Pelakon jelita, Intan Najuwa belum bersedia untuk mengulas dengan lebih lanjut berhubung khabar angin yang mengatakan dirinya telah bertunang dengan jejaka bergelar Datuk.
Bagaimanapun, Intan berjanji, apabila tiba waktunya nanti, dia pasti akan berkongsi mengenai berita baik tersebut.
Katanya lagi, dia kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya dan bisnes.
“Ketika ini, saya masih belum bersedia untuk berkongsi apa sahaja berkenaan peribadi. Saya rasa sekarang ini bukan waktunya.
“Bila tiba masanya nanti, InsyaAllah saya akan berkongsi pada semua. Jadi, saya mohon semua pihak untuk mendoakan supaya saya dipertemukan dengan jodoh yang baik.
“Buat masa sekarang, saya tak mahu mengiyakan atau memberikan sebarang kenyataan. Kalau ada sasaran atau perancangan ke fasa seterusnya pun, saya belum sedia untuk beritahu,” katanya kepada MH.
Pernah berhadapan dengan episod putus tunang, Intan menafikan dirinya trauma sebaliknya, hanya ingin menjaga privasi.
Ads
“Saya bukan trauma. Bagi saya, segala yang terjadi sebelum ini merupakan sebuah pengalaman hidup buat saya. Saya kena jaga privasi saya.
“Malah, itu juga merupakan adalah salah satu cara untuk mengelakkan orang luar daripada berkata yang bukan-bukan atau tidak baik terhadap saya, keluarga dan orang sekeliling.
“Saya banyak belajar daripada pengalaman lepas. Buat masa sekarang, saya hanya boleh berkongsi soal kerjaya atau bisnes. Kalau soal peribadi pula, saya minta maaf sangat-sangat. Saya belum bersedia,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan majlis pertunangan Intan dan jejaka bergelar Datuk berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru, Johor.
Ads
Dalam pada itu, pelakon drama Jesnita ini turut mendedahkan dirinya tidak kisah apabila kisah cintanya sering kali menjadi perhatian warga maya
“Orang luar bebas untuk berkata apa sahaja. Segalanya terpulang kepada mereka. Saya tak perlu sekat atau membalas apa-apa kenyataan. Masing-masing punyai pendapat dan boleh membuat penilaian sendiri.
“Saya langsung tak marah. Positif atau negatif, saya tetap akan terima kerana itulah asam garam bergelar public figure.
“Jadi, saya tidak berasa rimas pun kerana saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi seperti ini.
Intan berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen, Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di The St Regis Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ads
Sementara itu, Intan tidak menafikan dia kini berada di fasa yang sangat gembira di dalam hidupnya.
“Kalau saya ingin berkahwin nanti, sudah tentu saya akan beritahu kepada semua. Saya akan kongsikan perkara yang baik. Untuk fasa bertunang, saya rasa baik diam-diam dahulu.
“Kalau bertunang pun, saya tak mahu ikat terlalu lama. Sebolehnya saya mahu menghabiskan pelajaran dahulu.
“Apa yang boleh saya katakan, kini saya berada di dalam fasa yang sangat gembira,” akhirinya.
Sekadar informasi, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019.
Bagaimanapun, mereka memutuskan untuk berpisah berikutan tiada persefahaman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar duka dikongsikan oleh keluarga Celine Dion mengenai tahap kesihatan terkini selebriti popular berusia 55 tahun itu.
Kakak kepada pelantun lagu My Heart Will Go On itu, Claudette Dion menyatakan bahawa Celine tidak lagi memiliki kawalan ke atas ototnya disebabkan penyakit auto imun sindrom orang kaku.
Dalam satu perkongsian kepada media Kanada, 7 Jours, Claudette Dion menyatakan lagi bahawa Celine bekerja keras untuk mengatasi penyakit itu, namun masa depan untuk kerjaya nyanyiannya tidak pasti.
“Dalam impian kami dan dia, ideanya adalah untuk kembali ke pentas. Dalam keadaan apa? Saya tidak tahu,” ucapnya ringkas.
Imbas kembali, Celine telah mengalami kekejangan otot yang tidak terkawal sejak sekian lama
Pada Januari 2022, dia mengejutkan peminat apabila mengambil keputusan membatalkan tarikh siri jelajah konsert selepas mengalami kekejangan otot yang teruk.
Kemudiannya pada Mei 2023, dalam satu kenyataan semua konsert akan datang yang telah dijadualkan dibatalkan serta-merta.
Untuk pengetahuan pembaca, sindrom orang kaku adalah gangguan neurologi yang tidak boleh diubati yang menyerang otot badan seseorang termasuk jantung dan pita suara.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa terharu terhadap rasa sayang yang ditunjukkan oleh tunangnya yang juga merupakan pengacara, Nabil Mahir.
Menurut Ayda, dia berasa sangat bertuah kerana dapat dipertemukan dengan Nabil yang ketika ini menjadi penyeri kebahagiaan dalam kehidupannya.
“Thank you for bringing joy to my heart, beauty to my world and love to my life. Thank you for loving me with all your heart, Love,” tulisnya.
Bersama entri berkenaan, Ayda turut dilihat memuat naik sebuah video yang memaparkan kelakuan bersahaja Nabil yang tanpa segan silu menukar kasut tunangnya itu sewaktu malam Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) baru-baru ini.
Ayda sebelum itu mengenakan kasut tumit tinggi sewaktu berpasangan bersama Nabil ketika menyampaikan salah sebuah anugerah pada malam tersebut.
“Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Laki kata, bukan takut bini tapi sayang bini. Thank you for everything Wuvv @nabilmahir ,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah comel pasangan tersebut selain turut mendoakan semoga urusan perkahwinan pasangan ini akan dipermudahkan.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini dijadualkan bakal disatukan pada 1 Januari 2021 nanti.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertemuan di antara Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra, mencuri perhatian ramai apabila keduanya ‘reunion’ selepas 23 tahun sejak pelancaran muzik video Debaran Cinta.
Momen istimewa itu berlaku sebelum program realiti One In A Million (OIAM) akhir berlangsung, malam tadi.
Siti hadir sebagai penyanyi undangan manakala Nicholas bertindak sebagai juri jemputan.
Saling Tanya Khabar
Pertemuan tersebut sempat dirakam menerusi sebuah video yang kini tular di media sosial dan warganet sama-sama teruja melihat interaksi mesra kedua-dua bintang terkenal itu.
“Apa khabar? Senang sekali, welcome back to Malaysia,” ucap Siti.
Terdahulu, muzik video Debaran Cinta, yang dilancarkan pada tahun 2002, menyaksikan Nicholas Saputra sebagai hero dan bergandingan dengan Siti Nurhaliza.
Turut sama membuat penampilan di dalam muzik video sama ialah bekas hos 3R, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Azah Yasmin Yusof.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...