Pelakon Nynaa Harizal mendedahkan dia masih minat untuk meneruskan kerjaya selepas ini meski sudah mempunyai produk dan bisnes sendiri.
Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal, 26, bagaimanapun berkata, buat masa sekarang dia memilih beri sepenuh fokus terhadap bisnes dan anak, Zara Arianaa, 2 bulan.
“Tidak adalah nak berhenti terus berlakon, cuma perniagaan adalah sesuatu yang sudah lama saya impikan.
“InsyaAllah saya akan kembali berlakon, tetapi buat masa sekarang biarlah saya fokus kepada bisnes dan keluarga terlebih dahulu memandangkan anak kami masih lagi kecil.
“Zara masih kecil dan sudah tentu dia memerlukan perhatian secukupnya daripada saya. Insya-Allah jika semuanya dah betul-betul teratur nanti saya akan kembali semula ke set penggambaran,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Madam E-Wallet ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Fire & Ice Lip Booster Serum di bawah jenamanya ‘Her Beauty’ di The Face, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Nynaa turut mengulas mengenai suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas yang dikatakan tidak berminat sekiranya Nynaa mahu terus berlakon selepas ini.
“Kalau begitu… saya akan pujuk suami kemudian. Buat masa sekarang lebih baik untuk beri tumpuan pada anak dan perniagaan dahulu, lepas pujuk rasanya dia mungkin beri izin untuk saya kembali.
“Untuk berehat itu juga saya masih belum pasti berapa lama. Alhamdulillah sekarang ini tawaran lakonan masih saya ada terima. Malah minggu lalu pun ada produksi hubungi bertanya sama ada saya sudah sedia berlakon atau sebaliknya.
“Tapi atas kekangan komitmen lain, saya tolak dengan cara baik. Jujur cakap, memanglah rasa rindu untuk beraksi di hadapan lensa kamera. Jiwa itu sudah ada. Tapi saya percaya kalau selepas ini kita ada komitmen lain pun, ia boleh diseimbangkan.
Ads
“Kalau sekali lagi suami tak izinkan, saya akan pujuk dan pujuk,” seloroh Nyna yang kini akui perubahan hidup selepas bergelar seorang ibu.
Kali terakhir Nynaa muncul di kaca televisyen lebih dua tahun lalu.
Mengulas mengenai dunia kecantikan yang kini menjadi cinta hatinya, pemenang tempat ketiga Pencarian Dewi Remaja 2019 itu optimis mahu memberikan yang terbaik.
Ads
“Secara jujurnya, saya teruja dalam masa sama gementar untuk memulakan perniagaan ini, tambahan lagi bidang ini sangat baru buat diri saya. Namun saya bersyukur kerana mempunyai suami dan ‘team’ yang sama-sama mahu melihat jenama ini pergi jauh.
“Saya tahu bergelar usahawan juga bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya percaya dengan sokongan semua impian untuk berjaya dalam bidang ini akan terlaksana. Kalau boleh saya mahu pergi lebih jauh,” katanya lagi.
Dicipta dengan teknologi tinggi, Lip Booster yang diperkenalkan turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.
“Saya sendiri sudah mencubanya selepas melalui semua proses penyelidikan dan pembangunannya. Selepas berpuas hati dengan hasilnya barulah kami putuskan untuk dijual kepada orang ramai pula.
“Yang penting selepas ini tak perlu lagi ‘tebalkan’ bibir dengan suntikan kosmetik Lebih selamat menggunakan Lip Booster ini. Tanpa jarum, selamat dan tidak sakit,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izara Aishah berpuas hati dengan berat badannya selepas melahirkan anak sulung, Irisa Alaia pada 15 April lalu.
Menurut figura cantik itu, dia berjaya menurunkan berat badanya sebanyak 12kg.
“44 hari kak Erna dari Natalis jaga pantang. Dari 65kg to 53kg. Setiap hari diurut, sauna, ditungku, dipaksa pakai bengkung dan jaga makanan.
“Minggu pertama kak Erna jaga, Izara dah terpaksa beli bengkung size yang lebih kecil. Thank youuuuu for the superb service kak Erna and Natalis!,” tulisnya.
Meluahkan rasa hati di laman Instagram, Rita Rudaini kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin, dibuli dan tidak pandai melawan.
Jelasnya walaupun tidak pernah mengajar untuk membalas kembali, namun dia memberi amaran dan bakal mengambil tindakan andai melampaui batas andai ia keterlaluan.
Kongsi Rita lagi, pembuli tidak dapat dimaafkan kerana tindakan sehinggakan seluar anaknya dilondehkan sebagaimana didakwa.
“Dia ni asyik kena buli…sbb dia xmelawan…org kata apa pon kt dia..dia xpandai bls..org buat apa pon kt dia,dia xbls…mommy pon xajar ank2 mommy kata kt ank org or buat ank org.
“Tapi tggu ,mommy yg akan ambik tindakan klau mak bpk xreti nk ajar ank sendiri…mommy ni tgk je lembut…tp jgn buat hal ye….benda skit2 mommy bole lg tutup mata n just ajar ank 'biarkan' …tp bila sampai bab kena londeh sluar ni….haaaa mmg kurang ajar sgt lah ni…
“Klau mak bpk bole buat xtau bila dah buat report…buat xtau bila tau ank dia 'something'….sampai skrg sisturr tggu ye…but nothing dr parent tu….tgguu Rita Rudaini buat sesuatu…sisturr dun care level apa pon….jgn main2 dgn sisturr…i bela ank2 sorg2 xde suami but dun play2 ya…kdg2 sisturr bole jd kucing tp awasss sisturr juga bole tukaq jd naga,” tulisnya.
Tegasnya, kemungkinan besar dia turut membuat laporan di kementerian seandainya hal ini berlanjutan.
“Sampai dah CUTI SEKOLAH tp NOTHING…haaaa tgguu…sampai ryan mintak tukaq sekolah….tp mommy ckp 'benda ni bukan psal sek,bukan salah sek..tp ATAS DIDIKAN MAK BAPAK di rumah' ….mungkin kena report kementerian trus ni…TOO MUCH! Mcm mana paksu n maksu @siti.azwa @neves7727?” ulasnya panjang lebar.
Pelakon terkenal Bollywood, Ranveer Singh mengejutkan peminatnya apabila tampil berani menjayakan sebuah sesi fotografi tanpa seurat benang bersama majalah popular terbitan Amerika Syarikat.
Ranveer turut berkongsikan beberapa siri gambar menerusi sesi tersebut di laman Instagram miliknya.
Dalam salah satu foto itu, kelihatan pelakon filem Bajirao Mastani itu sedang meniarap di atas permaidani tanpa seurat benang dengan bahagian punggungnya jelas terdedah.
Isteri Ranveer yang juga merupakan pelakon terkenal, Deepika Padukone dikatakan tidak kisah dengan keputusan berani suaminya tampil berbogel untuk majalah itu.
Menurut sumber yang rapat dengan pasangan itu, Deepika terlebih dahulu telah melihat gambar itu sebelum ia diterbitkan.
Malah, Deepika turut memuji hasil bidikan jurufoto yang telah mengambil gambar ‘ikonik’ suaminya itu.
Dalam temubual bersama majalah itu, Ranveer berkata dia langsung tidak mempunyai masalah untuk menayangkan tubuh badan kepada umum.
“Saya tidak kisah berbogel di hadapan ramai orang, saya tidak kisah dengan tanggapan mereka pada saya.
“Ia cuma mereka sahaja yang jadi tidak selesa (melihat Ranveer bogel),” kata Ranveer.
Untuk rekod, Ranveer, 37, dan Deepika, 36, mendirikan rumah tangga pada November 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.