Kurang seminggu sebelum konsert sulungnya diadakan, Stacy mendedahkan dia terpaksa berpantang mengambil makanan pedas bagi mengelakkan serangan ‘anxiety’ (keresahan).

Menurut Stacy atau Ummu Syaikah Stacy Anam, 33, dia sebenarnya baharu menyedari makanan pedas boleh menyebabkan dirinya berada dalam keadaan anxiety.

Selain keresahan, penyanyi lagu Pelangi Petang itu turut mempunyai masalah pedih ulu hati (gerd) yang diwarisi daripada bapanya.

“Menjelang hari konsert, saya mengelak daripada makan makanan pedas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

“Saya baru sedar sebenarnya makan makanan pedas itu boleh membuatkan saya ‘anxiety’.

“Malah penata gaya (stylist) saya turut memberi beberapa saranan termasuk mengelak untuk makan makanan pedas.

“Baru saya sedar pekerjaan saya memerlukan disiplin yang tinggi,” katanya kepada MH.

IKLAN

Stacy ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya yang berlangsung di The Face Suites, Kuala Lumpur pada Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nova Music Malaysia (@novamusicmy)

Menurut Stacy lagi, setiap kali diserang anxiety, dirinya akan menggigil selain jantungnya akan berdegup dengan laju sehingga menyebabkan dia hilang fokus.

Namun dengan bantuan orang sekeliling, Stacy mampu menanganinya dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.

IKLAN

“Setiap kali berkongsi dengan Akim (suami), dia akan meminta saya untuk bertenang dan jangan terlalu memikirkan perasaan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

“Ahli keluarga juga akan menegah saya untuk duduk bersendirian, sebaliknya sibukkan diri dengan melakukan aktiviti lain,” katanya.

IKLAN

Dalam perkongsian lain, juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), turut mendedahkan dia sebenarnya mula mengalami serangan anxiety sejak di bangku sekolah menengah lagi.

“Ketika itu saya tidak tahu masalah yang dialami ini disebabkan oleh serangan anxiety.

“Sebaliknya saya ingatkan saya ada ‘superpower’ (tertawa).. barulah saya tahu selepas ada kesedaran tentang perkara itu,” katanya lagi.

Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, setiap kali diserang anxiety, dia akan mengalami muntah-muntah, selain tangannya akan menggeletar tanpa sebab.

Konsert sulung Stacy bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI