Tempoh perkenalan yang singkat sebelum mendirikan rumah tangga membuatkan pengacara, Hana Ismail begitu teruja untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai suaminya yang juga merupakan pendakwah bebas Da’i Syed.
Jelas Hana, selain mempunyai perwatakan yang sangat penyayang, salah satu cara yang dipraktikkan oleh Da’i Syed untuk menyemai rasa cinta adalah dengan menari bersama isterinya.
Katanya lagi, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful juga suka semangat-semangat yang positif untuk memulakan harinya
“Dia suka berteman. Tak boleh sorang-sorang dan dia suka menari. Kadang-kadang dia ajak saya menari bersama di rumah. Dia ajar saya satu tarian daripada Hadramawt sampai saya dah pandai sekarang. Bila bosan-bosan, kita buka lagu dan menari.
“Da’i Syed juga ada tabiat yang suka senyum lebar bila bangun dari tidur pada waktu pagi. Kebanyakkan orang, mereka akan ‘monyok’ atau tiada mood tapi dia tidak. Dia sentiasa bersemangat untuk menempuh hari tersebut,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hanna turut mendedahkan suaminya itu juga kerap berkongsi ilmu berkaitan agama.
Ads
“Selain menari, dia juga akan mengajar saya mendalami ilmu Bahasa Arab termasuklah penterjemahan. Pada mulanya saya macam tak minat tapi bila dia selalu ‘push’ saya, lama kelamaan saya jadi suka.
“Mungkin itulah tugas seorang guru. Dia juga akan bertanyakan soalan fikah dan tasmik bacaan Al-Quran saya,” kongsinya lagi.
Ads
Bagi Da’i Syed, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat peduli dan mengambil berat terhadap segala urusan hariannya.
“Hana pula, dia sangat suka beri perhatian kepada saya walaupun saya tak minta. Kadang kita tak nak minum pun, tapi dia tetap buatkan kopi.
“Dia juga seorang yang sangat penyabar, penyayang dan bertanggungjawab. Segala makan minum dan pakaian saya, dia akan jaga. Dia berniat untuk berkhidmat kepada saya,” kongsinya lagi.
Ads
Bercakap mengenai perkongsian ilmu, Da’i Syed memberitahu, dia tidak mempunyai masalah untuk mengajar Hana meskipun jurang usia mereka agak berbeza.
“Walaupun beza umur kami agak jauh, memang sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan dia ilmu. Apa sahaja ilmu yang dia suka, saya akan berikan kepada dia.
“Saya mahu bila dia menjadi pengacara atau menghadiri majlis-majlis ilmu, dia ada imput atau isi untuk disampaikan,” akhirinya.
Sekadar informasi, Da’i Syed dan Hana telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 Disember 2022 dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hana Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan dalam menjalani kehidupan seharian, kita memerlukan bahan hiburan dan gurauan agar hari-hari yang dijalani dapat memberikan tenaga positif buat seseorang individu itu.
Salah satunya, dengan bergurau sesama rakan juga boleh membuatkan hidup ceria dan bahagia.
Hal ini tidak terkecuali buat Uyaina Arshad dan rakan baiknya, pelakon Bella Dally yang sering bergurau antara satu sama lain seperti mana yang ditunjukkan mereka menerusi platform media sosial masing-masing.
Namun, baru-baru ini gurauan Uyaina dikecam segelintiri netizen yang mana menyifatkan video yang dikongsikannya itu sesuatu yang tidak patut dimuat naik oleh pelakon dan pengacara itu.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, Uyaina membuat gerakan bibir ‘lip sync’ dan gaya mengikut audio yang kini menjadi trend di aplikasi tersebut.
“Tuhan, jika suatu hari aku masuk neraka.. maka, masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah daripada aku. Masa aku (tak mungkin aku) masuk sendiri Tuhan,” katanya sambil menarik Bella masuk ke dalam ‘frame’ rakaman.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kurang senang dengan perkara itu walaupun mengetahui ia hanya sekadar gurauan sahaja.
Menurut mereka, kata-kata yang diungkapkan adalah satu doa serta menyifatkan tidak pernah ada manusia yang ingin menjadikan neraka sebagai tempat ‘persinggahan’ terakhir mereka.
“Syurga neraka pun jadi gurauan.
“Kalau kita tahu seksa neraka macam mana, orang yang paling kita benci dalam dunia pun kita tak nak dia masuk neraka.
“Nauzubillah, neraka tu dia buat main-main je, kita ni tiap-tiap kali lepas solat minta tak nak masuk neraka.
“Kalau di WHI (Wanita Hari Ini) nampak bijak bercakap, tapi benda-benda macam ini tak boleh fikir.
“Jangan kerana trending, kita dah melampaui batas.
“Kalaulah mereka ketahui azab neraka sebenar bagaimana, nescaya sebut neraka pun tak berani,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: TikTok Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terkejut, itulah perasaan yang hadir selepas mengetahui kisah seorang pelajar tingkatan tiga yang melahirkan seorang bayi perempuan di surau sekolahnya.
Bingung memikirkan bagaimana seorang gadis berusia 15 tahun itu boleh melahirkan anak di dalam kawasan sekolah.
Menurut Sinar Harian, kes yang berlaku di salah sebuah sekolah yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan ini telah memeranjatkan pihak pengurusan sekolah apabila pelajar tersebut ditemui terbaring di surau dan terdapat bayi di dadanya.
Deputi Superitendan Azham Shah Azlan yang merupakan Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol berkata, awalnya pihak pengurusan sekolah berkenaan telah menghubungi Hospital Jempol untuk memaklumkan tentang pelajarnya sekolahnya yang ditemui pengsan kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
“Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak cemas apabila urinya masih berada di dalam rahimnya.
“Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil,” katanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol itu berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah juga turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan,” katanya.
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa jadi diharapkan tiada pihak yang membuat sebarang andaian tentang kes ini.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nourul Depp mendedahkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim sekitar setahun yang lalu selepas pihak doktor mendapati terdapat ketumbuhan pada organnya itu.
Menurut Nourul, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga agar penyakit yang alaminya itu tidak melarat dan mengamcam nyawa.
Katanya lagi, sekiranya kita dapat mengesan sesuatu penyakit itu pada peringkat awal, peluang untuk untuk merawat adalah lebih tinggi.
“Cerita setahun yang lalu. Pantas masa berlalu. 7/9/2020 – terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang
“Apa yang kami nak cerita kat sini ialah:DO MEDICAL CHECK UP EVERY 12 MONTHS, WOMEN : do pap smear
and MEN : check your PSA LEVEL
Early detection can save lives.
“MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat dari sakit berpanjangan seperti penyakit cancer dan sebagainya,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Kerana Terluka ini turut memberitahu, selain daripada faktor genetik, antara punca dia mengalami penyakit tersebut adalah disebabkan stress yang melampau.
“Semua ni gambar 5, 6, 7 hari bulan september 2020. Takkan lupa perasaan bila doktor break the news. Genetically kami memang jenih ada tumbuh2 ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri and exercise gila2. 30% adalah gene kita. 70% adalah gaya hidup
“Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku November 2017 yang kami tak boleh terima. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu RM85k oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa perancis kami.
“Jaga. Jangan stress selalu. Banyak tak baik stress ni. Especially membabitkan perasaan dan ego kita,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang cahaya mata ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Nourul turut memaklumkan anak-anak merupakan sumber kekuatan dan pemangkit semangat buat dirinya bagi menjalani prosedur pembedahan tersebut.
“Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date teruih jalan! Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecik. I have to live for them. Alhamdulillah allah perkenan kan Alhamdulillah.
“Itulah kisahnya. Kami cerita ni sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah.
“Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, you akan lena. Best rasa. Dapat rest. Semua doktor adalah baguih dalam bidang depa. Depa nak selamatkan nyawa. So depa jaga kita sepanjang dibedah,” akhirnya.
Diksempatan itu juga, Nourul turut menyeru kepada semua pihak untuk memiliki insuran kesihatan sebagai persediaan bagi menempuh detik-detik yang tidak terduga.
Sumber: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai tanda penghargaan, penyanyi Ernie Zakri sudi untuk menaja perkhidmatan jurusolek buat seorang peminat wanita yang akan hadir ke Konsert Aura, Sabtu ini.