin akan dapat perhatian bila ada isu viral melibatkan diri mereka, tapi ia mungkin tidak akan bertahan lama,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Amar kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian 65 episod, Hati Yang Dikhianati, naskhah adaptasi siri telenovela, Mis Tres Hermanas yang cukup popular pada 2000.
“Drama ini bakal bersiaran pada 12 April jam 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat menerusi slot Tiara di Astro Prima. Ia 80 peratus sama dengan cerita asal, tetapi watak kami sedikit berbeza seiring dengan budaya kita.
“Saya pegang watak Santiago (Zuhri Elyas). Drama ini pernah menjadi fenomena sewaktu ia ditayangkan di seluruh dunia. Saya tidak rasa tertekan bila nak bawakan watak tersebut, cuma ia lebih kepada perkongsian bahawa satu ketika dulu ada sebuah drama menarik yang mungkin ada yang tak berkesempatan untuk tonton.
Penyanyi, Tomok berkongsi foto di laman Instagramnya, hari ini mengenai rekod anak sulungnya, Arrianshah Akid, 6 tahun di sekolah untuk tahun 2018 ini.
Apa yang membanggakan apabila Arrian memperolah semua A dalam semua matapelajaran yang diambilnya termasuklah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Mandarin.
Susulan itu, kelihatan ramai yang turut sama tumpang gembira dengan kejayaan Arrian itu.
Sebagai seorang bapa tentunya dia berasa sangat bangga dengan kejayaan anaknya kan? Moga-moga Arrian akan terus kekal sukses.
Sebelum ini, Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian dan Andrashah Iman, 3 tahun.
Berbeza dengan anak-anak artis lain, Arrian dan Andra tidak mempunyai akaun Instagram mereka sendiri. Kebanyakkan foto perkembangan mereka banyak dimuat naik di laman IG Tomok sahaja.
Foto/Instagram: Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penulis lagu dan vokalis band MonoloQue, Loque berkongsi khabar mengujakan selepas memaklumkan isterinya kini sedang hamil dan mereka bakal menerima cahaya mata keempat tidak lama lagi.
Menurut Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar, 43, dia dan isteri berasa amat bersyukur kerana hajat mereka untuk sekali lagi menimang cahaya mata telah pun dimakbulkan.
“Sahibul Hikayat, maka pada hari yang bahagia ini, ingin hamba berkongsi berita baik bahawasanya isteri tercinta hamba @dahlianadirah kini sedang sarat kandungan, sedang hamil dan keluarga kecil kami kini bakal menimang seorang lagi cahaya berlian mata, InsyaAllah tak lama lagi.
“Alhamdulillah Syukur Di Atas Anugerah Kurnianya, didahulukan dengan ucapan terima kasih, dimohon segala doa- doa dipanjatkan buat kami sekeluarga terutama buat Dahlia,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Kekanda Adinda itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Loque turut berharap agar semua pihak dapat sama-sama mendoakan agar segala urusan kehamilan isterinya itu akan dipermudahkan terutamanya di zaman pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan ini.
“Semoga segala urusan untuk menerima kedatangan bayi ini ke dunia diperhalusi hendaknya lagi lagi di dalam era Perang Halimunan ( Masih Belum Tamat) ini . Amin .
“Alhamdulillah juga, doa kami sebelum untuk Pelangi Merdu jadi ‘Alang’ dan bukan ‘Bongsu’, termakbul . Kak Lang,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Loque dan juga isteri.
“Tahniah, semoga sihat sejahtera dan lancar segalanya.
“Semoga dipermudahkan Loque sekeluarga.
“Tahniah Loque. Moga luas lagi rezeki.
“Tahniah bang. InsyaAllah hebat orangnya nanti.
“Congrats Loque. Such a happy news for the whole family,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Bagaimanapun, sehingga kini Loque masih belum berkongsi mengenai jantina anak yang dikandung oleh isterinya itu sama ada dia mereka bakal memperoleh anak perempuan atau bakal menimang cahaya mata lelaki buat kali pertama.
Terdahulu, Loque dan isterinya, Dahlia Nadirah telah terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Anggerik Dang Jelita, Seroja Dewi Harapan dan Melor Pelangi Merdu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Loque
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!