Penyanyi Stacy ada berkongsi cerita mengenai dirinya yang kini kerap berkongsi video masakan bersama pengikut di laman media sosial Instagram.
Stacy meluahkan rasa syukur selepas arwah ibu mentuanya, Allahyarham Aminah Bahari yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada dirinya tentang dunia masakan sebelum ini.
“Sebenarnya saya tak pandai masak sebelum ini, akan tetapi disebabkan Akim agak cerewet dari segi bab makan, jadi saya perlulah belajar masak.
“Arwah mak mentua saya memang pandai masak, hasil dan rasanya memang ‘tip top’. Jadi saya boleh dikatakan sebagai seekor semut yang baru nak belajar ketika itu.
“Saya amat berterima kasih dengan Allahyarhamag dan ibu sendiri kerana mereka banyak ajar saya tentang hal di dapur,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Stacy mendedahkan suaminya, Akim Ahmad turut memberikan komen terhadap menu yang dimasaknya ketika awal fasa perkahwinan.
“Dah masuk kelima tahun perkahwinan dia tak ada komen. Cuma tak dinafikan, masa awal-awal dulu dia adalah kritik tentang masakan saya sebab dulu saya tak berapa reti nak masak kan.
“Bagi saya, memasak ni, walaupun nampak mudah tapi sebenarnya susah dan sangat mencabar. Jadi Akim sangat memahami dengan keadaan dan situasi saya pada waktu itu.
“Alhandulillah, sekarang semuanya baik-baik sahaja,” kongsinya lagi.
Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam memeluk agama Islam dengan melafazkan syahadah di Pejabat Agama Islam, Johor Bahru pada 24 Ogos 2015.
Stacy kini telah mengunakan nama islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.
Selepas itu, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016.
Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 8,dan seorang anak perempuan Eshaal Afiq Hakim,4, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Dalam perkembangan lain, Stacy dan Akim menjadi tetamu bagi episod kelima program Media Hiburan Throwback yang akan bersiaran hari ini, jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Linda Onn mengakui dirinya masih memerlukan lebih banyak ruang dan waktu untuk kembali menemui kekuatannya selepas pemergian Allahyarham ibunya, Sa’diah Khamis pada tanggal 9 Mac lalu.
Menurut Linda, meskipun dia akur dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, namun, sebagai manusia biasa, dia tidak boleh lari daripada perasan sedih.
“Saya tak kuat sebenarnya. Ramai orang tanya saya kenapa tak bagi tahu yang ibu saya meninggal. Kenapa lepas tiga minggu baru nak cakap di Facebook dan Instagram? Saya sebenarnya tak kuat.
“Masa hari yang saya nak bagi tahu di Facebook dan Instagram pun saya tak kuat. Ketika itu saya tak boleh terima lagi yang ibu dah pergi.
“Saya tahu itu semua kehendak tuhan tapi diri ini hanya manusia biasa. Saya asyik bertanya kenapa. Selepas tiga minggu baru saya ada kekuatan walaupun hanya sedikit.
“Ibu adalah jiwa saya. Ditambah pula dia duduk dengan saya. Dialah teman baik, tukang komen dan macam-macam lagi saya buat dengan dia.
“Setiap hari saya ada dengan dia siang dan malam. Bila saya kehilangan dia, saya sangat terkejut. Untuk menghilangkan rasa sedih, saya banyak berdoa untuk dia,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang anak itu berkata sedemikian sewaktu ditemui ketika sesi pengambaran MH Throwback pada Jumaat.
Jelasnya lagi, pada mulanya dia hanya menganggap ibunya itu hanya mengalami sakit biasa namun, segalanya berubah setelah ibunya menjalani pembedahan di perut.
“Pada mulanya saya ingatkan dia sakit perut sahaja, dan bila pergi ke doktor keadaan kesihatannya semua okay. Cuma ada sedikit masalah di bahagian perut dan hempedu.
“Bila dah buat pembedahan. Komplikasi lain pula yang datang. Selepas dua minggu, Allah tarik nyawa dia. Kalau ibu dah sakit lama mungkin saya bersedia.
“Sangat mudah untuk ibu pergi. Dia tak menderita cuma beberapa minggu sahaja dia tahan sakit.
“Tapi yang agak menderita ketika ialah kita yang tinggal ni. Tak tahu bila boleh hilang kesedihan,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM ini turut meluahkan rasa lega kerana sempat memenuhi segala permintaan ibu disepanjang hayatnya.
“Saya tidak terkilan apa-apa kerana semua yang ibu nak, saya dapat tunaikan. Masa dia sakit pun, dia dapat apa yang dia minta.
“Cuma hati saya rasa sedikit berat sebab saya dah rancang semuanya untuk dia balik. Dia pun minta saya masak makanan sihat je lepas ni.
“Tapi dia tak balik dan dia hanya balik sebagai jenazah,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor menyelar kenyataan seorang individu yang menuduh gadis yang menjadi mangsa gurauan isu rogol seolah-oleh seperti sengaja ingin mencari perhatian.
Jelas Adibah, gadis tersebut bukan sahaja mahukan perhatian tetapi turut ingin membangkitkan kesedaran dalam diri orang ramai yang sering kali menganggap isu tersebut sebagai remeh.
betul. memang dia nak attention. attention and awareness to a "normalised" demon that has been haunting our children. and she got our attention. she got the nation's most needed attention.
“Betul. Memang dia nak attention. Attention and awareness to a “normalised” demon that has been haunting our children.
“And she got our attention. She got the nation’s most needed attention. What is YOUR problem?,” selar Adibah.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Talentime itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.
Katanya lagi, gadis tersebut telah pun berjaya mendapatkan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia dan kesemua mereka sedang memberi tumpun terhadap siasatan yang sedang berlangsung ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan Adibah selain turut berharap agar isu seperti ini dapat membuka mata lebih banyak pihak pada masa akan datang.
“Orang macam ni cuba kena dekat diri dia sendiri tengok sikit bising takkkk,” respon seorang pengguna Twitter.
“Kak please don’t waste your energy on the uneducated dumbos,” balas individu lain pula.
“Benar sekali, tanpa attention, tindakan takkan diambil secara menyeluruh oleh pihak berkuasa. Sebab dia hanyalah seorang pelajar yang tidak ada apa apa kepentingan pada negara. Apa yang adik tu buat adalah tepat sekali. Attention + report,” komen seorang lagi pengguna Twitter.
Sumber: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Raja Azura teruja apabila diberi peluang bergandingan dengan hos baharu, Keanu Azman bagi mengendalikan program realiti, Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).