Media sebelum ini ada melaporkan mengenai pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart yang diusahakan pelakon Putra Amaris telah dipecah masuk yang seterusnya menyebabkan operasi perniagaan terganggu selain ada pekerja yang berhenti.
Menurut Amaris, 36, ia menjadi antara ujiannya di dalam melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 hingga 20 April ini, seiring dengan sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pemilik nama sebenar, Amran Ismail berkata, dia menganggap setiap cabaran yang dilalui adalah ujian yang akan digantikan dengan sebuah kemanisan oleh Allah SWT.
“Nak buat perkara baik memang akan ada saja ujian. Macam saya buat Infaq Ramadan ini, pekerja berhenti dua hari sebelum program berlangsung.
“Itu belum lagi pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart dipecah masuk. Malah, kami punya operasi jualan dalam masa dua bulan ini terganggu untuk ejen, pasukan dan stok.
“Ujian yang datang ini pada saya Allah nak beri lebih baik selepas ini. Saya juga anggap setiap ujian adalah satu kemanisan. Jadi, kalau nak cakap mengenai ujian ada banyak. Saya yakin ini semua ujian Allah.
Ads
“Disebabkan itu, dalam melaksanakan program ini, saya yakin Allah bantu. InsyaAllah, perkara baik Allah mudahkan urusan,” katanya.
Memberi sasaran untuk memberikan bantuan kepada kira-kira 500 keluarga asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah anak-anak tahfiz sepanjang 11 hari program dijalankan, Amaris bagaimanapun tetap optimis di dalam menerusi misi murni ini.
“Selain itu, kami juga pergi ke rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan. Tapi fokus utama sepanjang Ramadan ini adalah golongan asnaf di mana kami akan pergi rumah ke rumah. Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.
Ads
“Alhamdulillah, setakat ini sumbangan untuk 500 rumah itu sudah cukup dari segi wang ringgit, makanan dan barang keperluan harian. Cuma perlukan lebih lagi untuk teruskan bantuan. Kalau ada lebih lagi, lagi bagus dan boleh berikan lebih lagi.
“Sebenarnya kita pun tak tahu apa mereka perlukan. Apabila sampai ke tempat mereka, ada barang yang penting diperlukan. Jadi, itu antara barang tambahan yang perlu diberikan. Lebih banyak yang menyumbang dan menginfaq, lebih banyak penerima manfaat terima,” katanya.
Sementara itu bagi Naib Presiden, Operasi, Penjualan & Latihan Penyet Penyet.com Nurul Fakri Arshaf berkata, pihaknya berlapang dada dan terbuka bekerjasama dalam program Infaq Ramadan Putra Amaris kerana ingin berkongsi rezeki.
Ads
“Kami sudah buat infaq ini sejak beberapa bulan lalu. Alasannya sebab nak berkongsi rezeki dengan semua orang. Sebelum ini kami memberi fokus kepada badan kebajikan, jadi bulan Ramadan ini nak menyasarkan untuk mencapai 1500 pek makanan sehari untuk diedarkan selama 26 hari termasuk dalam program ini.
“Jadi, kita mengharapkan pengedaran yang dibuat dalam program ini mampu bekongsi rezeki. Kita harapkan bahawa, sumbangan yang dapat daripada orang ramai, syarikat swasta dan orang perseorangan akan disalurkan dengan cara edarkan makanan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas bersama Chef Tako, Muhammad Misyael Abd Rama pula berkata, pembabitan mereka pada program itu adalah saham akhirat bersama hampir 700 usahawan mereka.
“Terima kasih kepada Putra Amaris kerana jemput kami dalam program Infaq Ramadan ini. Pembabitan kami lebih kepada nak bantu memperbanyakkan lagi sumbangan. Kami adalah syarikat usahawan dan membimbing usahawan lain, jadi kami ingin menjadi penyalur kepada mereka.
“Hasil jualan mereka kami akan ambil sedikit untuk disumbangkan dalam program ini. Pendek kata ia menjadi saham akhirat untuk dikongsi. Hampir 700 usahawan kami terbabit dalam program ini di semua lakasi. Bukan saja makanan, tapi juga wang ringgit dan barang keperluan,” katanya.
Bagi yang ingin membuat infaq sepanjang Ramadan ini boleh salurkan sumbangan anda ke akaun SAMA SAMA KENYANG (562405646664 – Maybank).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehadiran figura penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang bersiaran secara langsung pada Ahad, nyata menggamatkan penonton yang memenuhi ruang tempat duduk di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bintang yang sinonim digelar sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara itu membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof, di tengah-tengah persembahan.
Sebaik kelibatnya muncul seluruh penonton bersorak dan rata-ratanya tidak menjangka akhirnya penyanyi itu membuat kemunculan di pentas berprestij berkenaan.
Siti yang mengenakan busana rona merah hati mendapat sorakan dan tepukan gemurah dari penonton yang ternanti-nantikan kelibat penyanyi itu selepas sekian lama tidak muncul di pentas AJL.
Terdahulu Siti dalam satu kenyataan media akui tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana di pentas AJL34 nanti.
Terdahulu berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu telah diganti oleh Bob apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.
Anta Permana merupakan lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.
Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL pada 2008 iaitu AJL22 menerusi lagu Destinasi Cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja terima kehadiran orang baru lebih sebulan lalu, pelakon Shakilla Khoriri menjelaskan lambakan foto anaknya, Ameena Sofia di Instagram bukanlah kerana dia obses dengan anak sendiri.
Cuma, naluri seorang ibu sudah semestinya anak menjadi keutamaannya kini. Lebih-lebih dia kini terperap di rumah kerana berpantang.
“Takde bukan obses dengan anak sendiri. Kang orang kata asyik dok posted gambar anak ja. Tapi tu la kita kan manusia, apa ja situasi kita ketika ITU dan INI mesti lah kita nak post.
“Sama macam korang, Kalau rasa baju korang terlalu cantik hari tu, post gambar berkeping2. Depan belakang kiri kanan. Ohh…malam anugerah tak payah cerita lagi hebat gambar keluar.
“Yang tibe hari tu rasa muka cantik lain macam sebab ada orang make up kan. Post ! Post ! Post !
“Yang kerja dok post pasal kerja. Yang tak kerja dok stalk ig orang lepas tu kecam.Tak cukup kecam , aibkan lagi. Post dekat IG pasal orang lain. Perli, Sindir.
“Takpa..tak salah pun. Tu yang aku cakap, Kita manusia. Apa yang berlaku ketika dan saat itu kita akan post,” tulisnya.
Malah pelakon ini turut mengakui hidupnya kini banyak bersama anak.
“Dah 43 hari view aku budak seketul ni. Kang balik bapak dia view satu lagi. 2 Ketul je aku menatap selama dekat 2 bulan ni.
“Dakkk….bukan obses dengan anak sendiri. Tak hebat pun anak aku. Kalau obses bertalu2 post gambar anak sambil caption, comelnya anak aku ! Cantiknya anak aku. Haaa…tu obses tahap orang muntah. Ok sekian,” maklum Shakilla panjang lebar.
Sejurus memuat naik foto indah sekitar sambutan hari jadinya yang ke-28, baru-baru ini, pelakon Ruhainies sekali lagi menerima perhatian wargamaya gara-gara sebiji kek dengan rekaan wajah yang didakwa pelik oleh sesetengah netizen.
Ramai menyifatkan, rupa kek patung berkenaan kelihatan seolah-olah ‘menyeramkan’ dan tak kurang juga yang beranggapan ia melucukan rupa yang berbeza dengan ‘birthday girl’ yang diraikan.
Positif dan relak, Ruhainies seperti yang dipetik mStar mengakui sangat menghargai hadiah berkenaan dan tidak melihat dekorasi serta hiasan pada kek itu sebagai satu perkara yang memalukan.
“Sebenarnya saya berada di Pulau Pinang menghadiri perkahwinan sepupu dan tak sangka dalam masa sama ada kejutan sempena hari jadi saya yang sepatutnya pada Isnin (hari ini).
“Apabila saya berkongsi video di Instagram, ramai pula komen mengenai rupa kek tersebut yang dikatakan macam hantu dan sebagainya… Bagi saya, soal rupa itu tak jadi masalah kerana kek itu disiapkan dalam masa singkat.
“Kata pembuat kek, sepatutnya dekorasi menyerupai Barbie tapi kali ini mungkin kesuntukan masa hasilnya lain sikit! Tak kisahlah yang penting nampak kesungguhan dan rasanya sedap sangat!, ”katanya seperti yang dipetik.
Ditanya apakah reaksi bintang Jejak Karmila ini apabila membaca komen di Instagram mengenai kek yang diperkatakan, ini jawab Ruhainies;
“Rasa lawak baca komen mereka, saya dengan adik ketawa sahaja… Biasalah setiap orang ada pendapat masing-masing.
“Hakikatnya kalau tengok dalam video dan gambar memang rupa kek itu nampak lain macam… tetapi kalau tengok depan-depan kek itu cantik tau!
“Yang penting sedap dan saya suka.. Saya nak ucapkan terima kasih kepada pembuat kek dikenali Shauki dan juga kepada mereka yang aturkan majlis tersebut.
“Saya sangat terharu dengan sambutan awal itu!, ” ujarnya lagi.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan ulang tahun kelahiran ke-48 usahawan tudung, Bawal Exclusive Puan Hajjah Haliza Maysuri diraikan dalam suasana penuh elegan apabila menyarung adi busana yang direka...