Penyanyi popular, Liza Hanim terharu apabila akhirnya berjaya meraih dua trofi pada penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), malam tadi selepas hampir 25 tahun penantian.

Dua trofi yang dimenangi itu adalah Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu dan Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama menerusi lagu duet dengan Shila Amzah berjudul Bahagiakan Dia.

Menurut Liza, kejayaan yang diraihnya ibarat mimpi dan bersyukur dapat memegang trofi yang diidamkan selama bergelar penyanyi.

“Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi setiap kali hadir ke AIM. Dapat atau tidak saya tolak tepi fasal rezeki, ini Allah sudah tentukan. Tambahan pula, saya buat persembahan, jadi lebih beri keutamaan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

IKLAN

“Tapi apabila kali ini meraih dua anugerah saya akui perasaan itu sangat berbeza. 25 tahun saya tunggu nak pegang trofi ini dan ia adalah kejayaan kali pertama saya di AIM.

“Bagi saya, segala pengiktirafan akan datang apabila tiba waktunya. Alhamdulillah juri berasakab lagu ini layak diberi penganugerahan,”katanya.

“Dapat Atau Tidak, Saya Tolak Tepi,” – Liza Hanim Akhirnya Ungguli Trofi AIM Selepas 25 Tahun Tunggu “Dapat Atau Tidak, Saya Tolak Tepi,” – Liza Hanim Akhirnya Ungguli Trofi AIM Selepas 25 Tahun Tunggu

IKLAN

Tambah Liza, dia juga tidak mampu menipu diri apabila pernah ‘mempersoalkan’ kenapa namanya tidak pernah melekat untuk sebarang trofi pada penganjuran itu sebelum ini.

“Tipulah kalau tidak ada persoalan yang bermain di fikiran, tapi saya reda dan anggap pencalonan untuk Top 5 juga sudah terbaik.

IKLAN

“Cuma apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu, saya rasa penantian selama ini terubat.

“Siapa yang kenal saya pasti tahu diusia yang masih muda saya pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baharu, kemudian beberapa kategori lain sampaikan pencalonan ini saya sekadar nak bergembira di AIM, tapi malam ini syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI