Personaliti televisyen dan radio terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.

Pengacara berkaliber itu terdahulu memuat naik tangkap layar keputusan anaknya yang menampilkan slip digital keputusan penuh 8A.

Bersama hantaran itu, dia menulis, “Keputusan UPKK sudah keluar. Ya Allah… Syukur! Tahniah kakak. Kakak kerja keras. Rezeki nak masuk umur baru tak lama lagi. Sebak menangis mama dan daddy hari ini. Syukur.”

Kemudiannya dalam satu lagi hantaran yang berbeza, bapa kepada empat cahaya mat aitu memuat naik video reaksi anak sulungnya apabila mendapat tahu dia memperoleh keputusan cemerlang.

IKLAN

Anak Sulung Fedtri Yahya Cemerlang 8A Ujian Penilaian Kelas KAFA 2023

BACA JUGA: “Pada Tubuhnya Yang Sederhana, Tersimpan Kekuatan & Kebijaksanaan,” – Perkahwinan Fedtri Yahya Genap 12 Tahun, Ini Dedikasi Pada Isteri

Dalam video berkenaan dapat dilihat Fedtri memberikan telefon bimbit kepada Indah Sutera Jannah agar membuka keputusannya sendiri.

IKLAN

“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Amin, kakak tak sangka dapat 8A.

“Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa-apa pun syukur. Contoh terbaik untuk adik-adik,” titip pengacara Jejak Rasul itu bersama hantaran tersebut.

IKLAN

Sehingga kini video yang dimuat naik itu menerima lebih 33 ribu tanda suka dan ditonton lebih 360 ribu kali.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI