Selebriti terkenal, Neelofa merakamkan ucapan penghargaan buat suaminya yang juga merupakan pendakwah bebas PU Riz diatas segala bimbingan dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang berumah tangga.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, PU Riz telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan sangat baik sehingga tiada satu perkara pun yang boleh dipersoal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Jazakallah khair buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.

“Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

“Saya Tidak Pernah Minta Itu & Ini…,” – Sambut Hari Lahir Ke-34, Neelofa Terima Hadiah Gelang Daripada Suami “Saya Tidak Pernah Minta Itu & Ini…,” – Sambut Hari Lahir Ke-34, Neelofa Terima Hadiah Gelang Daripada Suami

Pada masa sama, Neelofa akui terharu selepas menerima hadiah seutas gelang daripada PU Riz bersempena hari lahirnya yang ke-34 hari ini.

“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah ,selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.

IKLAN

“Semoga Allah swt sentiasa kurniakan ketenangan , kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut merakamkan ucapan hari lahir selain turut mendoakan semoga Neelofa dan PU Riz akan kekal bahagia sampai akhir hayat.

“Saya Tidak Pernah Minta Itu & Ini…,” – Sambut Hari Lahir Ke-34, Neelofa Terima Hadiah Gelang Daripada Suami

IKLAN

Sekadar informasi, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismai telah mendirikan rumah tangga pad tanggal 27 Mac 2021.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Bilal yang lahir pada 29 Januari 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI