Adik beradik selebriti yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, sebagai The Melvins di bawa jenama wajah dan pengasas, Kekasih kian kenali dan berada di kelas tersendiri.

Pekat dengan dialek Utara dan saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk terutamanya ketika bersiaran secara langsung di media sosial, sudah cukup membuktikan bagaimana komitednya mereka untuk membawa jenama berkenaan berada pada posisi yang sepatutnya.

Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak juga dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.

Jadi, keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan Kekasih yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran.

Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka selain bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, jenama tersebut muncul dengan rangkaian produk edisi Raya Kekasih yang terdiri daripada item kosmetik dan moisturiser.

Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi khas itu menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.

“Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin “Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin “Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin “Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin

“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu Kekasih. Ia menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Untuk kosmetik ada empat warna yang paling laris dan kami juga keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.

IKLAN

“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera,” katanya.

Berkongsi lanjut, finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa itu bersyukur apabila jenama yang diusahakan terus mendapat perhatian dan sokongan ramai.

Menurutnya, antara resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran susulan keberkatan hubungan adik beradik.

“Alhamdulillah, Kekasih sudah empat tahun. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan ialah adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan Kekasih itu sendiri.

“Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan peminat boleh nampak macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami pastinya.

IKLAN

“Mungkin produk dan kualiti dilihat sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia ‘Kekasih’.

“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan jika Kekasih menjadi satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh fokus dan komited. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam,” katanya lagi.

“Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin“Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin

Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka, lebih-lebih lagi ketika semua berhadap dengan pandemik Covid-19.

IKLAN

“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.

“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, Kekasih bangkit semula,” katanya.

Syatilla yang mesra disapa Tilla ditemui media pada Majlis Pelancaran Kekasih Lebaran 2023 di Glass House Klang, Selangor, pada Jumaat.

“Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin “Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin “Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin “Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin

Pada majlis sama turut diraikan ialah sambutan hari jadi bapanya, Amirol Melvin yang ke-74.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI