Pelakon Emma Maembong memuat naik beberapa keping foto yang sekaligus berkongsi perkembangan terkininya yang sarat hamil anak kedua.
Emma berkongsi momen tersebut yang turut diselitkan dengan video penggambaran menerusi Instagram, pada Rabu.
Sambil memberikan kredit kepada mereka yang terlibat sepanjang penggambaran, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu turut mengabadikan memori bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
“Kalau boy sekarang pun dah handsome, nanti gegirl tak tahu lah nak describe cantik macam mana. Mal dia lawa oi.”
“Mengandung pun cantik oh.”
“Macam baby girl sebab perut tu penuh je. Kalau boy dia ke depan.”
“Tengok perut macam nak dapat baby girl ni. Muka tu makin berseri-seri.”
Ads
Terdahulu pada Februari lalu, Emma berkongsi potongan video di Instagram yang menunjukkan dia sedang mencuba membuat kejutan berita kehamilannya itu kepada Shazli.
Di awal video berkenaan Emma meminta suaminya membuat review produk, namun wajah Shazli tiba-tiba terkejut apabila ternampak kit kehamilan di dalam kotak di hadapannya.
Shazli terus memeluk Emma sambil bertanya kebenarannya seolah-olah bagai tidak percaya di atas rezeki itu.
Ads
Pasangan berkenaan sebak dan bersyukur dengan rezeki Allah SWT setelah beberapa kali mengalami keguguran.
Emma turut menyunting video yang menunjukkan pelbagai reaksi daripada keluarga dan rakan artis yang menerima berita berkenaan.
Perkongsian berkenaan mengundang reaksi pelbagai pihak seperti rakan selebriti dan pengikutnya yang rata-rata turut gembira dengan berita tersebut.
Imbas kembali, Emma dan Shazli berkahwin pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Melayangkan status setelah sekian lama menyepi di laman Twitter, kata Erra Fazira, dia agak kekok dan keliru bagaimana memuat naik entri menerusi platform berkenaan.
“Assalamualaikum.. TESTING! omg awkward giler.. dah lama tak main Twitter.. nak post pun tak tahu button mana.
“im sure skrg twitter dah upgrade. Dulu takleh tulis pjg2.. jenuh nak cut it short. skrg dah mcm bole je ni.. ni dah pjg dah ni,” tulisnya.
Assalamualaikum.. TESTING! omg awkward giler.. dah lama tak main Twitter.. nak post pun tak tahu button mana.😁 im sure skrg twitter dah upgrade. Dulu takleh tulis pjg2.. jenuh nak cut it short. skrg dah mcm bole je ni.. ni dah pjg dah ni.. 🤭😁
Elizabeth Tan yang kini popular menerusi lagu Semua Sudah mengakui dia sudah pun memasang angan untuk menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari 2020.
Bagaimanapun, impian tersebut hanya akan tercapai sekiranya dia mempunyai calon lelaki yang boleh dijadikan suami.
Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini memberitahu perkara berkenaan kepada MH sejurus selesai menjalani rakaman The Stage Media Hiburan di Shah Alam, menerusi lagu Polis Entry.
Katanya, tarikh tersebut dianggap cukup ‘cantik’ bagi dirinya, apatah lagi ia merupakan tarikh yang hanya datang sekali dalam hidup.
“Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya dapat capai target nak langsung pada date tu.
“Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan rasanya pasti ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula, ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada pada fasa sekarang dia sudah pun mempunyai calon kekasih, pelakon filem seram, Misteri Delaila di samping Zul Ariffin ini mengakui sehingga kini dia masih solo.
“Tak ada kekasih lagi. Saya jarang keluar rumah. Jadi usaha untuk dapatkan teman lelaki itu agak sukar. Bayangkan sampai saya terfikir untuk mempunyai aplikasi mencari teman di media sosial,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Lizzy yang kini turut aktif dalam dunia lakonan bakal muncul menerusi filem Abang Long Fadil 3 di samping Zizan Razak, Maya Karin, Kazar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.