Gitaris kumpulan rock lagenda tanah air, Search, Din berharap agar semua pihak dapat memberi peluang kepada penyanyi, Akim Ahmad yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh vokalis asal, Amy bagi menjayakan projek Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim.
Memetik laporan Harian Metro, Din memaklumkan keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan bersama anggota kumpulan yang lain serta pasukan produksi.
Katanya lagi, Akim merupakan pilihan utamanya sejak dari awal kerana menyifatkan penyanyi tersebut memiliki pakej yang lengkap serta karismanya yang tersendiri.
“Kami terlebih dulu berbincang dengan pasukan produksi. Ada beberapa nama yang disenarai pendek. Namun, selepas penilaian, kami sebulat suara memilih Akim. Ini bukan penilaian saya seorang.
“Namun, secara peribadi Akim memang pilihan pertama saya. Dia ada karisma tersendiri selain kredibiliti di mana dia berkemampuan mencipta lagu.
“Pendek kata Akim ada pakej. Jadi, beri dia peluang untuk buat persembahan bersama kami dan jangan bandingkan dengan Amy,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Pada masa sama, Din turut memberi tahu, perjalanan Search tetap harus diteruskan meskipun tanpa kelibat Amy yang selama ini menjadi tulang belakang kumpulan tersebut
“Muzik adalah kerjaya dan minat saya. Kami mahukan pengakhiran yang baik. Walaupun tanpa Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayangkan kumpulan ini. Ke mana saja saya pergi, orang bertanya mengenai Search.
“Persembahan kami bersama Akim ini bagi mengubat rindu peminat. Ia sangat penting kerana ia permulaan buat Search kembali. Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa Amy.
Ads
“Amy tak ada pengganti, cuma kami perlu ‘move on’ untuk teruskan legasi Search. Ini kerana peminat masih ada dan saya yakin dengan sokongan diberikan selama ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan, Akim & The Majistret mengakui berasa sangat teruja selain turut berjanji akan menggunakan peluang ini sebaiknya.
“Search memang idola saya dari dulu lagi. Apabila dapat menyanyi dan buat persembahan bersama mereka, ia satu penghargaan buat saya.
Ads
“Insya-Allah, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kepada semua peminat Search jangan lupa saksikan persembahan kami dan tunjukkan tanda sokongan anda buat kami,” katanya lagi.
Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim bakal berlangsung pada Sabtu ini jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka.
Selain Melaka, Rockology Malaysian Tour 2021 juga bakal diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu Kuala Lumpur pada Jun ini, Perak (Julai), Pulau Pinang (Ogos), Johor Bahru (September) dan lain-lain lokasi yang akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, malam tadi.
Mempertaruhkan lagu Drama ciptaan vokalis itu sendiri bersama Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, bintang itu menulis permohonan menerusi satu entri di Instagram awal hari ini.
“What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun. See you in the next chapter. #AJL34
“Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.
“Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang kala warnanya tidak kita gemar,” tulisnya.
Terdahulu, semasa melakukan persembahan secara langsung di Axiata Arena, Drama Band dilihat memaparkan beberapa watak yang seakan-akan sinonum dengan figura yang hangat diperkatakan netizen, meski tidak dinyatakan secara jelas.
Foto: Instagram Aepul Roza, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zaki Azeman, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa Suzuran, kini sedang hamil anak kedua.
Menurut Zaki, keterujaannya kali ini lebih mendalam berbanding kehamilan pertama, sehingga dia mengambil keputusan untuk menolak beberapa tawaran kerja demi memberi tumpuan penuh kepada keluarga.
“Perasaan teruja kali ini lebih lagi berbanding anak pertama. Sampaikan saya ambil masa rehat dahulu daripada sebarang tawaran kerja.
“Saya lebih fokus menjaga isteri di rumah sejak awal kehamilan,” katanya yang turut memaklumkan usia kandungan isterinya kini telah memasuki trimester kedua.
Malah momen indah mereka sekeluarga turut dikongsikan Zaki menerusi pautan videeo di Instagram, beberapa hari lalu.
Pengorbanan Manis & Momen Istimewa
Sebelum ini, Zaki turut memuat naik gambar bersama isteri dan anak sulung mereka ketika berada di Cameron Highlands, Pahang, sebagai simbolik pengumuman kehamilan yang penuh makna.
Difahamkan, mereka ke sana kerana isterinya mengidam suasana tanah tinggi.
“Baru-baru ini, dia cakap mengidam nak ‘bau’ Cameron. Bila dia nyatakan hasrat tersebut, hari yang sama juga kami terus gerak.
“Di kesempatan ini juga kami ambil peluang umum kehamilan di Instagram. Orang pun dah ramai bertanya,” ujar Zaki lagi.
Mengenai persiapan bayi kedua, Zaki berkata, kebanyakan perkara kini lebih banyak diuruskan oleh isterinya.
Bagaimanapun, dengan keadaan kesihatan isteri yang semakin stabil, dia kini bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan.
“Isteri pun dah tak alami morning sickness sekarang. Keadaan dia lebih stabil. Jadi saya sedia untuk kembali berlakon,” jelasnya.
Untuk rekod, Zaki mendirikan rumah tangga dengan Raa pada 29 Mei 2022, dan mereka menimang cahaya mata sulung pada Mei 2023.
Kini, pasangan ini bakal menyambut kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya menambah lagi warna dalam kehidupan mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penampilan terkini pelakon popular, Mira Filzah ‘memancing’ perhatian ramai peminat.
Menerusi satu foto yang dimuat naik bintang Sweet Dreams ini di Instagram, para peminat di ruangan komen mulai berteka-teki sama ada Mira kini sedang hamil anak sulung atau sebaliknya.
Kini kerana top biru yang dikenakan Mira dilihat agak longgar selain bahagian perutnya juga seolah-olah kelihatan seperti berisi hingga menyebabkan ramai yang mula membuat telahan sendiri.
Bagaimanapun Mira dilihat ada memberikan respon terhadap salah satu komen yang dtinggalkan. Kata Mira, ia hanyalah buncit sebagaimana kebiasaan.
“Aaaaaah buncitlahhhh,” jawabya ringkas.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), pada 9 September 2020 selepas lebih setahun menyulam cinta.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peritnya menanggung kerinduan terhadap seseorang yang pernah menjadi sebahagian penting dalam hidup, sukar diungkap. Hanya kerinduan mendalam membelenggu mereka yang melaluinya.
Itulah dirasakan penyanyi Fanzi...