Perkahwinan Noor Nabila dengan Engku Emran Zainal Abidin didakwa sudah retak menanti belah.
Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu didakwa sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” katanya lapor Harian Metro.
Difahamkan, hubungan mereka sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila tiada foto atau video bersama di media sosial masing-masing.
Ads
Lebih menguatkan dakwaan itu, kelibat Engku Emran langsung tidak kelihatan ketika Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah, semalam.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Ads
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Ads
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Selepas kisahnya yang lebih 31 tahun menyemai kasih sayang bersama suami, Daud Leroy Abdullah yang menjadi inspirasi, pelakon Azah Aziz berkongsi pula foto terkininya bersama keluarga tercinta.
Hampir tiga dekad melayari bahtera perkahwinan, bintang yang menetap di Montreal, Kanada kini bahagia harmoni bersama tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang menginjak dewasa.
“Married at 22, have my first born at 24, happily married for 28 years. Here my picture with my older son and last picture with all my 3 sons. I’m the queen in the house,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah menerusi hantaran terdahulu, Azah yang kini meniti usia 50an turut berkongsi foto lamanya sambil merakam memori indah.
“Picture 19 tu baru kenal, early 20’s tengah bercinta. Late 20’s dah kahwin anak seorang.
“30’s anak 3, 40’s anak-anak dah besar dan 50’s anak-anak dah boleh nak khawin, kita tunggu,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bagi generasi 80-an dan 90-an, Azah yang juga bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 cukup bergiat aktif sebagai model selain lakonan.
Dia bagaimanapun, mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya seni demi mengikuti komitmen suaminya yang bekerja di luar Malaysia.
Setiap impian itu pasti akan dapat digapai sekiranya kita bekerja keras menuju ke arah itu.
Tujuh tahun aktif dalam bidang seni muzik, akhirnya impian penyanyi dan rapper Yonnyboii untuk bekerjasama dengan salah seorang idolanya iaitu Alyph akhirnya tercapai.
Tampil dengan single kolaborasi bersama, Yonnyboii dan Alyph mempertaruhkan lagu Sengkek.
Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, mendedahkan dia pernah menghantar ‘direct message’ (DM) kepada Alyph sebelum bergelar penyanyi lagi kerana terlalu mengagumi bakat yang dimiliki penyanyi kelahiran Singapura itu.
“Saya dah lama simpan impian memang nak berduet dengan Alyph. Salah satu cerita yang orang tak tahu, saya pernah DM Alyph di Instagram.
“Saya DM Alyph tu masa belum jadi artis lagi. Saya masih ingat saya tulis bagaimana nak buat lagu macam dia, ‘Hi Alyph, macam mana nak buat lagu? Boleh tolong beri tunjuk ajar? Boleh saya datang ke studio?'” katanya kepada MH.
Yonnyboii ditemui pada majlis pelancaran single Sengkek yang diadakan di The Face Suites, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sementara itu, menceritakan lebih lanjut tentang perkara itu yang membawa kepada kerjasama mereka, Alyph atau nama sebenar, Muhammad Alif Abdullah, 34, mengakui dia ‘terlepas pandang’ daripada membaca mesej yang dikirim Yonnyboii.
“Saya rasa saya tidak membaca mesej yang diberikan Yonny ketika itu. Biasalah kadangkala kita terlepas pandang dengan mesej-mesej yang dikirim oleh orang ramai.
“Selepas mendengar lagu-lagu Yonnyboii, saya sendiri menghantar mesej kepadanya untuk ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan karya lagu terbaik.
“Bila Yonny balas mesej itu, dia kata tolong jangan baca mesej-mesej sebelum ini. Daripada situ baharu saya sedar dia pernah menghantar mesej kepada saya,” kata Alyph.
“Selepas tahu dia pernah mengirim mesej, saya sangat hormat dengan tindakannya kerana Yonny seorang artis yang penuh dengan semangat.
“Lihat sekarang, saya pula yang approach dia di DM untuk ucapkan tahniah dan memuji karya-karya lagu hasil ciptaannya,” kata Alyph lagi.
Lagu Sengkek yang merupakan hasil ciptaan SonaOne manakala liriknya pula nukilan Yonnyboii dan Alyph sendiri.
Berkongsi lebih lanjut tentang Sengkek, Yonnyboii berkata dia percaya setiap manusia pastinya pernah melalui fasa ‘kepayahan’ dalam kehidupan masing-masing sebelum bertemu kejayaan.
“Saya rasa semua orang pernah melalui situasi ini, saya juga pernah rasa sengkek (pokai). Disebabkan dia berkaitan dengan ramai orang, kenapa tidak saya tulis sebuah lagu yang orang semua boleh faham.
“Bukanlah nak kata pokai sebab tak bekerja, dulu masa saya pernah kerja restoran fast food pun, saya ada rasa time-time pokai itu.
“Saya nak orang rasa apa yang saya pernah rasa dan maka dengan itu terhasil lagu berjudul Sengkek ini,” kata Yonnyboii lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Siti Nurhaliza mengakui kekurangannya yang tidak berapa fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.
Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, faktor itu mungkin disebabkan kerana dibesarkan dalam keluarga yang bertutur dalam bahasa Melayu dan kurang terdedah dengan bahasa dunia itu.
“Saya mungkin kurang yakin (bertutur dalam bahasa Inggeris), itu sahaja kekurangan saya.
“Mungkin sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah dan lebih senang bercakap dalam bahasa Melayu.
“Itu adalah antara cabaran yang perlu saya hadapi. Tetapi saya tidak melihat kekurangan tersebut untuk seseorang itu patah semangat untuk berjaya,” katanya.
Sedutan tersebut dikongsikan semua menerusi satu temu bual yang kembali dimuat naik di TikTok @sitizoners.official.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan pesanan kepada mana-mana individu agar tidak sesekali mengecam orang yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
“Janganlah terlalu berbangga kalau dapat berbahasa Inggeris dan memperkecilkan orang lain yang tidak mahir bertutur dalam bahasa tersebut.
“Tidak salah kalau kita tersilap. Kalau ada yang menegur, kita belajar. Kalau ada yang menegur, saya akan ucapkan terima kasih sebab dapat belajar sesuatu benda baharu.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.