Pelakon, Yana Samsudin bapanya kini terpaksa dirawat di hospital berikutan keadaan kesihatannya yang agak lemah.

Foto yang memaparkan bapanya sedang terlantar di katil hospital turut dikongsikan menerusi entri terkini di Instagram.

Lantaran itu, Yana dengan rasa rendah diri memohon semua pihak mendoakan agar kesihatan bapanya itu kembali sembuh seperti sedia kala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

“Selalu habis stream atau kat mana mana berjumpa dengan orang ramai, Yana akan akhiri dengan doa supaya sesiapa yang mendengar dan melihat Yana live masa tu di beri kesihatan yang terbaik, hati bahagia dan di mudahkan segala urusan dunia akhirat.

“Yana tau kesihatan sangat mahal dan semuanya hadiah dari Allah dan sangat bermakna jika di kurniakan kepada hambanya.

IKLAN

“Hari ini, hari jumaat yang berkah Yana dengan tanpa rasa malu mohon doa dari kalian sesiapa yang nampak pos ini untuk abah yana Hj Samsudin Bin Hj Jamuri supaya di mudahkan segala urusan nya dunia akhirat dan mohon ampun jika ada kesalahan yang pernah dibuat sama ada sengaja atau pun tidak sengaja,” tulisnya.

“Dia Suka Jadi Imam Kat Rumah, Ada Isteri Anak Cucu…,” – Kesihatan Merosot, Mental Yana Samsudin ‘Down’ Kenang Keadaan Bapa Di Hospital

Dalam pada itu, Yana turut memberitahu, pada awalnya bapanya itu agak berat hati untuk ke hospital dan kelakuannya juga sangat berbeza sejak akhir-akhir ini.

“Abah sedih Yana bawa dia ke hospital, sebab dia kata kat sini tak tak dapat pergi masjid solat jumaat, tak dapat berjemaah lima waktu ramai ramai kat rumah. Dia suka jadi imam kat rumah lagi lagi ada isteri anak cucu semua berkumpul kat rumah.

IKLAN

“Yana sedih bukan paksa dia ke sini nak halang buat semua tu tapi untuk pantau kesihatan nya. Mungkin dia tahu dia nak pergi? Dari bulan 9 dia asyik tanya berapa haribulan dan hari apa. Semuanya Allah maha mengetahui,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Fadzil Zahari ini akui amat sedih dengan keadaan terkini bapanya itu.

Katanya lagi, dia kini sedang cuba mempersiapkan diri bagi menghadapi segala kemungkinan.

“Setiap kali Uana sakit atau sedih jarang sekali yana bagitau orang ramai sebab memang tak suka tapi hari ini anak abah ini tak kuat. Terlalu sedih. Cuba menerima kenyataan.

IKLAN

“Memohan pertolongan dari Allah dan doa dari orang ramai cuba menjaga hati sentiasa dalam keredaan Nya. Dengan menyiap kan dan persiap kan diri..

“Anak abah ini tewas. Semoga kami sekeluarga semua kuat. InsyAllah. Terima kasih atas pinjaman setakat ini segalanya Allah. Alhamdulillah,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Yana.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Yana Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI