Pelakon Meerqeen berbangga apabila wajahnya secara eksklusif menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw, bersebelahan menara TRX bermula hari ini.
Pertama kali menjadi wajah wakilan bagi jenama pakaian tempatan popular Elrah Exclusive, bintang drama Melur Untuk Firdaus itu dilihat turut berswafoto dengan iklan yang memaparkan figuranya.
Dalam pada itu, jenama berkenaan mencipta rekod sebagai label tempatan pertama menghiasi sudut iklan lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama antarabangsa dan mewah.
Menurut pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan bersama.
Malah, projek mega iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam selama tempoh lebih kurang dua bulan itu dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit.
Ads
“Kalau selama ini, sewaktu melintasi atau memandu kereta di jalan berdekatan menara bangunan itu, kita sering melihat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya.
“Tapi kini saya bangga dan puas jenama Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik gergasi itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi catatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014.
“Idea untuk meletakkan jenama Elrah di bangunan seperti itu terdetik ketika saya melancong di luar negara. Alhamdulillah kini jenama tempatan seperti Elrah Exclusive juga mampu bersaing dan buat pemasaran setanding jenama antarabangsa,” katanya.
Iklan raya itu turut memaparkan dirinya selain wajah wakilan artis berpengaruh dan popular lain seperti Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot selain Meerqeen.
Ads
Tak ketinggalan dua bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.
“Malah lebih mengujakan selain deretan bintang ternama dan berpengaruh itu, projek mega iklan ini juga menyatukan saya dengan pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim atau SASS SYED
“Jika diperhatikan di iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum walk, Elrah Setapak dan di Pantai Klebang, Elrah Melaka.
Ads
“Saya puji usaha dan semangatnya. Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama saya. Dia antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia,”katanya lagi.
Persalinan berkenaan dijual serendah RM50 untuk kurta sehingga RM189 (baju Melayu) dan pihaknya menyasarkan keuntungan jualan sebanyak 250 juta setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Zynakal meluahkan rasa selepas memaklumkan duit di dalam akaun simpanannya telah lesap selepas didakwa dilarikan individu yang dipercayainya.
Menurut Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 23, wang yang telah dilarikan itu sememangnya dalam jumlah yang agak besar.
Katanya lagi, setelah sekian lama dia berdiam diri, namun kali ini, dia terpaksa bersuara kerana individu tersebut dikatakan telah bertindak secara keterlaluan.
“Lama sangat aku diam tapi bagi muka kena pijak. Kalau kau rembat RM10 aku boleh je halalkan. Ni segala duit aku hilang.
“Nak aku bagitahu siapa yang rembat duit aku? Lepas tu, ni kau nak aku makan apa? Tahi kau?, tulisnya di Instagram stories.
Malah, Zynakal turut mendedahkan wang yang masih tinggal didalam akaun simpanannya kini hanya berbaki kurang RM20.
Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu, Terbang ini turut memaklumkan individu yang sama juga telah mengambil wang hasil daripada kutipan royalti menerusi
lagu-lagunya sepanjang tahun 2020.
Wang royalti tersebut dianggarkan berjumlah lebih RM12,000.
“Kau yang buat kontrak. Lepas tu kau yang sidai. Dah 2022. Duit royalti aku pun kena sapu,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Zynakal masih lagi belum berkongsi mengenai siapakah gerangan individu yang dimaksudkannya itu.
Apapun, kami di MH berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan keadilan juga dapat ditegakkan.
Sekadar informasi, Zynakal mula menempa nama di dalam industri muzik tempatan selepas melancarkan single pertamanya yang berjudul Terbang pada 2018.
Diatas pencapaian yang memberangsangkan sepanjang bergelar anak seni, Zynakal telah diangkat sebagai Komposer Muda Berpotensi pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Zynakal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Artis baru dalam genre Nasyid dan lagu ketuhanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Zayne kini tampil dengan single penuh kedua berjudul Kaulah Cinta.
Zayne yang dianggotai oleh Abdul, Mateen, Furqan dan Naufal sebelum ini pernah mempertaruhkan lagu berjudul Rindu sebagai single pertama kemudian muncul dengan beberapa lagu rakaman semula atau cover version bersama artis tempatan yang lain.
“Alhamdulillah, selepas hampir setahun tidak keluar dengan single penuh disebabkan kekangan wabak Covid-19, akhirnya kami berjaya juga melancarkan single kedua kami,” kata Furqan sebagai ketua kumpulan.
Teruja dengan pelancaran buah tangan terbaru, Zayna juga optimis mahu memberikan yang terbaik buat pencinta genre pop dan nasyid.
“Kami sangat bertuah apabila kali ini diberi peluang berkolaborasi dengan label produksi arus perdana World Peace Entertainment yang menaungi artis-artis terkenal seperti Naim Daniel dan Ismail Izzani sebelum ini.
“Lagu yang diterbitkan bersama Inteam Digital dan World Peace ini bagi kami sangat sesuai dengan kami,”jelas Mateen.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Shaqiel Naufal, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga ini merupakan sebuah lagu bergenre pop berentak rancak dengan susunan muzik oleh Mas Dewangga.
Menurut Firdaus Rahmat selaku pencipta lagu, proses rakaman hanya mengambil masa lebih 2 hingga 3 jam.
“Sebelum ini, kami sudah keluar dengan single Rindu yang berentak agak perlahan dam sentimental serta beberapa lagu nyanyian semula, kali ini kami tampilkan single berentak agak rancak ini supaya lebih sesuai dengan jiwa remaja sambil menghayati mesej dari lagu ini,” kata Basit pula.
“Lirik Kaulah Cinta ini walaupun sekali dengar seperti cinta sesama manusia, hakikat sebenarnya ialah ia menyentuh soal cinta teragung iaitu Cinta Pencipta iaitu Tuhan Yang Maha Esa.
“Video klip kami rakamkan di Hotel Mandarin, Kuala Lumpur dan sekitarnya juga membawa mesej walau apa yang kita lakukan, kita mesti sentiasa melaksanakan kewajipan kita kepada Ilahi,” tambah Naufal.
Lagu Kaulah Cinta telah pun berada di seluruh platform digital dan muzik video rasmi di YouTube telah pun ditonton lebih 40,000 sejak dimuat naik sebulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sekitar tahun 2021, Media Hiburan ada melaporkan kes penipuan tanah milik arwah ibu Nirina Zubir oleh pembantu rumah orang tua mereka yang sudah dianggap seperti keluarga.
Kini, perjuangan yang memakan tahun dan kos itu akhirnya berbaloi apabila dia berjaya mendapat kembali empat geran tanah milik arwah ibunya setelah jatuh kepada sindiket penipuan tanah
Berkongsi kepada pihak media, dia merasa senang kerana perjuangannya selama ini tidak sia-sia. Namun begitu proses yang dilalui bukanlah mudah sehingga memberi kesan kepada kehidupannya.
“Kalau ditanya bagaimana perasaan saya, rasanya bercampur aduk. Seharusnya saya gembira tapi pada satu sisi lain saya berasa wow kerana bukti konkrit berada di tangan.
“Proses yang dilalui sangat menyesakkan kerana sepanjang itu kami bertubi-tubi berhadapan dengan masalah yang mengejutkan,” kongsinya.
Kejadian penyelewengan tanah milik ibu Nirina secara haram oleh pembantu rumah orang tuanya diketahui setelah ibunya meninggal pada 2019, menyedihkan lagi bapanya pula meninggal dunia setahun kemudian.
Biarpun sudah mendapat empat geran tanah, masih ada empat lagi yang belum diperolehi. Namun begitu, kongsi Nirina, empat lagi geran tanah itu akan diperoleh dalam masa sebulan.
Imbas kembali, Nirina bersama abang dan adiknya melaporkan kepada polis tentang pembantu rumah orang tua mereka yang memalsukan dokumen untuk mendapatkan wang.
Selain itu pembantu rumah tersebut turut memanipulasi wang sewa rumah yang diusahakan oleh orang tua Nirina.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.