Pelakon Elfira Loy memaklumkan dia kini terpaksa sitahan di wad susulan masalah kesihatan yang dialaminya.
Menurut Elfira atau El, dia perlukan rehat secukupnyadan perkara tersebut dikongsikannya menerusi sebuah hantaran terkini di Instagram.
“It’s time to rest. Posting it here to remind myself my body needs rest when i feel i need to rest and too much thinking can hurt me too.
“Dr cakap “awak ada fikir banyak sangat ke” terus mata berkaca. Yes i said. “Stress?” Yes. So He pescribed me with ubat “relax” which is xanax/lorazepam & ubat “pening” which is ubat for vertigo,” jelasnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut mendedahkan situasi awal yang dialami yang memaksanya bergegas ke hospital.
“Symptoms that i got awal awal was just feeling unstable every 5-10mins. Lepastu the next day i thought im feeling much better, tapi i accidentally hit a car’s side mirror tapi sempat tarik. Tak sedar pun macam mana jadi. Tapi i teruskan dengan meeting i.
Ads
“So after meeting, I went back home and rest sempat unpacked barang dekat cyber kejap je. Then i balik my mom’s house baru i bgaitau dia.
“Masa Isyak, i macam sakit perut. Lepastu i ciri birit. I ambik wudhuk cepat cepat and solat lepastu masa solat ni i feel like so hard to breathe and sakit sangat abdomen i, tetiba muntah.
“Lepas muntah twice, i drink a lot of water lepastu terus i tidur je. Malam masa tidur tu terus i rasa dunia pulak berputar and macam dilanda ombak and rasa nak terjatuh jatuh. Takut sangat sebab i still pegang Aria. I was sweating too that night,” kongsinya lagi.
Pelakon, Sharifah Sakinah mendedahkan dirinya kini harus kerap berulang-alik dari Sweden ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anak perempuannya, Anais Adha.
Menurut Sakinah, situasi seperti ini mungkin akan berterusan sehingga anaknya itu memasuki fasa pengajian.
“Sekarang ini, memang saya akan balik ke Malaysia setiap dua bulan. Masa awal-awal dulu perancangannya setiap empat bulan. Kemudian makin kerap ulang-alik sebab anak dah pandai bercakap ‘Mommy bila nak balik?’.
“Saya pun tak pasti sampai bila keadaan kami harus begini. Mungkin bila anak-anak kami dah masuk universiti, baru kami akan putuskan untuk menetap di mana nanti.
“Buat masa sekarang, saya tak boleh membawa anak tinggal bersama saya di Sweden kerana dia sahaja anak perempuan kepada bekas suami saya dan satu-satunya cucu dalam keluarga mereka. Tak manis kalau saya bawa,” katanya kepada MH.
Sakinah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Cingu VS Hantu, pada Isnin.
Pada masa sama, adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ini tidak menafikan ada kalanya dia berasa agak penat dengan situasi berkenaan.
“Sejujurnya memang sangat penat apabila harus berulang alik antara dua buah negara. Itu belum bercakap fasal kos lagi. ‘Jetlag’ pun ambil masa seminggu untuk kembali okay.
“Saya ini seorang yang sangat disiplin bila bab tidur. Pukul 9 malam memang saya dah masuk tidur.
“Saya juga akan sedih bila setiap kali mendapat perkhabaran mengenai orang meninggal dunia tapi saya tak boleh hadir. Inilah perkara yang paling saya tak suka bila berjauhan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahata mata ini turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sengaja ingin berhijrah ke luar negara kerana mahu lari daripada kritikan netizen.
“Kalau nak cakap fasal tenang ni, dekat mana-mana pun kita boleh tenang. Kalau nak kata saya lari daripada orang Malaysia, sosial media saya tetap ada. Bila saya balik pun tiada siapa nak serang saya sebab kawan-kawan wartawan pun akan tanya perkara yang baik-baik sahaja.
“Kalau anda rasa netizen menjadi penghalang dalam kehidupan seharian, berhentilah bermain sosial media. Bagi saya, netizen bukan penghalang dalam hidup saya. Saya tak pernah anggap mereka sebegitu.
“Kadang-kala saya ada baca perkara yang melampau tetapi itu semua risiko yang harus kita tanggung. Kalau tak mahu, jangan kongsi apa-apa di media sosial.
“Sebagai selebriti, kita kena terima hakikat yang hidup kita ini sentiasa diperhatikan. Jangan sampai satu hari nanti orang dah tak nak ambil tahu fasal kita. Nanti kita meninggal pun tiada siapa nak ziarah,” akhirinya.
Terdahulu, Cikgu VS Hantu; sebuah filem komedi seram yang diarahkan oleh pelakon berpengalaman, Liyana Jasmay dan menampilkan Afdlin Shauki, Khir Rahman dan Juliana Evans selaku tunjang utama.
Filem ini boleh dilanggan di saluran Astro First (480) dengan harga serendah RM15 bermula 8 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter Bibi yang dilakonan tidak ada kena mengena dengan isu membabitkan rumah tangganya.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berpandangan apa yang dilihat di dalam naskhah terbabit tidak akan terjadi dalam hidupnya.
“Watak Bibi tiada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang. Apa yang berlaku dalam Maduku Terpaling Kalut, belum lagi dan tak akan terjadi kepada saya,” katanya kepada MH.
Sarah ditemui sebaik tamat pementasan hari pertama Maduku Terpaling Kalut yang berlangsung di PJ PAC, Petaling Jaya, malam Khamis.
Teater bergenre ‘farce comedy’ itu menampilkan lakonan Sarah sebagai Bibi yang tidak mengetahui dia rupanya bermadu dengan Anna Jobling yang membawakan watak isteri muda, Mimi.
Berkongsi lanjut mengenai penglibatan pertama dalam teater, Sarah bersyukur apabila ramai memberikan respon positif terhadap persembahannya, malam tadi.
“Alhamdulillah, saya teruja dan gembira sebaik lepas persembahan tadi ramai beri komen positif dan kata mereka terhibur dengan lakonan saya.
“Malah yang buat saya happy ialah apabila keluarga saya termasuk ibu dan bapa mentua datang memberikan sokongan terhadap persembahan teater pertama saya sepanjang bergelar anak seni,” katanya.
Ibu dan bapa mentua Sarah, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail hadir bersama dua cucu mereka, Syaikhul dan Sumayyah.
Sejak empat bulan di pasaran, inai ‘instant’ Mazaville (Inai CheTa) yang diusahakan Anas Zahrin dan pelakon popular, Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak.
Malah hingga kini terdapat lebih 1000 pengedar berdaftar yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan.
Tidak mahu terus selesa dengan apa yang telah dicapai, jenama tersebut terus optimis sasar untuk membantu kira-kira 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.
Rozita Che Wan atau Che Ta berkata, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bernoktah.
“Macam kami sering tekankan, rezeki itu ada di mana mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai ketika ini, tapi tak kisah meski tidak kisah persaingannya sengit, kita kena terus berusaha.
“Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.
“Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami untuk menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah,” katanya.
Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari sebagai ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa golongan Hawa.
“Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.
“Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.
“Yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, insya-Allah membahagiakan. Nak hidup, kena ketepikan rasa malas dan segala macam perasaan negatif,” kata Che Ta.
Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit juga diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.
“Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan.
“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.
“Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini. Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.
“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib. Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” katanya sambil dipersetujui Anas.
Anas berkata, ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah universiti berkenaan iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.
“Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang kimia dan biomaterial. Ujian terhadap inai kami itu dilakukan sekitar sebulan dengan lebih 50 ‘sample’ diuji menggunakan variasi parameter berbeza medium untuk mendapatkan keputusan tepat dan jitu.
“Medium digunakan termasuk ke atas lateks, gelas (kaca) dan sebagainya. Saya diberitahu teknologi gunakan pihak hospital turut dinaiktaraf termasuk menggunakan penggunaan kuku pelajar universiti sebagai testimoni dan ia diuji saintifik sebagai telap air dan sah solat,” katanya.
Sementara itu, percaturannya mengusahakan perniagaan inai ‘segera’ ini disifatkan berjaya dan bukan sekadar perniagaan ‘hit and run’.
“Kami ingin melakukan perniagaan inai ini secara berpanjangan kerana misi utama adalah membantu wanita atau mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
“Menghampiri hujung 2022, kami optimis sasaran jualan inai ini sebanyak 300,000 kotak atau lebih dapat dijual. Pemilihan Che Ta yang komited mempromosikan inai juga amat saya hargai. Sampai orang ingat inai, ingat Che Ta,” katanya.
Che Ta dan Anas ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada Khamis.
Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta yang dijual pada harga RM19.90.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.