Susulan insiden kemalangan di set penggambaran melibatkan aktres Fasha Sandha, pelakon gandingannya, Azhan Rani tampil berkongsi perkembangan yang berlaku.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Azhan berkata perkara yang terjadi itu adalah di luar jangkauan meski sudah melakukan latihan untuk babak tersebut.
Fasha pada Rabu mengalami kecederaan patah tulang mata kiri selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama Azhan.
“Seperti dijangka phone aku pun banjir dengan sahabat sparing partner untuk telemovie #anaktuan yang semalam mengalami kemalangan waktu penggambaran.
“Tak banyak yang boleh aku nak katakan perkara dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi.
“Seperti kata tuan punya diri (Fasha) dan pihak produksi, masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan.
“Rehearsal sudah dilakukan… aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera. Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan. Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Azhan turut berkongsikan semangat dan betapa komitednya Fasha yang ingin meneruskan penggambaran meski dirinya sendiri sedang mengalami kecederaan.
Malah, aktres itu juga dikatakan sempat memohon maaf kepada pihak produksi kerana risau dirinya akan melambatkan proses penggambaran drama terbabit.
“Dia jatuh terkena bucu katil, dia yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting.
“Semalam masa di hospital dalam phone dia minta aku stay jangan balik KL dulu sebab kononnya nak sambung shooting hari ni.
“Mujur produksi @geehanmsdnbhd pun dah stopkan dulu scene dia sampai nanti betul-betul sihat barulah kita fikir balik pasal kerja ni,” tulis Azhan lagi.
Dalam posting sama, Azhan meminta semua pihak memberikan masa dan ruang untuk Fasha berehat secukupnya agar kecederaannya dapat pulih dalam masa terdekat.
“Buat semua insyaAllah @fashasandha sedang berehat. Saya dapat juga berhubung dengan dia tadi di Whatsapp.
“Harap berikan ruang untuk dia dulu. Ikut kata dia doktor pun nasihat dia jangan expose dengan cahaya.. jadi berilah dia ruang rehat secukupnya.
“Semoga Allah permudahkan. Terima kasih atas doa semua untuk Fasha. Aku cuma nak tengok dia sihat macam dulu. InsyaAllah dia kuat,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Fasha telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru selepas mengalami kecederaan pada bahagian mata kirinya.
Aidil ketika dihubungi menjelaskan pihaknya kini dalam proses untuk memindahkan Fasha untuk mendapatkan rawatan di ibu kota, bergantung kepada nasihat doktor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertandingan nyanyian yang mengetengahkan bakat baru, Mentor 7 secara rasmi membuka tirainya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada Ahad.
Bagaimanapun, seperti kebiasaan, konsert pemilihan protoge Mentor 7 akan dijalankan terlebih dahulu selama dua minggu.
Semalam, menyaksikan penyanyi, Aizat dan guru vokal, Datuk Syafinaz membuka gelanggang Mentor 7 dengan masing-masing mempertaruhkan tiga peserta yang bakal mengisi dua slot sebagai protoge.
Percaturan Aizat dilihat sedikit menarik apabila ketiga-tiga bakal protogenya itu merupakan dikalangan penyanyi jalanan (busker).
Lalu, penyanyi lagu Sampai Ke Hari Tua itu memutuskan untuk memilih Pasha, 24 dan Megat, 25 sebagai protogenya dengan mengetepikan seorang lagi peserta, Faris walaupun mendapat undian tertinggi daripada orang ramai.
Manakala, Datuk Syafinaz pula terpaksa membuat pilihan sukar apabila kesemua bakal protogenya dilihat memiliki kualiti sebagai seorang penghibur yang bagus.
Datuk Syafinaz akhirnya memilih Lazarul, 28 yang merupakan seorang peniaga air mangga dan Ranisha, 18 yang juga merupakan juara Idola Kecil 2012.
Namun, apa yang menarik mengenai Mentor 7 tahun ini, para mentor dibenarkan untuk ‘mencuri’ peserta yang tidak dipilih oleh mentor lain sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kualiti protoge yang mereka miliki ketika ini.
Mentor 7 diterajui oleh gandingan pengacara Shuk Sahar dan Nana Mahazan manakala Sarancak mengendalikan segmen di belakang pentas.
Konsert pemilihan bahagian kedua akan diteruskan pada minggu hadapan yang menyaksikan dua lagi mentor Siti Nurdiana dan Hafiz Suip akan memilih dua perserta terbaik untuk menjadi protoge mereka.
Foto:Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi memori dengan memuat naik klip video single hitsnya, Kini Kau Tiada yang dilancarkan lebih 20 tahun lalu.
Sarimah menerusi Instagram mendedahkan, klip video bagi lagu tersebut pernah tidak ditayangkan kerana disifatkan terlalu seksi.
“Di atas permintaan ramai here is a little more of the English Kini Kau Tiada MV! (2001) Video was eventually banned cause back then it was too sexy.
“Memang pun. Semua orang ada Zaman jahilah kan. Cant believe it’s been 21 years ago,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Malah jelas Sarimah, 44, muzik video tersebut menjalani penggambaran kira-kira 26 jam dan ketika itu masih belum ada sosial media bagi mempromosikannya.
Namun apa yang istimewa, single yang mempunyai dua versi itu telah menjadikan Sarimah sebagai pemenang Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2002 (AIM2002)
“Pss: That skirt was hella tight, the whole MV was shot in Fast Forward back then (to give the slo mo effect!) and we did ALL the ‘mannequin’ shots MANUALLY (with wires tau!!) hence the 26 hours shoot.
“There were NO Filters to harapkan and no social media to promote it. Still this song won me an AIM,” tulisnya lagi.
Terdahulu, lagu berkenaan kembali menjadi buah mulut ramai selepas ia bakal dinyanyikan secara duet oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menerusi saingan minggu kedua Gegar Vaganza ke-9 (GV9) malam nanti.
Sementara selain berlakon, Sarimah sebelum ini turut aktif mengacara program hiburan utama di negara ini seperti Anugerah Juara Lagu dan Akademi Fantasia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiada perasaan dapat menggambarkan apabila punya kesempatan ‘bertemu’ arwah bapa walau sekadar menatap pusara.
Walau hanya menerusi panggilan video, namun Iesya Toh merasakan debaran apabila dapat memberi salam buat pertama kalinya di Jannatul Baqi’.
“MasyaAllah SubhanaAllah Allahu akhbar ????????1st time dapat beri salam di pusara Abah nun jauh di Jannatul Baqi’❤❤❤ya Allah.. Abah!!
“Dapat VIDEO CALL mcmni, Terasa dekat sgt.. ??bila @mirulsyazwan belai tanah pusara Abah, rasa bdebar sgt.. mcm tangan kite smpai disitu ??
“Rindunya ya Allah.. Tambah lagi nak bpuasa ni.. Mcm2 perasaan hadir.. Abah, kami semua sentiasa doakan utk Abah. Moga syurga tempat mu Abah, Sanny Toh Bin Abdullah ?????Harraz Daiyan mcm faham… die rasa sedih??
“Semua rindu Abah!!! Tq so much @mirulsyazwan !! Means a lot!! May Allah bless you.. aamiin❤❤❤
Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan paling manja dengan arwah bapa, dia turut berkongsi saat-saat akhir pemergian arwah sewaktu menunaikan umrah.
“Abah, tenang laa disana.. sesguhnya kenangan bersama Abah sepanjang 35 tahun indah2 belaka.. ????Abah buka mata kami, bahawa amalan kite hanya perlu ‘diberitahu’ pada Allah, bukan sesama manusia..krn kita hambaNya.. Dan jgn dikejar pahala.. buat ikhlas krn Allah.
“Abah terlalu teruja utk menunaikan umrah.. berkali2 Abah ucap kan terima kasih atas hadiah ini..??Berkali2 juga Abah kata ‘Abah ke sana nak serahkan diri bulat2 pada Allah’ ??itulahhh ayat Abah.
“Sbg ‘anak dara’ the one n only, Sya mmg rapat manja dgn Abah.. pmergiaan Abah sgt terkesan.. smpai bile2??On behalf of Abah, sekali lagi mohon Ampun salah silap Abah, halalkan makan Minum Abah, & jika ada Hutang Abah, boleh maklumkan kpd Sya ❤??Al-Fatihah,
Jemaah wanita tidak dibenarkan menziarah di perkuburan Jannatul Baqi. Dan disebabkan itu pengacara ini mengharapkan ihsan jemaah lelaki untuk melihat kubur arwah bapanya.
Hanya yang pernah kehilangan faham akan rindu yang tidak berpenghujung. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian terkini pelakon, Fattah Amin yang menyambut hari jadi anaknya, Nur Fatima Aisya di sebuah taman permainan kanak-kanak ‘indoor’ menjadi sorotan ramai.Menerusi Instagram (IG),...