Satu-satunya finalis berbangsa Cina di program realiti, Hero Dewi Remaja 2023, Jaysong mahu mencuba nasib untuk menembusi pasaran industri seni Melayu.

Menjadikan pelakon Alvin Chong dan Sean Lee sebagai idola, Jaysong atau nama sebenarnya Tan Jia Song sanggup berdepan apa sahaja cabaran untuk mencapai impiannya itu.

“Dia Tanya, Boleh Buat Duit Ke?,” – Bapa Tak Tahu Jaysong Masuk Hero Dewi Remaja 2023

“Saya mengetahui tentang program ini daripada seorang kawan. Dia kata personaliti saya sangat menarik. Katanya saya ada sisi kelakar, serius dan sedih.

“Dia kata sesuai untuk rancangan ini dan tak salah untuk mencuba. Ia merupakan satu pengalaman baharu untuk saya cuba masuk di dalam pasaran Melayu.

“Industri seni Melayu sangat luas dan saya nak lihat kemampuan saya sejauh mana,” katanya kepada MH.

Anak muda berusia 22 tahun yang berasal daripada Subang Jaya, Selangor itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Hero Dewi Remaja 2023 baru-baru ini.

“Dia Tanya, Boleh Buat Duit Ke?,” – Bapa Tak Tahu Jaysong Masuk Hero Dewi Remaja 2023

IKLAN

“Dia Tanya, Boleh Buat Duit Ke?,” – Bapa Tak Tahu Jaysong Masuk Hero Dewi Remaja 2023

Katanya lagi, dia mahu memanfaatkan pengalamannya sebagai pempengaruh dan pembikin konten untuk melangkah jauh di dalam program ini.

“Walapun saya ada ramai pengikut di media sosial, ada banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari. Saya aktif menghasilkan video dan konten di Youtube sudah hampir sembilan tahun.

“Semuanya saya buat sendiri daripada mengarah, menulis skrip, jurukamera, berlakon dan editor. Saya nak kembangkan lagi bakat lakonan saya di sini.

“Dalam program ini, saya mahu timba sebanyak mana ilmu daripada golongan profesional,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Dia Tanya, Boleh Buat Duit Ke?,” – Bapa Tak Tahu Jaysong Masuk Hero Dewi Remaja 2023

Katanya lagi, dia juga mahu membanggakan kedua ibubapanya yang agak ragu-ragu dengan keputusannya untuk menyertai program realiti ini.

“Pada mulanya, saya masuk pertandingan ini tanpa pengetahuan bapa saya. Hanya mak yang tahu. Lagipun, bapa saya kurang ambil tahu tentang apa yang saya buat kerana sosial media ini merupakan satu perkara baharu buat generasi mereka.

“Walaupun dia ada menonton video-video saya, dia juga agak risau. Dia bertanya adakah perkara yang saya lakukan ini mampu menjana rezeki. Ibu juga risau tapi dia menyokong.

“Baru-baru ini, saya sudah bagitahu bapa mengenai penyertaan saya di Hero Dewi Remaja ini. Dia nampak bangga sebab ia merupakan program terbitan Astro. Sebuah syarikat besar.

IKLAN

“Masa saya bagitahu, reaksinya seperti tiada perasaan tapi saya tahu hatinya sangat gembira,” akhirinya.

Terdahulu, Jaysong memiliki 144,000 pengikut di Instagram manakala di Youtube pula seramai RM245,000.

“Dia Tanya, Boleh Buat Duit Ke?,” – Bapa Tak Tahu Jaysong Masuk Hero Dewi Remaja 2023

Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Jumaat bermula 10 November ini jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.

Manakala episod kemuncak minggu ke-8 pula bakal bersiaran secara langsung pada 30 Disember depan.

Sementara itu, pelakon terkenal yang juga merupakan juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Al-Yahya diberikan tanggungjawab selaku hos merangkap mentor dan juri tetap Hero Dewi Remaja 2023.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI