Pelakon popular Bollywood, Salman Khan telah menerima ugutan apabila dua penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan di luar pagar rumahnya yang terletak di Bandra’s Galaxy Apartment, Mumbai.

Menurut laporan, tembakan yang dilakukan pada pagi Ahad lalu adalah bermotifkan ugutan. Pihak polis Mumbai mengesahkan bahawa enam tembakan telah dilepaskan.

Satu tembakan telah mengenai dinding perumahan terbabit manakala dua lagi peluru terkena pada balkoni unit yang milik Salman.

Selepas melepaskan tembakan, kedua-dua suspek tersebut telah meninggalkan motosikal mereka di Gereja Mount Mary dan beredar menggunakan beca motor.

Salman Khan Terima Ugutan, Beberapa Das Tembakan Dilepaskan Di Luar Rumah Sebagai Amaran

Sementara itu, samseng buruan Anmol Bishnoi yang kini menjadi pelarian di luar negara mengaku bertanggung jawab ke atas tembakan itu meerusi satu hantaran di Facebook.

IKLAN

Menyifatkan kejadian itu sebagai “treler”, Bishnoi didakwa menulis bahawa tembakan itu merupakan “amaran pertama dan terakhir” kepada Khan.

Bishnoi ialah adik kepada gangster yang dipenjarakan Lawrence Bishnoi, yang sebelum ini mengugut Salman Khan untuk meminta maaf kerana membunuh haiwan jenis blackbuck atau bersedia untuk menghadapi akibatnya.

Blackbuck, dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar di India, dihormati oleh komuniti Bishnoi sebagai penjelmaan semula Guru suci mereka Bhagwan Jambeshwar.

IKLAN

Pada 2018, Khan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda Rs10,000 (RM572) kerana membunuh dua blackbucks di Rajasthan semasa penggambaran untuk filem Bollywood Hum Saath Saath Hain pada 1998.

Pelakon tersebut bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin hanya dua hari selepas sabitan.

Salman Khan Terima Ugutan, Beberapa Das Tembakan Dilepaskan Di Luar Rumah Sebagai Amaran

IKLAN

BACA JUGA: Peminat Fanatik Bakar Mercun & Bunga Api Dalam Panggung Wayang, Salman Khan Bersuara

Dalam laporan terkini, salah seorang daripada penembak upahan yang dikenali sebagai Vishal telah pun ditahan oleh pihak berkuasa Mumbai. Vishal yang juga dikenali sebagai Kalu mempunyai sejarah jenayah lampau sejak 2020.

Dia dipercayai merupakan salah seorang ahli kumpulan Lawrence Bishnoi dan terkait juga dengan gangster, Rohit Godara.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI