Pelakon Puteri Sarah, 38, mendedahkan anak sulungnya, Shaikul Islam, 6, mengetahui mengenai kemelut rumah tangga ibu bersama bapa mereka, pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, anak sulungnya itu bertanya kepada atuk mereka, Datuk Yusof Haslam sejurus mengetahuinya melalui internet.
“Anak pertama sudah tahu sebab Shaikul sendiri beritahu bapa mentua saya, ‘abang dah tahu dah. Lalu Datuk dan Datin beritahu Shaikul, walau apa pun yang terjadi, Ma dan Atuk memang sayangkan Shaikul dan Summayah.
“Kami sekeluarga ada, jangan risau dan tak usah ambil peduli apa itu semua.
“Shaikul dapat tahu awal-awal daripada Atuk dia. Jadi saya tidak pasti bagaimana reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara tersebut. Anak-anak pun masih kecil.
“Malah saya rasa dia ada dengar cerita menerusi YouTube dan mungkin bertanya. Jadi mereka terangkanlah. Saya bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang baik,” katanya.
Ads
Ditanya apa perasaannya selepas bertemu suaminya pertama kali selepas setahun di dalam kamar mahkamah, Puteri Sarah menjelaskan perasaan itu sudah tidak wujud.
“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu tengok saya atau sebaliknya. Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Ads
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini,Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Ads
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Figura terkenal Neelofa menjadi selebriti pertama tempatan pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan itu di seluruh dunia.
Neelofa, 34, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, pemilihannya sebagai ‘co host’ Airbnb itu dimulakan dengan kempen Rumah Terbuka Raya Airbnb yang bakal berlangsung di Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi ‘co host’ pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat lain pula.
“Seperti kita tahu, Airbnd ini ada di seluruh dunia. Jadi, ini peluang terbaik apabila dipilih bekerjasama dengan mereka. Kebetulan saya pun suka ‘travel’.
“Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,” katanya.
Sementara itu, suami Neelofa, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkata, dia bersyukur kerana isterinya masih diterima baik biarpun sudah tampil berniqab.
“Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.
“Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka.
“Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,” katanya lagi.
Rumah Terbuka Raya sulung Airbnb di Sekebun Bunga itu boleh memuatkan hingha tujuh orang. Penginapan untuk dua malam itu menawarkanharga istimewa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehadiran figura penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang bersiaran secara langsung pada Ahad, nyata menggamatkan penonton yang memenuhi ruang tempat duduk di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bintang yang sinonim digelar sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara itu membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof, di tengah-tengah persembahan.
Sebaik kelibatnya muncul seluruh penonton bersorak dan rata-ratanya tidak menjangka akhirnya penyanyi itu membuat kemunculan di pentas berprestij berkenaan.
Siti yang mengenakan busana rona merah hati mendapat sorakan dan tepukan gemurah dari penonton yang ternanti-nantikan kelibat penyanyi itu selepas sekian lama tidak muncul di pentas AJL.
Terdahulu Siti dalam satu kenyataan media akui tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana di pentas AJL34 nanti.
Terdahulu berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu telah diganti oleh Bob apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.
Anta Permana merupakan lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.
Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL pada 2008 iaitu AJL22 menerusi lagu Destinasi Cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cuti sekolah dan hujung tahun dimanfaatkan Elyana untuk menghabiskan masa bersiar-siar bersama dua anak perempuannya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkongsi video mereka sekeluarga ‘bertukar angin’ menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke destinasi yang dituju.
“Ajar anak-anak naik train,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.
Dalam video itu juga, penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut mengimbau pengalaman di awal kerjayanya sebagai selebriti yang sering menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan utama untuknya bergerak ke lokasi penggambaran.
“Syok naik train, teringat zaman baru-baru jadi artis naik, pergi photoshoot, lepas sekolah naik train pergi KL, pergi shoot,” kata Elyana.
Elyana memulakan karier seni sejak berusia 14 tahun dengan tampil menerusi single pertamanya berjudul Niat.
Sekadar info, Elyana berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayah, 11, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Situasi yang berlaku sewaktu segmen penyampaian anugerah di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), malam tadi, menarik perhatian ramai apabila penyanyi Bella Astillah dan...