Umum mengetahui, kumpulan, New Boyz merupakan antara band popular tanah air yang pernah mencetuskan fenomena sekitar tahun lewat 90-an.
Malah, kebanyakkan lagu-lagu hits mereka masih lagi menjadi siulan ramai sehingga hari ini.
Bagaimanapun, seperti band-band lain, New Boyz juga ada fasa naik dan turun.
Sebagai contoh, selepas kejayaan dua album pertama, pemain bass, Syuk memutuskan untuk menarik diri daripada New Boyz lalu digantikan dengan Zack.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, Syuk ada menjawab pertanyaan netizen mengenai punca dia meninggalkan New Boyz sewaktu kumpulan tersebut sedang berada di puncak kerjaya.
Ads
Jelas Syuk, antara sebab dia meninggalkan kumpulan New Boyz kerana menyifatkan dunia glamour ini sememangnya penuh dengan cabaran.
“Mungkin jodoh dengan New Boyz tak panjang dan dunia glamour penuh pancaroba,” tulisnya ringkas.
Video berkenaan nyata mendapat respon pelbagai daripada ramai pihak sehingga meraih hampir 400,000 jumlah tontonan.
Terdahulu, News Boyz baru sahaja selesai mengadakan konsert reunion New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang yang berlangsung pada 10 dan 11 Februari lalu.
Ads
Bagaimanapun, ketiadaan Syuk dan Along yang juga merupakan pemain drum nyata mengundang tanda tanya di kalangan peminat.
Ketika ditemui media, vokalis New Boyz yang juga merupakan penyanyi terkenal, Tomok memaklumkan beberapa anggota kumpulan lain tidak dapat ikut serta kerana terikat dengan komitmen-komitmen lain.
“Saya cuba hubungi Syuk dan Along tetapi mereka punyai komitmen lain. Kita berlatih ni ambil masa yang sangat lama sehingga memakan masa berbulan-bulan.
Ads
“Kalau ikutkan hati, memang saya nak bawa Syuk dan Along bermain pada konsert ini. Along pun saat terakhir dia tak dapat ikut serta walaupun dah beri komited pada awalnya.
“Mana yang ada, kita jalan dulu. Syuk saya tak pasti sama ada dia masih bermain muzik atau tidak. Along pula masih lagi aktif,” katanya kepada MH.
Konsert yang berlangsung di Stage 1 Theatre, PJ Performing Arts Centre (PJPAC) baru-baru ini, New Boyz berjaya menggamit kenangan lama lebih 1,400 penonton yang hadir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok @_Sauxx & Aimangraphy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demikian kata usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz mengenai kritikan yang diterimanya sebelum ini selepas mengambil keputusan untuk kembali tidak bertudung Januari tahun lalu.
Sasha berkata, apa yang terjadi ialah perjalanan hidup selain menyifatkan ia menjadi pengalaman yang mengajar untuk menjadi menjadikannya sebagai individu yang lebih baik selepas ini.
“Malah ketika saya cuba untuk berhijab ketika itu, suami saya kata ia perjalanan hidup saya. Kalau penampilan sedemikian berpanjangan, dia bersyukur dan mendoakan yang terbaik.
“Cuma bila saya buka hijab, suami pesan untuk tidak terlalu fikirkan hal yang negatif. Sebaliknya fokus sahaja terhadap apa perkara baik yang saya mahu kongsikan pada orang lain.
“Sebab itu sekiranya masih ada yang mengecam saya sehingga sekarang pun, saya cuba untuk bersikap positif.
“Soal pakai hijab atau tidak, orang masih akan bercakap. Siapa tahu nanti pada suatu hari saya akan kembali pakai (tudung). Jadi doakanlah yang baik-baik,” katanya kepada MH.
Sasha ditemui pada Majlis Pelancaran Syampu Wellsen x Dynas di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, pada Selasa.
Dalam pada itu, Sasha mengakui dia masih lagi mengikuti kelas agama dan al-quran seperti kebiasaan namun memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai perkara itu di media sosial.
“Saya masih lagi pergi, cuma saya tidak tunjuklah sebab bila berbuat demikian, netizen akan berkata lain pula. Ada juga yang minta untuk simpan untuk diri sendiri.
“Tapi bila saya tak paparkan di media sosial, ada pula yang tanya ‘you masih mengaji, pergi kelas agama lagi ke’? Saya pun pelik hingga tertanya-tanya apa yang perlu saya buat sebenarnya,” katanya lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun bersyukur kerana mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat terhadap apa sahaja perkara yang dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lebih tiga tahun menyepikan diri, pelakon Adlin Aman Ramlie menanti peluang untuk beraksi dalam filem genre aksi, sekali gus mengubat kerinduan peminat di persada perfileman tanah air.
Adlin, 50, berkata, dia juga terima tawaran untuk berlakon dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu kerana tertarik dengan naskhah filem genre aksi unit beruniform itu.
“Sebenarnya, ada beberapa sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini. Saya juga sudah kenal lama dengan pengarah, Allahyarham Pitt Hanif sejak zaman 1990-an lagi ketika arwah belajar di Akademi Filem, manakala saya pula di Akademi Seni Kebangsaan.
“Saya percaya arwah Pitt juga yang mencadangkan nama saya kepada penerbit untuk membintangi filem ini. Saya rindu mahu kembali berlakon, jadi terima tawaran kerana memberi sokongan pada rakan dalam industri perfileman tempatan.
“Justeru, bila dapat tawaran buat filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini yang juga genre aksi beruniform, saya terus tertarik kerana ia genre berbeza dan tak pernah buat sebelum ini,” katanya.
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu menampilkan gandingan dua aktor dan aktres popular Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.
Selain Adlin, filem ini turut menampilkan Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Hafiz Nafiah, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.
Berkongsi mengenai watak, kata Adlin, dia melakonkan watak antagonis iaitu Samat yang juga ketua penjenayah dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu.
“Watak Samat adalah ketua yang menjalankan misi dan memberi arahan kerana ketua nombor satu adalah Sabri Yunus. Filem ini menampilkan babak aksi pergaduhan yang penonton tidak pernah tengok saya lakonkan sebelum ini.
“Saya juga tidak merujuk sesiapa untuk melakonkan watak Samat, sebaliknya ia mengikut idea dan kreativiti sendiri.
“Saya hanya menonjolkan karakter Samat seorang yang dinamik dan ada pesona dan energinya. Gaya saya berlakon memang konsisten dari dulu sampai kini,” katanya.
Ditanya babak paling mencabar pula, kata Adlin, dia perlu melakonkan babak fighting (pergaduhan) di pulau dengan watak utama, Leftenan Maritim Hafiz (Saharul) dalam filem itu.
“Saya juga menjalani latihan ‘fighting‘ dengan bimbingan dari koreografer profesional seminggu sebelum penggambaran. Selain itu, ada juga sesi latihan di studio.
“Babak pergaduhan itu aksi yang berterusan dan sudah namanya filem aksi, ia membabitkan banyak percubaan untuk dapatkan shot menarik. Setakat tubuh lebam-lebam buat babak bertinju itu perkara biasa dalam filem aksi,” katanya.
Adlin berkata, dia juga berkampung lebih tiga minggu di Pulau Langkawi sepanjang penggambaran filem itu.
“Banyak cabaran dihadapi ketika penggambaran di Pulau Langkawi kerana ia membabitkan kawasan laut dengan angin kuat dan ombak yang kencang.
“Ada masanya kami barisan pelakon dan kru terpaksa berpatah balik ke darat kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk kami meneruskan penggambaran,” katanya.
Mengulas pengalaman bekerja dengan arwah Pitt selaku pengarah pula, kata Adlin, dia tiada masalah bekerjasama dengan pengarah muda itu kerana mereka sudah kenal lama.
“Arwah Pitt, penuntut lulusan bidang filem dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pengarahan. Saya juga mengenali personaliti dirinya dan cara proses kerja dia saya sudah tahu.
“Kami juga berbincang mengenai watak ketika sesi pembacaan skrip dan saya juga beri idea dan pemikiran untuk menterjemahkan watak saya lebih matang berbanding pelakon lain.
“Kalau saya berasa babak itu itu tak okay ketika sesi pembacaan skrip, saya beritahu kepada arwah dan cakap terus terang sahaja dengannya. Arwah juga beri kepercayaan pada keputusan yang saya buat dan memudahkan kami bekerjasama untuk memberikan yang terbaik pada filem itu,” katanya lagi.
Sementara itu, ditanya kelainan dan tarikan pada filem itu, kata Adlin, dia mengucapkan tahniah kepada Maritim Malaysia kerana mereka memberikan sokongan kepada industri perfileman tempatan dengan bekerjasama dalam pembikinan filem skala besar ini seiringan dengan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, tentera dan sebagainya.
“Namun, bagi saya penceritaan filem ini menarik dan satu kejayaan yang besar dalam industri perfileman kita kerana Maritim Malaysia hanya meletakkan posisi mereka di latar belakang filem ini sahaja.
“Apa yang menarik, Maritim Malaysia juga memaparkan jalan cerita bagaimana anggota mereka juga tertipu dengan penjenayah, anggota mereka kena tembak, kapal mereka kena tawan (hijack) dan keadaan yang tidak boleh dikawal serta nampak penjahat lebih berkuasa dari mereka.
“Walaupun pada penghujung cerita Maritim Malaysia berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah terbabit. Filem ini juga ada ‘attitude’ dan tidak klise dari filem genre aksi lain yang pernah diterbitkan sebelum ini,” katanya.
Filem edaran Metrowealth International Group dan disokong Primeworks Studios (PWS), Media Prima Berhad (MPB). Ia mula menjengah pawagam seluruh negara termasuk ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam sejak 2 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Reen Rahim akui terpaksa berfikir panjang sebelum bersetuju untuk menyertai acara siri lumba kereta bersama para selebriti anjuran sebuah syarikat automotif terkemuka antarabangsa.
Menurut Reen, hatinya agak berbelah bahagi memandangkan acara tersebut memerlukan komitmen yang sangat panjang manakala dia dan suami pula baru sahaja merancang untuk mendapatkan zuriat.
“Sebenarnya ada kisah disebalik Toyota Gazoo ini. Nak baby or nak racing tajuk dia. Cerita dia, dri dulu memang suka tengok kawan-kawan yang terpilih join Toyota Gazoo.
“Gempak weh bukan senangkan nak dapat race. It’s real race bukan acah-acah race weh. Adalah terdetik dalam hati bestnya lah kalau dapat join.
“Sekali tahun lepas Toyota offer saya tiga hari sebelum nikah. Wei, aku dah lah kawin lambat. Kalau join mana mahunya nak ada baby.
“Walaupon pihak Toyota tak keluarkan syarat, tapi bila fikir logik memang takkan lah kau nak mengandung. Race sampai bulan sepuluh kot. Tak kelakarkan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Daddyku Gangster itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga sudah mendapatkan nasihat daripada suami dan ibu sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran yang sudah lama menjadi keinginannya itu.
“Jadi, aku ketepikan keinginan aku terus tolak job ni. Aku doa dalam hati, ‘Ya Allah, aku tak tahu offer ni ujian or rezeki? Aku ikut sahaja apa yang kau susun untuk ku ya Allah’.
“Selang dua tiga hari, diorang call lagi tanya, ‘Sure ke nak tolak?’. Hati aku terus, ‘Ya Allah tolonglah susun apa yang terbaik’. Then, aku mintak sehari dua utk fikir.
“Time ni baru aku bincang dengan suami. Suami memang support tapi dia pun jam.
Tak tahu ini Allah sampaikan untuk uji nak baby ke nak buat apa yang kita nak sangat.
“Selepas itu, bincang dengan umi. Umi pon jam. Selang berapa hari, hati aku ada jawapan yang aku yakin aku pilih untuk join race tapi its depand ape keputusan suami,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Reen bersyukur kerana suaminya memberikan keizinan dan sanggup menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya.
“Jadi, esok tu aku pon tanya suami. Baru cakap ‘Sayang kalau saya nak race boleh ke?’
“Sekali dia jawab, ‘Actually malam tadi saya terfikir nak awak buat race ni. Tahun ni kita fokus kerja dan buat apa yang kita nak buat. Tahun depan kite buat baby’ kata dia.
“Tanye umi pula, Umi memang sukalah aku buat benda lasak-lasak ni. Lagi-lagi aku memang pemalas bawa kereta. Kalau bawak pon slow je. Dia nak aku fight the fear.
“Then baru aku yakin ini rezeki yahg Allah susun. Yes Alhamdulillah, asalnya dari bisik kat hati je tak sangka dapat peluang. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Selain Reen, acara siri perlumbaan ini turut melibat beberapa artis lain antaranya Zizan Razak, Ezzrin Loy, Hefny Sahad dan ramai lagi.
Terdahulu, Reen dan suaminya yang juga merupakan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 24 Disember lalu dalam majlis yang berlansung di Boraombak Marina, Putrajaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.