Belajar daripada ‘kesilapan’ lalu, penerbit filem Eidolon:Bayangan Dendam, Julian Cheah mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih barisan pelakon kurang dikenali membintangi naskhah berkenaan.

Menurut Julian, walaupun sesuatu naskhah itu dibintangi artis terkenal, ia belum tentu dapat menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Saya mempunyai sebab sendiri kenapa pilih pelakon baharu berbanding pelakon yang sudah ada nama (popular).

“Jika saya pilih pelakon popular untuk membintangi filem ini belum tentu ia menjanjikan profit kepada kami.

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang terdahulu kerana saya pernah buat filem yang menampilkan dua bintang terkenal dari luar negara tetapi filem tersebut tidak menjadi.

“Jadi, untuk filem ini saya berani pertaruhkan nama-nama baharu dalam masa sama dapat beri mereka peluang dan pendedahan untuk pamerkan bakat lakonan masing-masing,” katanya.

IKLAN

Enggan berkongsi jumlah keseluruhan kos produksi, Julian yang juga berlakon dalam nakshah ini berkata dia mengharapkan pulangan berbaloi setimpal dengan yang dilaburkannya.

Julian Cheah Pertaruh Eidolon:Bayangan Dendam, Tak Percaya Formula Pelakon Popular Bawa Pulangan Lumayan

“Sebagai penerbit, saya perlu mengambil kira tentang kos dan lain-lain perkara, yang pasti ia perlu memberi pulang yang berbaloi kepada kami.

“Kalau bercakap mengenai jumlah keseluruhan kos, saya tak mahu dedahkan. Apabila buat filem, sudah pasti ada sasaran yang kami tetapkan.

IKLAN

“Untuk hasilkan sebuah filem, saya boleh ibaratkan macam main kasino, kita tidak ana tahu pun untung yang akan dapat.

“Apa pun, tujuan saya tetap mahu hasilkan filem yang bagus untuk ditonton ramai dan dalam masa yang sama, saya berharap penonton yang datang ke wayang akan tertarik dengan filem Eidolon,” katanya lagi.

Julian Cheah Pertaruh Eidolon:Bayangan Dendam, Tak Percaya Formula Pelakon Popular Bawa Pulangan Lumayan

Eidolon:Bayangan Dendam membariskan barisan pelakon baharu yang kebanyakannya berasal dari negeri utara tanah air seperti Pulau Pinang dan Kedah iaitu Chazynash, Tyty Nazmin, Faiez, Nik Amirul Faiz, Zack Aminuddin, Zati Nizam, Jean Tan dan Jeffrey Leong.

IKLAN

Filem arahan Don Hoe ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Mac ini.

Eidolon:Bayangan Dendam yang merupakan karya terbitan Julian Cheah Pictures Sdn Bhd mengisahkan dua pasangan suami isteri yang juga merupakan jiran menghabiskan masa bersama dengan bercuti di sebuah rumah inap di sebuah kampung. Apa yang mereka tidak sedar adalah kediaman tersebut mempunyai sebuah misteri yang tidak terungkap.

Mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup selepas berdepan beberapa peristiwa mistik dan pembunuhan hanya kerana sebuah dendam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI