Umat Islam di seluruh dunia telah pun memulakan ibadah puasa mereka untuk hari yang pertama, beberapa hari lalu.

Meskipun negara ketika ini masih lagi berdepan dengan wabak Covid-19, namun kedatangan bulan Ramadan tetap disambut meriah oleh seluruh umat Islam di negara ini khususnya.

Selain dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti ibadah, Ramdan pastinya sinomin dengan kemeriahan bazar yang menjual pelbagai juadah berbuka setiap tahun.

Bagaimanapun, bagi sesetengah pengusaha bazar, keadaan ribut dan banjir kilat yang melanda Lembah Klang baru-baru ini juga pasti memberi ujian hebat buat mereka yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan pada menjelang 1 Ramadan lalu.

IKLAN

Malah, ada foto dan video daripada orang awam turut tular di media sosial, merakamkan beberapa gerai yang roboh serta makanan jualan mengalami kerosakan.

Insiden berkenaan nyata menyentuh hati ramai pihak termasuklah penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.

IKLAN

Menurut Adibah, dia berharap agar para peniaga yang terkesan diberikan kekuatan.

“Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka. Tabahkanlah hati mereka, dan berikanlah mereka keuntungan berlipatkali ganda di hari-hari yang mendatang,” tulisnya menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya.

IKLAN

Doa Moga Dikurnia Untung Berlipat Ganda – “Ya Allah Permudahkan Urusan Mereka,” – Ada Gerai Roboh Dipukul Ribut, Adibah Noor Harap Peniaga Bazar Tabah Doa Moga Dikurnia Untung Berlipat Ganda – “Ya Allah Permudahkan Urusan Mereka,” – Ada Gerai Roboh Dipukul Ribut, Adibah Noor Harap Peniaga Bazar Tabah Doa Moga Dikurnia Untung Berlipat Ganda – “Ya Allah Permudahkan Urusan Mereka,” – Ada Gerai Roboh Dipukul Ribut, Adibah Noor Harap Peniaga Bazar Tabah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sama selain mendoakan semoga para peniaga terlibat dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI