“Ya, saya memang terkejut.”

Demikian bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang menerima notis tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta walaupun sudah bercerai tiga tahun lalu.

Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis enggan mengulas lebih lanjut berhubung tuntutan yang dibuat oleh bekas isteri pada Oktober tahun lalu.

“Terlebih dahulu saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak mahu beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” kata Dr Hafiz.

IKLAN

Peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh berkata, keberadaan kedua dua belah pihak hari ini adalah untuk menguruskan dokumen berkaitan mut’ah.

“Mut’ah secara asasnya adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi Lufya ada membuat tuntutan tersebut pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.

“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses Sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul lah ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.

IKLAN

“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Lufya yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan mengelak daripada ditemu bual pihak media.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

IKLAN

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI