Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akui berbesar hati apabila berpulang menyampaikan bantuan zakat buat mereka yang memerlukan bersempana kedatangan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Jelas Aliff, dia pernah merasai hidup didalam serba kekurangan dan dia juga merupakan salah seorang penerima zakat satu ketika dahulu.

Katanya lagi, pemberian ini juga membuatkan dirinya lebih bersyukur dengan setiap rezeki yang telah dikurniakan Allah SWT.

“Doakan saya mampu beri kebaikan lebih banyak lagi. Bila saya berdiri dan melihat mereka dihadapan saya baru saya dapat rasakan yang bersyukurnya saya dengan apa yang saya ada.

“Perit mereka, sedih mereka dan sakitnya mereka saya pernah lalui dahulu. Untuk makluman anda, saya juga bukan asal daripada orang yang senang.

“Saya adalah bekas anak pengawal keselamatan dan pernah menerima zakat dan juga RMT di sekolah. Saya faham apa yang mereka rasa,” tulisnya.

“Saya Anak Pengawal, Terima RMT Di Sekolah,” – Beri Bantuan Zakat, Aliff Syukri Kenang Zaman Hidup Susah

IKLAN

Lantaran itu, bapa kepada lima orang cahaya mata ini berharap agar bantuannya itu dapat meringankan beban seterusnya memberikan keceriaan disepanjang bulan yang mulia ini.

“Saya taknak lihat mereka merasa apa yang saya pernah rasai dulu. Syukur saya dapat jalankan tanggungjawab menunaikan zakat bersama Zakat Selangor.

“Syukur, nampak sedikit senyuman terpahat pada wajah mereka. Moga dengan bantuan ini dapat menggembirakan mereka di bulan Ramadan dan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma amin-amin yarobal alamin,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Aliff akan sentiasa dimurahkan rezeki lagi selepas ini.

IKLAN

“Percayalah, sisi Datuk yang macam inilah buat Datuk lebih disayangi. Kalau ada yang kata menunjuk, pedulikan. Mata lalat memang begitu. Dari mata saya, saya mendoakan semoga saya juga mampu seperti Datuk satu hari nanti.

“Besar pahala di akhirat nanti bantu orang-orang yang tak berkemampuan.

“Semoga Datuk terus maju jaya. Rezeki bertambah-tambah dan sihat selalu.

“Semoga rezeki sentiasa mengalir seperti air buat keluarga Datuk.

IKLAN

“Semoga tuhan memberikan lebih banyak rezeki,” antara komen-komen netizen.

“Saya Anak Pengawal, Terima RMT Di Sekolah,” – Beri Bantuan Zakat, Aliff Syukri Kenang Zaman Hidup Susah

Terdahulu, selain memberikan bantuan zakat, Aliff juga dilihat sempat menyantuni penerima-penerima bantuan.

Sehingga kini, video yang dikongsikan di laman Instagram telah menerima lebih 100,000 jumlah tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI