Isteri pelakon Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menyifatkan ‘penyondol’ (perampas pasangan orang) akan melakukan perkara sama.

Pendapat tersebut diluahkan wanita berusia 29 tahun ini menerusi satu status yang dimuat naik menerusi Insta Stories pada Khamis.

Malah tulisnya, dia sendiri akan berkongsi hal berkaitan selepas ini memandangkan dia kini menjalani hidup solo.

“Kali ni, I Sendiri Akan Cakap, Bukan Dari Orang Lain Since Dah Bercerai,” – Nurul Shuhada

“Kali ni, I Sendiri Akan Cakap, Bukan Dari Orang Lain Since Dah Bercerai,” – Nurul Shuhada

IKLAN

“Listen here folks! Yeapp, penyondol always penyondol! Maaf dekat Humairah and Umar? No, penyondol akan sentiasa penyondol!

“Kali ni, I sendiri akan cakap, bukan dari orang lain since I dah bercerai. Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini!!,” tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan Hafidz, 29,  didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.

IKLAN

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, bernama Athira Yuhada.

Athira Yuhada juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon terbabit namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

IKLAN

“Kali ni, I Sendiri Akan Cakap, Bukan Dari Orang Lain Since Dah Bercerai,” – Nurul Shuhada

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI