Menginjak usia 40 tahun pada Rabu, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya itu di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.
Menerusi beberapa perkongsian video di laman TikTok, Bunga dilihat berpegangan tangan dengan seorang jejaka yang turut diundang mendekatinya ketika alunan lagu Happy Birthday dialunkan beramai-beramai oleh tetamu yang hadir.
Terdahulu, Bunga sering digosipkan bercinta dengan rakan artis Ariel Noah selepas kematian suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.
Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di kediaman pasangan itu di Jakarta Indonesia akibat serangan jantung. Hasil perkahwinan, Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 14 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal menyambut cahaya mata ketiga pada hujung Mei depan, Fizo Omar dan isterinya Fazeera Nazri Azrai mengakui teruja dan bersyukur dengan segala perkara baik dikurniakan.
Malah, pasangan ini bersama anak perempuan mereka, Wan Khaleeda turut diumumkan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz baru-baru ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Fizo menyifatkan ia sebagai rezeki anak.
Untuk rekod, selain Wan Khaleeda, Fizo juga mempunyai anak pertama, Wan Maryam hasil perkongsi perkahwinan pertamanya sebelum ini.
“Ini semua rezeki anak termasuk bayi yang sedang dikandung isteri saya kini. Isteri saya disahkan mengandung anak kedua ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Nama pun rezeki kami terima dengan lapang dada.
“Tapi saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat Wan Khaleeda masih kecil dan memerlukan perhatian,” kata Fizo.
Mengenai tawaran dan lantikan sebagai duta jenama itu, Fizo pada awal ragu-ragu untuk menerimanya.
“Takut juga terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula. Dipendekkan cerita pada suatu hari, kakak saya ada datang ke rumah.
“Kakak memang sudah ada anak. Saya pun terus buka cerita, dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan produk ini. Rupa-rupanya, kakak pun sudah lama menggunakannya sejak anak pertama lagi.
“Akuinya, ia memang bagus dan bebas bahan kimia. Tambah pula ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, buat apa nak ragu.
“Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda. Saya pun sudah jatuh hati dan akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur.
“Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari.” katanya lagi.
Mengenai jantina anak ketiganya yang juga perempuan, Fizo bersyukur dan pengumuman jantina anak ketiganya itu diumumkan secara eksklusif di majlis Mamz Crazy Rich Night di Hotel Zenith, Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.
Malah serentak dengan itu, pengasasnya yang juga pasangan suami isteri, Ahmad Zulkifli Saad dan Mahirah Mohd Fazil berbangga meraikan 150 usahawan pada malam itu yang berjaya membuat jualan tertinggi tahun lalu.
Antara hadiah yang diserahkan kepada kumpulan usahawan itu ialah kereta Toyota Alphard berwarna putih sebagai ganjaran utama kepada ‘top seller’, pakej umrah, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya.
Menurut, Ahmad Zulkifli, pemilihan Fizo dan kerabat keluarganya dilihat bertepatan dengan jenama produk keluarannya.
“Fizo dan isterinya sendiri dilihat begitu tebal dengan sifat keibubapaan. Mereka seperti ibu bapa lain mengutamakan kesihatan dan keselamatan anaksekali gus menyemai kasih sayang bersama.
“Kami optimis pemilihan mereka dapat mencanakkan lagi keberadaan jenama ini,” katanya.
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Mamz Legacy Sdn Bhd dan beribu pejabat di Bandar Baru Bangi ini mula berada di pasaran sejak tahun 2017.
Malah hingga kini, jenama itu sudah mempunyai lebih 10,000 ejen.
“Kami bangga melihat kebangkitan ejen yang menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup. Dari awal bertapak hingga awal tahun ini, sudah 10,000 rakyat yang rata-ratanya wanita berjaya membuat jualan atas talian di rumah saja.
“Kebanyakan daripada mereka berjaya mengubah status hidup dan meraih pendapatan tetap walaupun bergelar suri rumah. Pada acara berlangsung tempoh hari, Naemah Mohamad Mohd Fadzil menjadi top seller 2022 dan dihadiahkan Toyota Alphard.
“Tahun lalu saja dia berjaya membuat jualan lebih daripada RM4 Juta, mampu menyelia lebih 3000 pasukan ejen di bawahnya dan membuka sebuah cawangan Mamz di Butterworth, Pulau Pinang,” tambahnya lagi.
Dua produk yang laris ialah Mamz Oil dan Mamz Baby Cream.
“Mamz Oil berfungsi untuk merawat kahak dan selesema bayi, melegakan batuk dan merawat asma dan resdung.
“Sementara Mamz Baby Cream pula untuk mengelakkan ekzema, mencegah kembung perut, membantu anak tidur lebih lena, selain melembapkan kulit bayi,” katanya.
Mengenai sasaran tahun 2023, syarikat ini mensasarkan untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan membantu lebih ramai suri rumah menjadi usahawan atas talian dan seterusnya membantu menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing.
Latihan intensif bakal diberikan dan cara menjana jualan akan diajar sepenuhnya buat usahawan baru.
“Tak ketinggalan, tahun ini kami juga melancarkan lebih 40 billboard yang terpampang wajah Fizo, isteri dan anak sepanjang lebuh raya PLUS dan Federal Highway,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dia belum membawa dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4, bertemu dengan ibu tiri mereka, Ira Kazar kerana dia mahu menjaga sensitiviti isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan keluarga.
Menurut Syamsul, dalam keadaan sekarang yang mana dia dan isteri-isteri masih bergelut dengan masalah rumah tangga, ia bukan waktu yang tepat dan bagus untuk berbuat demikian.
“Buat masa ini, anak-anak saya belum pernah lagi dibawa berjumpa dengan Ira. Dalam keadaan sekarang ini, saya sedar kena jaga sensitiviti juga.
“Saya harus betulkan apa yang berkecamuk dengan Sarah dulu.
“Macam tak manislahkan, saya nak buat begitu (bawa anak jumpa Ira) bila isteri pertama, Sarah masih begini. Setakat ini, belum lagilah,” katanya, lapor Harian Metro.
Syamsul menambah, dia juga tidak ada masalah untuk berterus-terang dengan anak-anaknya sudah berkahwin dua dan tiada apa yang perlu atau hendak dirahsiakan daripada pengetahuan anak.
“Saya cakap sajalah pada mereka, inilah isteri nombor dua ayah. Nak cakap apa lagi, dah memang betul pun. Saya juga tak galakkan untuk menipu anak. Cakap sajalah benda yang betul.
“Ayah memang dah ada isteri lagi seorang. Tapi, setakat ini apabila berjumpa dengan anak-anak, tidak pula mereka bertanya tentang perkara itu (dah berkahwin dua),” katanya mengaku tidak kisah jika Syaikul mengetahui mengenai dia berkahwin dua daripada ibu bapanya.
Syamsul berkata, dia juga tidak kisah jika bapanya, Datuk Yusof Haslam sudah memberitahu anak-anaknya mengenai kisah sebenar dia sudah berkahwin dua itu.
Katanya, dia okey saja sebab itu perkara yang betul.
Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul bernikah lagi satu dengan Ira di Thailand dan didaftarkan di Malaysia pada 20 Januari lalu.
Sebelum itu, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula menjadi perhatian ramai sejak pertengahan tahun lalu apabila Puteri Sarah mendedahkan kehadiran ‘orang ketiga’ sehingga perlu mengambil tindakan undang-undang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan isu Datuk Aaron Aziz yang didakwa namanya telah digugurkan dalam filem terbaharu arahan Syamsul Yusof, The Original Gangster (TOG), pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respon berikutan namanya turut dipetik oleh pengarah tersebut, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Twitter dan Instagram, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata dia tetap berada di belakang Syamsul dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pengarah berkenaan.
Sharnaaz berkata demikian ketika memberi jawapan balas kepada netizen yang memintanya agar menarik diri daripada projek filem tersebut.
“Sharnaaz, Beto tarik daripada projek Sol (Syamsul) bod* tu please!!” tulis netizen terbabit.
Sharnaaz kemudian menjawab, “Tidak, kerana kami profesional. Kami tidak akan tarik diri sehingga projek ini selesai. Personal is personal.”
“As a director, you have my full support and respect, without a doubt. YANG TAHU JE TAHU.
“Yang banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda, take note,” tulis Sharnaaz.
Dalam pada itu, bapa kepada Jebat Jayden itu juga meminta semua pihak agar menghormati bulan Ramadan dan tidak menimbulkan sebarang pergaduhan di bulan mulia ini.
“Hormatilah Ramadan, tak perlu gaduh-gaduh. Syaitan pun off day, jadi siapa yang syaitan sebenarnya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syamsul menerusi sesi sidang media menjelaskan punca Aaron digugurkan adalah disebabkan masalah kesihatan yang dialami aktor tersebut selain beberapa sebab lain.
Syamsul turut menyatakan keputusan tersebut bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain terlibat.
Dalam kenyataan itu juga, Syamsul turut menyebut nama Sharnaaz dan Beto Kusyairy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.