Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan dirinya akan terus mengenang jasa dan mencurahkan bakti buat seluruh keluarga polis disepanjang hayatnya.

Titipan istimewa itu dikongikan sendiri oleh Siti menerusi sebuah posting di laman Instagram bersempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 pada Isnin

Menurut Siti, setiap sumbangan tersebut amat besar maknanya buat arwah bapanya yang juga merupakan seorang pesara polis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Selamat Hari Polis. Sebagai anak Polis saya akan sentiasa mengenang dan terus berbakti kepada keluarga Polis selagi termampu.

“Setiap sumbangan kecil saya sebenarnya adalah sumbangan daripada Arwah ayahanda saya, Sarjan Bersara Haji Tarudin bin ismail,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu Seindah Biasa ini turut memanjatkan doa semoga arwah bapanya sentiasa tenang di alam sana.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberkati Arwah Abah dan tempatkan Abah bersama insan terpilih di sana. Aamin ya rabb,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh Siti selain turut sama merakamkan ucapan penghargaan buat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IKLAN

“Al-Fatihah buat Pakcik Tarudin. Semoga ditempatkan bersama para solihin dan beramal soleh. In Sha Allah.

“May his memory be a blessing and an encouragement unto you and guiding light to your path.

“Legend pangkal 4. Orang dulu-dulu banyak baktinya. Semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

IKLAN

“Al-Fatihah buat pewira kita semua. May Allah bless and reunite all of us in jannah,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram stories, Siti bersama suaminya, Datuk Khalid turut dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk turut sama menyambut Hari Polis.

Kenang Arwah Bapa, Siti Nurhaliza Mahu Terus Berbakti Buat Keluarga Polis Kenang Arwah Bapa, Siti Nurhaliza Mahu Terus Berbakti Buat Keluarga PolisUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI