Pelakon, Datuk Aaron Aziz mendedahkan pengarah, Syamsul Yusof memang sudah lama mengetahui mengenai masalah saraf leher yang sedang dialaminya itu.

Jelas Aaron, dia bersedia untuk menuruti segala permintaan Syamsul meskipun ada beberapa perkara yang disifatkan agak mustahil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Kau cakap, kau tak tahu aku ada sakit di bahagian leher? Jangan menipu kata kau tak tahu dengan masalah aku. Kau memang dah tahu keadaan leher aku.

“Aku tak kisah kalau kau nak buat babak bergaduh sebab aku baru selesai penggambaran filem King Mamak. Filem itu bagi aku masa enam bulan latihan tapi ketika kau offer aku, waktu mula penggambaran tinggal sebulan.

“Nak turunkan berat badan seperti yang kau nak, memang mustahil tapi aku cuba juga. Mulanya aku tanya filem ni ada banyak adegan bergaduh tak? Kau cakap tidak sebab banyak adegan dengan senjata api,” katanya.

Pendedahan tersebut dikongsikan oleh pelakon asal Singapura itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

Katanya lagi, dia juga terkejut apabila terpaksa menjayakan banyak adegan bergaduh yang bertentangan dengan apa yang pernah mereka bincangkan sebelum ini.

IKLAN

“Bila aku pergi latihan koreografi, tiba-tiba aku ada adegan bergaduh selama empat minit, dua minit, lawan dengan artis antarabangsa dan bergaduh dengan 20 orang.

“Aku pelakon yang paling banyak fight. Pelakon lain pun terkejut adegan bergaduh aku banyak. Kemudian, kau punya choreographer masih budak lagi.

“Aku pernah bekerja dengan banyak choreographer yang boleh dengar pendapat pelakon tapi yang ini tak boleh ditegur. Selepas itu, budak kau ambil video artis yang sudah belajar dan tak banyak steps. Steps mereka mudah sahaja.

“Bila video aku pula masa tengah belajar lagi. Movement pun tak tahu apa lagi. Kalau dia bagitahu nak hantar ke pengarah mesti aku buat betul-betul. Tak ke itu aniaya?,” ujarnya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, Aaron turut mendedahkan dia sanggup memasukkan bahan kimia di dalam badannya untuk mendapatkan bentuk badan yang diinginkam Syamsul

“Kemudian kau minta aku buat badan seperti gambar yang kau kirim. Aku kata kalau nak badan macam ni kena cucuk. Jadi, kau minta aku pergi cucuk. Kau tengok sendiri berapa banyak aku dah cucuk.

“Jangan cakap aku slow. Aku tiada masalah dengan speed shooting. Daripada berat badan 99 kg kini 90 kg.
Jangan petik nama artis lain. Apa yang berlaku di set aku tak cakap pun,” katanya lagi.

Menerusi video berdurasi lebih lapan minit itu, Aaron turut memegang Al-Quran untuk membuktikan pendedahannya itu benar dan bukan rekaan.

IKLAN

“Aku ajak kau jumpa tapi kau tak nak. Bila kau nak aku, kau datang rumah cara baik. Bila tak nak, kau buang macam sampah. Aku sanggup cakap dengan produser untuk bagi aku watak kecil tapi kau tak nak.

“Ini story yang betul. Lillahitaala. Depan quran aku cakap ini sebenarnya yang berlaku. Ini bulan Ramadan. Aku tak bohong,” akhirinya.

Dalam satu sidang media yang diadakan pada Rabu, Syamsul memaklum antara sebab dia menggugurkan nama Aaron di dalam filem The Original Gangster kerana masalah berat badan dan sleep disk.

Malah, Syamsul turut menyifatkan Aaron sebagai tidak profesional kerana sering mendedahkan kisah mereka di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI