Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia sudah bertemu dengan wanita Singapura, Sarah Yasmine yang didakwa pernah menjalinkan hubungan cinta dengqn suaminya Aliff Aziz sejak Januari lalu.

Menurut Bella, Yasmine cuba berkali-kali menghubunginya untuk menjelaskan situasi seterusnya memohon maaf.

“Saya lega dengan apa yang dikongsikan oleh Sarah. Sebenarnya saya sudah berjumpa dengan dia. Dia yang mencari saya dahulu.

“Dia telefon dan WhatsApp saya banyak kali. Bila lihat mesej yang dihantarlannya, saya rasa kasihan. Dia nak sangat berjumpa dengan saya. Jadi kami telah bertemu seminggu lepas.

“Kami juga sudah mengikuti akaun Instagram masing-masing. Saya bukan menyokong tindakkannya sebaliknya saya kagum bila dia bercakap benar dan mengaku kesalahan.

IKLAN

“Sekurang-kurangnya dia minta maaf,” katanya kepada MH.

Bella berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Majlis Rumah Terbuka Universal Music di Le Meridian, Petaling Jaya pada Rabu.

Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat wanita berkenaan.

IKLAN

“Untuk perkara itu, saya tidak terkejut sebab dia juga ada dalam senarai yang pernah saya katakan sebelum ini. Saya tahu siapa perempuan itu namun, saya tidak tahu secara terperinci.

“Saya terkejut juga yang diceritakan itu. Namun, saya rasa ini kemanisan bagi orang yang bersabar. Kebenaran itu datang dengan sendirinya.

“Perkara ini berlaku tatkala saya sedang sibuk bekerja. Saya kini sudah ke arah move on. Allah seakan nak permudahkan. Segala bukti-bukti kini bertambah,” ulasnya lagi.

IKLAN

Katanya lagi, bukti-bukti tersebut juga akan digunakan di mahkamah untuk prosing cerai nanti.

“Saya nak perkara ini berakhir segera. Apa yang dikongsikan Sarah terlalu banyak dan cukup buat saya bawa ketengah. Kebenaran muncul. Memang Aliff dan Ruhainies ada hubungan.

“Memang saya sudah tahu tapi ia menguatkan lagi kebenaran. Seperti sedia maklum pihak di sana menidakkan. Di bulan Ramadan, saya tidak akan sesuka hati menfitnah,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI